You are currently viewing Biopestisid Bt. Memberi Kesan Kawalan Baik Terhadap Kupu-Kupu Tirathaba mundella

Biopestisid Bt. Memberi Kesan Kawalan Baik Terhadap Kupu-Kupu Tirathaba mundella

- - iklan - -


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Kupu-kupu buah tandan Tirathaba mundella merupakan salah satu serangga perosak utama di kawasan tanah gambut. Kupu-kupu ini yang dewasa tidak mendatangkan kerosakan terhadap buah tandan sawit sebaliknya larvanya yang membawa kerosakan. Kerosakan terhadap buah tandan sehingga menyebabkan kerugian hasil 50% pernah dilaporkan. Buah tandan yang telah dirosakkan itu membawa kandungan free fatty acid yang lebih tinggi iaitu satu bahan yang menurunkan kualiti minyak sawit mentah. Oleh yang demikian, langkah kawalan amat penting supaya populasinya tidak meningkat sehingga membawa kerosakan yang tinggi.

Walaupun kitaran hidup kupu-kupu ini hanyalah satu bulan, tetapi kadar rebakannya amat cepat terutama di ladang sawit bersemak-samun atau terdapat buah tandan masak yang tidak dikutip. Mayang jantan dan betina serta buah tandan akan diserang. Buah tandan yang diserangi tidak lagi berkilau di permukaan sebaliknya dipenuhi lapisan bahan buangan. Berat buah tandan juga akan merosot. Di saat kritikal, buah tandan tidak dapat membesar malah akan gugur sebelum sampai ke peringkat matang.

Kerosakan oleh kupu-kupu ini amnya diketahui apabila buah tandan segar sedang digredkan di tempat mengumpul buah tandan. Sekiranya kerosakan melebihi 5%, maka langkah kawalan perlu diambil segera dengan cara membuat bancian di ladang untuk menentukan kadar kerosakan sebenar. Biopestisid jenis Basillus thuringiensis atau singkatan Bt. bergabung dengan cara pembersihan ladang didapati berkesan untuk menangani serangan tersebut. Kebersihan ladang dimaksudkan pemotongan buah tandan reput atau yang diserangi dari pokok kemudian dibiarkan reput di tepi jalan. Cara kawalan ialah mencampurkan nisbah 1 g Bt. dengan 1 liter air kemudian disembur pada buah tandan setiap 2 minggu berturut-turut untuk 6 kali atau 3 bulan. Kadar kerosakan dijangka dapat dikawal ke ke bawah 15%. Jika menggunakan cypermethrin, didapati kadar serangan masih berada di tahap 60% dan sekiranya tiada langkah kawalan diambil, maka kadar serangan terus kekal melebihi 95%. Inilah hasil kajian daripada sebuah ladang sawit berumur 7 tahun yang diserangi dengan teruk.

Jika dilihat dari mata kasar, penggunaan cypermethrin telah mengganggu kehidupan kumbang pendebunga dan juga sejenis pemangsa kupu-kupu Tirathaba mundella yang dikenali Chelisoches moris atau “earwigs” dalam bahasa English. Apabaila populasi pemangsa berkurangan, serangan kupu-kupu menjadi lebih tinggi. Sebaliknya dengan penggunaan Bt., tiada kesan membahayakan kumbang pendebunga dan pemangsa berlaku, lantaran itu mencapai kesan kawalan yang diingini.

Sumber :

Lim Kim Huan, “An Integrated Approach Of Controlling The Tirathaba Bunch Moth On Oil Palms Planted On Peat”,PIPOC 2011, MPOB, pp. 262-265.

Hantar blog ini kepada :