You are currently viewing Peninjauan Masa Dan Cara Pendebungaan Berkesan Untuk Durian Monthong

Peninjauan Masa Dan Cara Pendebungaan Berkesan Untuk Durian Monthong

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Durian Monthong (D159) sudah didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Baka ini berasal dari Thailand dan merupakan baka paling popular merangkumi lebih 50% daripada jumlah pengeluaran di negara itu. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang dijalankan telah banyak menggunakan baka ini termasuklah kajian ini yang bertujuan meninjau masa dan cara pendebungaan berkesan bagi baka ini. Hasil kajian boleh digunakan sebagai rujukan am kerana ada banyak persamaan di antara Monthong dengan baka durian lain walaupun bukan kesemuanya.

Rawatan yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Pendebungaan dilakukan dengan menggunakan kedua-dua bunga betina dan debunga dari pokok yang sama pada jam 6.00 petang.

2. Pendebungaan dilakukan dengan menggunakan bunga betina dan debunga daripada baka yang sama tetapi berlainan pokok pada jam 6.00 petang.

3. Pendebungaan dilakukan pada jam 2.00 petang dengan menggunakan bunga betina dan debunga sesama baka tetapi daripada pokok berlainan.

4. Pendebungaan terbuka.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Hasil Kajian menunjukkan bahawa rawatan ke-4 di atas menghasilkan jumlah debunga serta jumlah tiub debunga yang paling rendah. Tiub debunga bagi rawatan 1 dan 2 sudah berjaya mencapai ke rahim bunga betina selepas 12 jam pendebungaan berlaku. Bagi rawatan 3 dan 4, tiub debunga juga sampai ke rahim bunga betina tetapi hanya selepas 24 jam pendebungaan berlaku. Keseluruhannya, tiub debunga untuk kesemua rawatan di atas berjaya mencapai rahim bunga betina dalam masa 72 jam selepas pendebungaan berlaku, namun semua putik buah di rawatan ke-3 habis gugur secara pra-matang pada hari ke-42 manakala rawatan pertama, ke-2 dan ke-4 masing-masing menghasilkan buah matang selepas 120 hari pendebungaan berlaku. Rawatan ke-4 menghasilkan paling banyak buah yang tidak normal dari segi bentuk ataupun cacat.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendebungaan pada jam 2.00 petang tidak berjaya menghasilkan buah. Durian Monthong didapati hanya akan membentuk buah serta buah yang kurang cacat jika pendebungaan berlaku di antara bunga betina dan debunga dari pokok sama atau pokok berlainan dalam tempoh senja sehingga larut malam. Satu keunikan yang disyorkan dalam hasil kajian ini ialah baka Monthong juga mampu menjalankan pendebungaan diri (pendebungaan di antara bunga betina dan debunga dari pokok yang sama) dan berjaya menghasilkan buah matang selepas 120 hari pendebungaan itu berlaku. Sungguhpun demikian, kadar pembentukan buah sehingga ke peringkat buah matang ini dijangka tidaklah tinggi ekoran sifat semula jadi baka durian ini. Perkara ini adalah dikawal oleh sistem kawalan gametophyte baka pokok itu yang menyebabkan pokok sama ada boleh atau tidak boleh atau separa boleh dalam menjayakan pendebungaan diri.

Dalam aspek pembentukan buah tidak normal bentuknya atau cacat di rawatan ke-4 itu, keadaan ini dipercayai wujud akibat pendebungaan diri yang amnya akan menghasilkan kadar buah cacat yang lebih tinggi. Buah cacat ini tiada apa kekurangan dari segi kualiti isi, cuma bentuk buah kurang canggih justeru lebih sukar untuk dieksport atau lebih sukar mendapat harga pasaran yang tinggi. Buah cacat pada amnya juga mengandungi lebih banyak biji benih kesep yang disebabkan oleh sifat debunga yang membawa kesan metaxenia iaitu kesan kawalan terhadap bentuk buah dan kualiti buah.

 

Bahan rujukan :

J.Jutamanee et al.,”Pollination and fruit set in durian Monthong at various times and with different methods of pollination”, International Society for Horticul- tural Science.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :