You are currently viewing Puangmanee Dijual Sebagai Musang King dan Udang Merah Di Pasaran Malaysia

Puangmanee Dijual Sebagai Musang King dan Udang Merah Di Pasaran Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Pasaran durian di Malaysia adalah bermusim iaitu 2 musim setahun secara amnya. Musim buah itu jatuh pada bulan 6 – 7 dan 11 – 12. Namun, juga terdapat buah durian dijual di luar musim dan durian ini kebanyakan adalah baka dari Thailand. Selain Monthong lumrah diperhatikan di pasaran tempatan, durian Puangmanee juga salah satu baka yang sering dijumpai, malah durian ini dijual sebagai “Musang King” atau “Udang Merah” ekoran warna isi buah seakan sama kedua-dua jenis durian ini.

Isi buah Puangmanee tidak setebal Kanyao serta tidak semanis buah Monthong, biji benihnya agak besar, pendek kata, Puangmanee bukanlah buah berisi tebal serta tidak membawa rasa pahit seperti Chanee. Bagaimanapun, kelebihannya ialah isi buahnya sangat halus serta berperisa susu coklat, mempunyai sedikit persamaan dengan durian Kun Poh dari Pulau Pinang. Puangmanee telah beberapa kali memenangi kedudukan pertama dalam pertandingan durian di daerah Rayong, Bangkok dan Chanthaburi di Thailand justeru merupakan baka durian yang ada keunikan tersendiri.

Pokok induk Puangmanee ditanami di Thailand pada tahun 1955. Pokok ini masih hidup dan berhasil sehingga hari ini. Buahnya bersaiz kecil dan jarang-jarang melebihi 1.5kg. la mengeluarakan hasil buah secara berumpun yang kadang-kadang melebihi 10 biji. Puang dalam bahasa Thai bermakna rumpun bunga justeru namanya telah memberi penerangan yang baik terhadap corak pembuahannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Seperti biasa, buah durian di Thailand amnya dipetik dari pokok, oleh itu Puangmanee jika dipetik akan menghasilkan isi buah berwarna kuning cetek berbanding is buah yang berwarna oren pekat jika dibiar masak di atas pokok. Warna ini sangat menarik justeru dijual sebagai “Musang King” atau “Udang Merah” di Malaysia juga mendapat sambutan agak baik tanpa mana pihak yang merungut.

Setiap pangsa buah Puangmanee banyak juga yang hanya mengandungi 1 – 2 biji isi iaitu kurang berbanding durian biasa yang amnya 3 biji. Oleh kerana biji benihnya besar serta isi buah tidak tebal, justeru biji benihnya sering terdedah daripada isinya serta mempunyai tompokan lutsinar di atas isi. Puangmanee merupakan salah satu baka durian daripada 5 baka utama di Thailand iaitu selepas Monthong, Kanyao, Chanee dan Kradum Thong.

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, Year of the Durian Blog, 2021.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :