Bendi, sejenis tanaman sayuran yang diusahakan oleh dua orang penanam Bumiputra di Sitiawan, Perak dengan mendapat manfaat besar setelah menggunakan produk Brightonmax Sdn Bhd. Ketika ditemui di kebun sayuran, Encik Aswadi dan Azhar yang memiliki bersama kebun tersebut menyuarakan isi hati masing-masing dengan mengatakan mereka mendapati perbezaan yang besar setelah produk Brightonmax digunakan di kebun.
Dahulunya mereka menggunakan baja 15/15/15 dan 16/16/16 daripada pengeluar baja lain, apabila mereka diperkenalkan dengan baja Veggie King 16/16/16 + 5 S edaran Brightonmax Sdn Bhd, prestasi tanaman bendi terus meningkat secara ketara iaitu tumbesaran pokok lebih subur dan mengeluarkan cabang yang lebih banyak serta juga pengeluaran hasil yang lebih tinggi. Hasil yang lebih tinggi ini berpunca daripada hasil buah bendi yang lebih berat setelah penaburan baja Veggie King.
Untuk keluasan tanaman bendi seluas 0.7 ekar dan 0.5 ekar masing-masing, hasil bendi yang dikutip setiap hari sudah mencapai 8 bakul. Setiap bakul mempunyai berat purata 30 kg. Harga kebun pada masa ini ialah di sekitar RM3.00 RM4.00 menjadikan ia sejenis tanaman berbaloi untuk diusahakan. Untuk tanaman bendi, pokok akan mula berhasil dalam masa 35-40 hari selepas ditanam kemudian boleh dikutip hasil setiap hari berturut-turut untuk selama 55 hari.
Kata Encik Aswadi, baja Veggie King ditaburkan dengan kadar 75 kg untuk keluasan 0.7 ekar pada stiap 10 hari bermula daripada masa menanam sehingga peringkat pungutan hasil. Baja Veggie King ini sejenis baja Kompaun berasaskan SOP (sulphate of potash) yang dikeluarkan oleh negara Jepun. Baja nitrogen (N) dalam rumusan baja Veggie King memiliki ciri rembesan yang cepat serta bertahan lama sehingga 20 – 30 hari dalam tanah untuk pengambilan tanaman bendi. Tambahan SOP dalam rumusan baja ini hampir 100% bebas klorin iaitu satu kelebihan kepada tanaman yang sensitif terhadap klorin. Secara umum, kandungan klorin dalam baja akan menjejaskan prestasi hasil tanaman yang sensitif terhadap nutrisi ini.
Pada masa yang sama, Encik Aswadi dan Azhar turut menggunakan baja semburan Acrecio dan Excel MgCaB yang masing-masing dibancuh dengan kadar 50 CC dalam 20 liter air kemudian disembur pada tanaman setiap 2 kali – 3 kali pada setiap minggu sehingga pokok mengeluarkan hasil. Selain baja NPK, tanaman bendi juga memerlukan baja sekunder dan surih seperti magnesium, kalsium dan boron. Dalam keadaan ini, baja semburan MgCaB bertindak sebagai nutrisi yang berjaya membesarkan batang pokok seterusnya memperkasakan tanaman untuk berbuah dengan lebih baik.
Dalam pada itu, produk Acrecio yang turut digunakan adalah sejenis bahan yang dirumus dengan teknologi terkini mengandungi 4 jenis bahan aktif termasuk Acreciactiv, asid humik, asid amino L-Tryptophan dan asid amino L-Methionine yang memberi manfaat kepada sistem akar supaya pokok tumbuh lebih subur dan rimbun di samping dapat merintangi stres yang dihadapi oleh tanaman.
Secara keseluruhan, ketiga-tiga produk Brightonmax ini memainkan peranan masing-masing bagi memperkasakan tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman. Justeru itu, tanaman bendi yang diusahakan oleh kedua-dua saudara menampilkan prestasi yang amat positif terutama dalam pengeluaran hasil selanjutnya memberi hasil tanaman yang lebih lumayan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian 07-595 3580/595 3680.