You are currently viewing Teknik Mengelak Lambakan Buah Durian Di Pasaran

Teknik Mengelak Lambakan Buah Durian Di Pasaran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Banyak pekebun durian kini sedang memikirkan cara untuk menghasilkan buah durian di luar musim. Luar musim di sini dimaksudkan sebagai musim yang mana pokok sedang berada di peringkat pertumbuhan vegatatif sebelum pembungaan berlaku. Penghasilan buah durian di luar musim dapat mengelak daripada lambakan buah semasa musim biasa serta mendapat harga lebih tinggi di pasaran ekoran bekalan yang kurang di pasaran. Di Chanthaburi, Thailand, penyelidik pernah menjalankan kajian untuk memupuk pengeluaran bunga lebih awal atau lebih lewat daripada musim biasa.

Cara yang digunakan untuk merangsang pembungaan awal (sebelum musim biasa) adalah seperti berikut:

1. Aplikasi bahan perangsang paclobutrazol 1,000ppm.

2. Aplikasi bahan perangsang metiquat chloride 1,000 ppm.

3. Aplikasi baja foliar chlorate 1,000ppm pada tahun pertama kemudian diikuti baja perangsang pembungaan awal berumusan 0-42-56.

Bagi merangsang pembungaan lewat (iaitu lewat daripada musim biasa), kaedah aplikasi ialah :

1. Menabur baja berumusan 16/16/16 di musim kering kemudian mengairi pokok secara berterusan termasuk semasa tempoh pembungaan biasa sehingga daun muda menjadi matang iaitu ketika berwarna hijau gelap. Selepas itu menyembur paclobutrazol 1,000ppm. Langkah ini akan melewatkan pembungaan 30 hari.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Hasil eksperimen pertama ini menunjukkan selepas aplikasi paclobutrazol, kesemua plot rawatan berjaya mengeluarkan bunga lebih awal antara 9 – 36 hari. Jumlah bunga juga lebih banyak mencatatkan purata 7,808 kuntum/pokok serta pengeluaran hasil buah 31 biji/pokok, jumlah hasil buah 108.59kg/pokok dengan purata berat buah 3.60kg. Di plot kawalan (plot yang tidak dirawat dengan bahan perangsang), jumlah bunga per pokok hanya 4,614 kuntum, jumlah buah per pokok 26 biji, jumlah hasil per pokok 93.43kg dan berat buah 3.86kg. Bagi eksperimen kedua, pembungaan telah berjaya dilewatkan antara 28 – 43 hari.

Langkah perangsangan bunga di atas ini telah membolehkan buah dikutip dan dihantar ke pasar lebih awal 9 – 36 hari atau lebih lewat 28 – 43 hari daripada musim biasa. Keadaan ini menyatakan buah boleh dipasarkan lebih awal atau selepas musim biasa bagi mengelak gejala lambakan yang akan menurunkan harga pasarannya.

 

Rumusan

Langkah yang diambil seperti di atas merupakan tindakan campur tangan pekebun ke atas pembungaan semula jadi pokok durian. Inilah salah satu tektik komersial bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi di pasaran. Namun, di senario Malaysia, baka buah durian berkualiti tinggi seperti musang king, duri hitam dan lain-lain masih menghadapi bekalan tidak mencukupi terhadap permintaan yang tinggi justeru langkah perangsangan pembungaan supaya bunga datang lebih awal atau lebih lewat daripada musim biasa mungkin tidak perlu dilakukan walaupun pengeluaran hasil di luar musim tetap akan memperolehi harga pasaran yang lebih tinggi. Hanya durian kampung yang lebih biasa terjerumus ke dalam keadaan lambakan semasa musim buahnya. Apa yang dilaksanakan di Thailand tidak semestinya sesuai di Malaysia buat masa ini kerana wujudnya perbezaan pasaran dalam kedua-dua situasi ini.

 

Bahan rujukan :

C.Jantee et al., “Development of technologies to extend the durian production period”, International Society for Horticultural Science.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :