You are currently viewing Durian Disanjungi Sebagai Buah Emas Di Vietnam

Durian Disanjungi Sebagai Buah Emas Di Vietnam

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Berita Vietnam 2/3/2024 : Vietnam sedang berusaha untuk terus mengukuhkan kedudukan eksport duriannya di sebalik memperolehi eksport buah itu yang bernilai berbilion-bilion. Negaranya juga bekerja keras untuk meraih potensi dan meluaskan capaian global bagi sektor tersebut.

Statistik Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) menunjukkan Vietnam mempunyai lebih 110,000 ha durian dengan pengeluaran tahunan hampir 850,000 tan. Kawasan penanaman durian utama negara termasuk Tanah Tinggi Tengah dengan lebih daripada 52,000 ha, menyumbang kira-kira 47% daripada jumlah keseluruhan kawasan, wilayah Delta Mekong dengan 33,000 ha (kira-kira 30%), dan wilayah Tenggara dengan 21,000 ha (kira-kira 19 %).

Atas sebab harga jualan yang tinggi dan keutamaan pasaran import, durian Vietnam telah meningkat ke kedudukan yang lebih tinggi berbanding tanaman lain seperti cili, buah naga dan getah. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kawasan penanaman durian meningkat hampir 25% setiap tahun.

Menurut Do Ha Nam, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Besar Kumpulan Intimex, tanaman seperti kopi dan cili menghasilkan keuntungan antara 200 juta – 300 juta VND (RM40,000 – RM60,000) sehektar/tahun, manakala  durian menjana keuntungan tahunan sebanyak 2 bilion VND (RM400,000) sehektar.

Tidak pernah ada produk pertanian yang cepat membawa hasil eksport bernilai bilion dolar seperti durian apabila memasuki pasaran global, kata Nam.

Antara pengimport durian terbesar, China terus menjadi pasaran paling menjanjikan untuk buah ini, kata Nguyen Quang Hoa, Pengarah Duong Vu Co., Ltd.

Menurut statistik dari MARD, durian Vietnam telah mencapai 24 pasaran, China sahaja sudah mengimport lebih 99% daripada keseluruhan eksport durian Vietnam.

Pemain perusahaan meramalkan bahawa pada 2024 dan tahun-tahun berikutnya, China akan terus menjadi pengguna utama buah ini. Industri durian diunjurkan berkembang sebanyak 7.2% setahun dalam tempoh 2019-2025. Ini dianggap sebagai peluang bagi Vietnam untuk membangunkan industri duriannya secara mampan pada masa hadapan.

Tran Thanh Nam, Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, menekankan keperluan penanam durian dan pengeksport untuk memastikan kualiti durian apabila dieksport ke China bagi memastikan durian Vietnam dapat mengekalkan kedudukan mereka dalam pasaran ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Sayur-sayuran dan Buah-buahan Vietnam Dang Phuc Nguyen, masih terdapat banyak ruang untuk Vietnam mengeksport durian ke pasaran China dan global. Beliau meramalkan nilai eksport buah itu boleh mencecah kira-kira AS$3.5 bilion tahun ini. 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :