You are currently viewing Daun Pokok Durian Tidak Harus Menerima Cahaya Matahari Berlebihan?

Daun Pokok Durian Tidak Harus Menerima Cahaya Matahari Berlebihan?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Durian adalah tumbuh-tumbuhan tropika. Oleh yang demikian, penerimaan cahaya matahari oleh daunnya amat penting dalam proses fotosintesis untuk menjana makanan. Adakah daunnya memerlukan radiasi sepenuhnya untuk menjalankan fungsi tersebut? Inilah satu tumpuan perhatian oleh penyelidik di bidang tersebut kerana wujudnya pelbagai morfologi pokok yang mengimplikasikan pokok dapat hidup subur dalam suasana persekitaran berlainan khususnya dalam keadaan daun tindih menindih ataupun daun terbuka penuh kepada radiasi cahaya matahari yang cukup sempurna.

Eksperimen tersebut dijalankan di Jepun dalam rumah hijau untuk menilai kesan cahaya matahari terhadap tumbesaran (dan pengeluaran hasil) tanaman ini. Daun pokok durian didedahkan kepada cahaya matahari pada beberapa kadar yakni 100% terdedah, 50% naungan dan 70% naungan daripada cahaya matahari selama satu bulan. Radiasi cahaya matahari sepenuhnya (PPFD) telah diukur dan dikenal pasti berada pada 1200-2000 μmol m-2 s-1, kecuali 3 hari dibagi rehat dan tidak didedahkan.

Hasil eksperimen itu menunjukkan kandungan klorofil tertinggi wujud dalam plot rawatan 70% naungan daripada cahaya matahari. Bacaan klorofil a/b dalam plot ini didapati menurun apabila kadar cahaya matahari meningkat (ion klorofil a amat rendah semasa cahaya matahari lemah dan selanjutnya mengganggu proses fotosintesis. Pada masa ini, ion klorofil b akan meningkat bagi memerangkap cahaya matahari). Oleh yang demikian, sejenis bahan sebatian protein dalam klorofil yang berfungsi memerangkap cahaya matahari akan meningkat dan keadaan ini akan membantu daun tetap berfungsi baik dalam keadaan cahaya matahari yang lemah.

Pada radiasi cahaya matahari (PPFD) di peringkat 400 – 2000 μmol m-2 s-1, plot rawatan yang berada pada 70% naungan cahaya matahari didapati mempunyai kadar fotosintesis terbaik. Selain itu juga, pada 400 – 800 PPFD, plot naungan 70% daripada cahaya matahari berfungsi pada kecekapan yang sama baik dengan plot yang menerima PPFD 2000 μmol m-2 s-1.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Secara lebih spesifik, kecekapan fotosintesis terunggul berlaku apabila kepekatan karbon dalam sel sedang berinteraksi dengan bahan RuBP dalam daun iaitu sejenis unsur yang berperanan dalam tindak balas terhadap cahaya matahari. Hal ini menyatakan tindak balas terhadap cahaya matahari yang lemah tidak mengganggu daun yang berada di bawah naungan cahaya matahari. Keseluruhannya, kandungan klorofil dalam daun yang menerima cahaya matahari terik adalah lebih rendah, justeru itu ia memiliki keupayaan berfungsi dengan baik dalam keadaan cahaya matahari yang lemah.

Dari sini, sebagai rumusan, proses fotosintesis daun memainkan peranan penting dalam menjana karbohidrat untuk dijadikan sumber makanan kemudian diagihkan kepada semua bahagian pokok. Ini adalah prinsip utama pokok tropika termasuk durian. Oleh kerana spesies dan varieti tumbuhan tropika amat banyak, hubungan di antara kandungan klorofil dan kecekapan fotosintesis berbeza. juga Pemahaman umum kita ialah kandungan klorofil dalam daun adalah faktor terpenting dalam peningkatan fotosintesis. Namun daripada hasil eksperimen di atas, didapati pokok durian tidak mempunyai corak sedemikian kerana daun yang kuat dinaungi daripada cahaya matahari sebaliknya mengandungi kandungan klorofil lebih tinggi dan selanjutnya meningkatkan kadar fotosintesis.

Jika hasil eksperimen ini adalah sahih, maka ia membawa implikasi amalan pangkasan daun pada pokok durian hendaklah dilakukan secara munasabah supaya daun tidak terdedah secara berlebihan kepada pancaran cahaya matahari kerana pangkasan berlebihan ini akan menurunkan kecekapan fotosintesis dan selanjutnya mengurangkan penjanaan makanan serta pengeluaran hasil.

Bahan rujukan :

T. Kondo et al.,”Photosynthetic characteristics of durian (Durio zibethinus Murray) leaves grown under different light condition”, International Society for Horticultural Science.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :