You are currently viewing Kawalan Kumbang Badak Di Ladang Sawit Muda

Kawalan Kumbang Badak Di Ladang Sawit Muda

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Encik Koh memiliki kawasan tanaman sawit muda seluas 20 ekar di daerah Mersing, Johor. Kawasan ini terletak di sebuah bukit yang tidak begitu tinggi. Dari bukit kami dapat melihat jalan raya besar yang melengkung ke sini ke sana mengikut kontor bukit. Tanamana sawit di sini juga mengalami serangan kumbang badak yang serius sehingga 90% pokok diserangi. Encik Koh membina teres untuk menanam sawit. Tidak lama kemudian, kumpulan kumbang badak entah datang dari mana memulakan serangan ke atas tanaman sawit. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh kecuaian penanam dahulu yang menanamkan biojisim sawit tua tanpa pengurusan yang baik. Timbunan biojisim itu dipercayai telah menjadi tapak pembiakan kumbang badak.

Kumbang ini amat menggemari pokok sawit belum matang. Ia akan menusuk masuk melalui pangkal pelepah pokok kemudian merosakkan meristem. Pokok yang diserangi menghasilkan pelepah berbentuk kipas. Tumbesaran pokok terencat akibat kerosakan daun dan meristem. Banyak pokok telah mati akibat serangan tersebut.

Encik Koh menggunakan racun furadan untuk mengawal pokoknya, tetapi oleh kerana jumlah kumbang badak terlalu banyak, akhirnya kaedah ini kelihatan tidak berhasil. Perangkap feromon kemudian dipasang untuk memerangkap kumbang badak, selepas itu terus menggunakan produk ORY-X keluaran FELDA untuk membunuh kumbang badak. ORY-X ini sejenis racun biopestisid mengandung spora Metarhizium dengan keupayaan membunuh kumbang badak melebihi 80%, dan racun ini juga berkesan selama 24 bulan selepas semburan. Apabila seekor kumbang badak terkena racun ini, spora Metarhizium akan merebak melalui kumbang tersebut sehingga seluruh koloninya akan dijangkiti spora dan mati. Dengan menggunakan racun ini, Encik Koh kini berasa lega memandangkan ORY-X membawa kesan pembunuhan yang diingini.

Perangkap feromon juga membawa kesan. Jika kaedah ini digunakan bersama ORY-X, ia membawa kesan pembunuhan kumbang badak yang amat baik. Encik Koh memasang 5 perangkap feromon dalam keluasan 20 ekar ini. Dalam masa 3 minggu sahaja, sejumlah 1,000 ekor kumbang badak sudah diperangkap. Setiap perangkap feromon merangkumi 3 bahagian, iaitu satu tong plastik hitam (berharga RM7.50), ubat feromon (RM15/satu set) dan kepingan besi hitam (RM15/set), keseruhannya ialah RM187.50 iaitu jauh lebih murah daripada penggunaan racun komersial lain yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Kawalan kumbang badak hendaklah diutamakan semasa menanam semula tanaman sawit. Timbunan sawit tua yang telah diracik dan diletakkan di tepi anak pokok sering menjadi tapak pembiakan kumbang badak. Oleh itu semburan ORY-X ke atas timbunan sawit ini jika dapat dilakukan, ia tentu akan membawa kesan kawalan yang menggalakkan. Unuk maklumat lanjut mengenai ORY-X sila hubungi FGV Agri Services Sdn Bhd di talian 03-2789 1000.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :