Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Pada masa ini, ketika harga minyak sawit masih berbaloi untuk meneruskan penanaman sawit, ramai penanam tidak akan memikirkan tanam semula walaupun pokok mereka sudah melebihi 25 tahun. Tanam semula amnya menggunakan kaedah pembersihan semua pokok tua kemudian ditanami pokok baru. Kaedah ini lebih diminati oleh sektor estet. Bagi pekebun kecil, mereka kelihatan lebih suka menerapkan kaedah tanam bawahan (underplanting). Sementara menunggu anak pokok membesar dan berhasil, mereka tetap mendapat hasil buah daripada pokok tua. Inilah inti pati yang menjadikan
kaedah tanam bawahan masih digemari oleh mereka sehingga hari ini.
Pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tidak menggalakkan tanam bawahan kerana risiko serangan kumbang tanduk serta penyakit Ganoderma lebih tinggi berikutan penerapan kaedah ini. Tambahan, tumbesaran anak pokok sawit dan pengeluran hasil awalan di bawah tanam bawahan sedikit sebanyak akan terganggu. Bagaimanapun, perolehan pendapatan berterusan semasa tanam semula masih wujud sebagai pertimbangan akhir bagi mereka.
Pakar sawit C.W.S Hartley pernah menyentuhi beberapa kelebihan tanam bawahan dengan berpandukan amalan tertentu. Berikut adalah pandangannya.
Beliau berkata, di bawah kaedah tanam bawahan, jika pokok tua ditebang secara beransur-ansur serta berselang-seli sehingga sesetengah pokok tua dikekalkan selama 3 tahun, cara ini akan mendatangkan kesan positif. Kesan positif ini malahan dapat melebihi kesan negatif yang berlaku pada pokok muda dalam aspek tumbesaran dan pengeluaran hasil awalan akibat naungan cahaya matahari. Kaedah penebangan pokok tua di sini adalah mengikut hala Timur – Barat.
Sebaliknya jika penebangan pokok tua adalah mengikut hala Utara-Selatan, kesan naungan cahaya matahari lebih ketara akan berlaku. Hasil awalan pokok muda itu tentu akan terjejas. Justeru itu, pertimbangan harus dibuat mengenai hala penebangan pokok tua jika tanam bawahan hendak diterapkan. Macam mana pun, anak pokok di bawah tanam bawahan wajib mendapat cahaya matahari yang cukup.
Beliau memberi contoh satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Congo telah berjaya menjana jumlah hasil sawit yang tertinggi. Sistem ini mengamalkan tanam bawahan yang mana hasil buah dari pokok tua dan hasil awalan (tahun ke-3) pokok muda digabungkan bagi mendapatkan jumlah hasil tertinggi. Didapati sistem ini juga tidak mendatangkan kesan negatif berpanjangan terhadap prestasi pokok muda. Sistem ini telah wujud berpuluh-puluh tahun lamanya ke atas baka sawit dura dan deli dura, tetapi bagi baka tenera (DxP), Sistem Congo ini tetap ada kelebihan. Memandangkan sistem ini telah mendatangkan beberapa kebaikan, sesetengah estet di Malaysia dan Afrika telah dilaporkan menerap kaedah ini dalam penanaman semula mereka pada suatu ketika lalu.
Apakah Sistem Congo ?
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Dalam sistem ini, 1/3 pokok tua ditebang sebelum mula tanam semula, kemudian menebang lagi 1/3 pokok tua pada tahun kedua. Tahun ketiga menebang baki 1/3 pokok tua, pada masa ini, pokok muda yang ditanami sebelumnya sudah mula mengeluarkan hasil. Penebangan kali pertama hanya menyasarkan pokok berhasil paling rendah dalam satiap baris. Penebangan kali kedua (tahun kedua) fokus pada baris secara berselang-seli, iaitu menebang sebaris dan kekal sebaris. Tahun ketiga menebang kesemua baki pokok tua.
Satu kaedah lain yang cekap mengenai tanam bawahan ialah semasa memulakan penanaman semula serta semasa anak pokok ditanam itu berumur 3 bulan dan 12 bulan, pelepah pokok tua dipangkas sehingga tinggal separuh jumlahnya, dua tahun kemudian kesemua pokok tua ditebang. Dengan cara ini jumlah hasil terkumpul untuk 4 tahun pertama didapati berada di aras yang paling tinggi. Menurut laporan beliau, 8 tahun selepas tanam semula, semua plot yang mengamalkan tanam bawahan memperolehi jumlah hasil terkumpul lebih banyak sehingga 28% berbanding plot penebangan pokok tua sama sekali semasa penanaman semula. Di antara kesemua kaedah penanaman bawahan, pangkasan pelepah di peringkat mula tanam, 3 bulan dan 12 bulan mendatangkan hasil tertinggi sebanyak 18% berbanding semua kaedah tanam bawahan yang lain.
Walaupun kaedah tanam bawahan memperlihatkan kelebihan, tetapi oleh kerana bahan tanaman sawit kini sudah lebih maju dan sesetengahnya mula mengeluarkan hasil selepas 2 tahun ditanam, maka tanam bawahan dikhuatiri tidak akan memberi hasil awalan menggalakkan seperti diidamkan akibat kesan naungan cahaya matahari yang telah berlaku ke atas anak pokok.
Sehubungan itu, pengalaman tanam semula dari Malaysia dan Indonesia telah menunjukkan tanam bawahan adalah salah satu punca yang menyebabkan peningkatan serangan kumbang tanduk dan penyakit Ganoderma di ladang sawit. Jika serangan kedua-dua jenis perosak ini dapat dicegah dari awal ataupun dipastikan tiada serangan kumbang dan penyakit akan berlaku, maka kaedah tanam bawahan yang menjanjikan kesinambungan pendapatan akan tetap disanjungi oleh pengusaha tanaman sawit khususnya pekebun kecil.
Satu alternatif lain untuk mengenepikan kaedah tanam bawahan ialah mengamalkan integrasi sawit dengan tanaman jangka pendek untuk menjana pendapatan sampingan sementara menunggu sawit membesar dan berbuah. Dengan cara ini, semua pokok tua boleh ditebang sama sekali sebelum tanam semula. Sistem integrasi bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan, malahan biojisim tanaman jangka pendek akan menyuburkan tanah dan mendatangkan manfaat dalam pembesaran dan pengeluaran hasil sawit pada masa akan datang.
Bahan rujukan :
C.W.S Hartley, The Oil Palm, 3rd Edition, Longman Group UK Ltd, 1988, hal. 464 – 468.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my