You are currently viewing Pembedahan Bahagian Jangkitan Pada Pokok Dan Dikambus Tanah Sebagai Kaedah Kawalan Penyakit Ganoderma Sawit

Pembedahan Bahagian Jangkitan Pada Pokok Dan Dikambus Tanah Sebagai Kaedah Kawalan Penyakit Ganoderma Sawit


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Penyakit Ganoderma menyerang semua peringkat pertumbuhan sawit. Dahulu hanya pokok matang diserangi, kini sudah merebak terhadap pokok sawit muda. Pokok sakit tidak dirawat akan mati pada akhirnya kerana sistem akar dan pangkal pokok telah reput. Pengusaha tanaman perlu memantau keadaan ini di ladang mereka. Pada masa perlu maka kaedah rawatan hendaklah diambil bagi mengelak pokok tumbang dan mati. Salah satu kaedah tradisional yang diambil ialah merawat melalui pemotongan bahagian diserang pada pokok kemudian menyapu satu lapisan coaltar disusuli sapuan ubat kulat (thiram).

Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada sejauh manakah rawatan bahagian diserang itu dilakukan. Jika pembedahan tidak dijalankan dengan sempurna, baki kulat Ganoderma yang mengekal di dalam akan terus bertindak dan membiak dan beberapa tahun kemudian, masalah jangkitan akan muncul sekali lagi. Alat yang digunakan untuk membedah bahagian diserang itu boleh jadi parang, kapak atau gergaji.

Selepas pembedahan, tanah di pangkal pokok boleh dikambus dengan tanah permukaan yang diambil dari sekitar pokok. Busut di pangkal pokok ini amnya berketinggian satu meter dan lebar 0.75 meter. Cara ini dapat mengelak pokok tumbang selain juga berfungsi memupuk pengakaran baru. Kaedah rawatan ini lumrah kelihatan di banyak tempat khasnya di kawasan berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini seperti di Teluk Intan.

Penimbunan tanah di pangkal pokok jika dijalankan dengan traktor, kapasiti traktor ialah menimbun tanah pada 60 – 80 pokok sehari, kos menimbun tanah dengan cara ini dianggarkan antara RM5 RM30 bergantung kepada keadaan muka bumi dan faktor lain.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Kaedah ini walaupun tidak menyelesai masalah akar umbi tetapi boleh melanjutkan hayat ekonomi pokok khasnya mengelak kadar penumbangan pokok. Oleh kerana akar baru akan tumbuh dalam tanah timbunan, maka pokok akan terus berbuah seperti biasa, malahan pengeluaran hasil tetap utuh.

 

Sumber maklumat :

Perusahaan Sawit Di Malaysia :Satu Panduan, MPOB, 2009


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com