Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kalium kelihatan memberi kesan besar terhadap segala aspek tanaman buah-buahan khasnya dari segi saiz, bentuk, warna, pepejal boleh larut, kandungan asid dan vitamin. Tanaman seperti pisang, anggur dan markisa banyak mengambil kalium dalam peringkat pembesaran pokok dan pengeluaran hasil. Walaupun kalium bukan komponen sebatian dalam tumbuhan, tetapi elemen ini menyelaras banyak fungsi penting dalam tanaman termasuk asimilasi karbon, translokasi protein dan gula, keseimbangan air dalam pokok serta mengawal tekanan dalam sel tanaman.
la juga penting terhadap pertumbuhan akar, memperbaiki kualiti buah, mengekal imbangan gula dengan kandungan asid, kematangan buah serta banyak lagi proses penting dalam tanaman. Kalium juga mengaktifkan 60 jenis enzim dalam tanaman, membantu fotosintesis, menyelaras pembukaan stomata daun serta pelbagai proses lain dalam tumbesaran dan pengeluaran hasil. Dengan kata lain, kalium adalah elemen terpenting dalam tanaman supaya memperolehi kualiti dan hasil yang unggul.
Dalam penanaman pisang, tandan pisang membesar secara signifikan berikutan aplikasi kalium pada kadar 480g K20/pokok. Tandan sebesar 22.69 pernah dilaporkan dengan aplikasi 300g K20/pokok dengan kalium. Kualiti pisang meningkat selepas rawatan dengan kalium yakni seperti diperhatikan dalam peningkatan TSS, kandungan gula dan asid arsobik. Ladang pisang jika diaplikasi dengan 1625 kg/ha kalium akan memberi hasil pisang 50 tan/ha. Kalium ini diambil khasnya dalam tempoh pembesaran tandan pisang. Berat buah pisang serta jumlah pisang setandan masing-masing meningkat menerusi aplikasi kalium.
Sehubungan itu, didapati juga kalium menyingkatkan masa pemucukan buah tandan serta masa kematangannya. Dilaporkan kehadiran kalium akan meningkatkan daya rintangan tanaman ini terhadap serangan penyakit seperti penyakit tompokan dan penyakit layu pokok.
Dalam penanaman limau, aplikasi kalium juga sangat penting. Setiap pokok limau dibekal dengan 400g K20 dilapor menghasilkan buah limau mandarin lebih besar secara ketara. Limau manis juga mengandungi jus yang lebih tinggi selepas aplikasi kalium pada kadar 400g K20/pokok/tahun. Bagi meningkatkan kandungan jus dan TSS (pepejal boleh larut) dalam limau manis, aplikasi kalium adalah wajib.
Dalam penanaman jambu batu, baja kalium nitrat (KN03) 1% dalam bentuk semburan foliar telah digunakan untuk mendapatkan buah yang lebih besar. Pepajal boleh larut (TSS) dalam buah meningkat dengan aplikasi 160g dan 320g K20 per pokok per tahun. Sehubungan itu, semburan dengan baja foliar kalium sulfat (SOP) juga meningkatkan TSS ekoran sisa elemen kalium kekal lebih lama dalam daun dan selanjutnya membekal gula kepada buah.
Bagi menambah kemanisan buah jambu batu, aplikasi kalium butiran di atas tanah juga memberi kesan. Mengikut laporan, matlamat ini tercapai dengan aplikasi 260g K20/pokok. Kalium sulfat jika disemburi pada tanaman jambu batu pada kekerapan satu kali seminggu, kemanisannya juga meningkat. Dengan kata lain, semburan dengan baja kalium (kalium nitrat dan kalium sulfat) sama-sama membawa kesan menambah kemanisan buah jambu batu.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Sementara itu, buah betik juga mendapat manfaat daripada aplikasi kalium kerana kandungan TSS telah meningkat menandakan kemanisan sudah bertambah susulan aplikasi baja ini. Kalium dikatakan memainkan peranan translokasi gula dalam tanaman justeru isi buah betik menjadi lebih manis.
Sama ada menggunakan kalium klorida (KCI) yang juga dikenali MOP atau kalium sulfat (SOP) terhadap tanaman buah-buahan adalah bergantung kepada beberapa keadaan. Bagi tanaman yang sensitif terhadap klorin, maka hanya kalium sulfat digunakan kerana kalium klorida mengandungi 47% klorin manakala kalium sulfat tiada kandungan elemen ini. Tambahan Kalium klorida mengandungi indeks garam yang tinggi sehingga bacaan 120 manakala kalium sulfat hanya pada bacaan 45. Dengan ini, aplikasi kalium sulfat dapat mengurangkan himpunan sisa garam yang tinggi di dalam tanah. Di kawasan yang kurang berhujan serta dengan kadar penyejatan yang tinggi, sisa garam mudah terkumpul di dalam tanah dan akan mengakibatkan keracunan tanah sekiranya kalium klorida terus digunakan.
Sehubungan itu, kalium sulfat (SOP) turut mengandungi sulfur 18% tetapi elemen ini tidak wujud dalam kalium klorida. Sulfur merupakan elemen penting untuk memperkasakan cita rasa buah-buahan khususnya aroma. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kualiti buah-buahan yang lebih tinggi, kalium sulfat (SOP) adalah disyorkan termasuk dalam penanaman nanas yang mana buahnya menjadi lebih besar serta lebih manis apabila kalium sulfat digunakan. Kalium klorida lebih murah daripada kalium sulfat, keadaan ini menjadikan yang murah lebih digemari oleh penanam.
Sumber maklumat :
A. Ramesh Kumar et al., “Role of potassium in fruit crops – A Review”, Agri. Rev. 2006.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com