Ketika membuka buku mengenai durian berdaftar di Malaysia, halaman pertama menunjukkan durian D2 yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tarikh terawal iaitu tahun 1934. Inilah durian masih dalam ingatan kalian serta masih wujud di pasaran sehingga hari ini. Apakah maksudnya? Keadaan ini menandakan kualiti isinya telah merempuhi ujian sejarah dan tetap utuh sehingga hari ini.
Baka durian ini berasal dari Melaka yang pada satu ketika dulu banyak ditanami di kawasan seperti Air Molek dan Alor Gajah. Pokok yang masih ada di kebun masing-masing sekarang ini dipercayai adalah pokok tua berpuluh tahun yang dikekalkan sebagai pokok “pusaka” di dusun ekoran kualiti isi buah yang sangat tinggi. Inilah nilai komersialnya yang utama kerana jika ingin mendapatkan buah banyak untuk pokok D2 agak susah kerana pembentukan buah yang agak rendah. Malahan ia ada satu kelemahan utama iaitu buah susah dikopek.
Barangkali ciri ini sedikit sebanyak mengekalkan aromanya yang kuat. Isi buahnya manis lemak, sedikit pahit, lembut serta halus. Kelebihannya malah lebih daripada itu iaitu isi sangat tebal, selalu berbiji kesep (55.6%) serta berwarna kuning keemasan.
Penikmat yang pernah merasai buah durian ini mendapati pangsa buah ini secara purata terdiri daripada dua ulas isi sahaja menandakan isi sangat tebal. Bagi mereka yang berperut kecil, sudah kenyang mengambil seulas isi. Umumnya dalam sebiji buah, biji bulat merangkumi 3 4 biji sahaja, yang lain adalah biji kesep. Durian seperti ini menyebabkan sesetengah peminat durian masih menyanjungi isi buahnya dan tidak teragak-agak merasanya ketika terserempak buah ini di warung jualan.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Durian D2 sederhana besar buahnya, dalam anggaran 1.5 – 2.2kg. Kulitnya bukan tebal tetapi sekadar 0.9cm. la susah dikopek oleh kerana adanya bahu di bawah tangkai dan membentuk empulur yang agak tebal di dalam buah. Pangsa isi buah sangat jelas dan keseluruhan buah berbentuk lonjong dengan hujung buah yang meruncing. Duri buah adalah halus dan hujung duri umumnya berwarna perang. Buahnya berkulit hijau gangsa ketika matang. Tangkai buah pendek tetapi besar.
Memandangkan pengeluaran hasil durian D2 ini selalu tidak banyak serta susah dikopek, keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi nilai komersialnya. Namun, durian ini tetap digemari oleh ramai yang pernah mencubainya atas kualiti isi yang sangat tinggi.
Bahan rujukan :
1. Duriotourism.com
2. Warisanpetani.blogspot.com
3. Wak Genjer.
4. Zawawi Jawahir et al., Klon Durian Terpilih Malaysia, UPM, 2008.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com