Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pokok ati-ati telah masuki gelanggang hortikultur sejak tahun 1825, sehingga kini telah 188 tahun lamanya. Namun, aspirasi dan inspirasi para peminatnya tetap dikobari ketika menatap daunya yang berwarna-warni dengan bermacam-macam kombinasi. Kombinasi warna tersebut malah telah dikembangkan selanjutnya melalui teknik biak baka maju sehingga menghasilkan hibrid yang lebih mempesonakan hati lagi. Kini, ia menjadi tumbuhan hiasan yang digemari oleh khalayak ramai.
Nama saintifiknya ialah Coleus blumei yang kini telah dikenali sebagai Solenostemon scutellarioides. la mempunyai pelbagai gelaran, di antaranya ialah painted nettle, painted leaf, flame nettle. Dari gelaran yang diberikan itu, maka dapat diketahui bahawa aspek daun dan warnanya adalah ciri utama pada pokok ini. Coleus blumei hanyalah salah satu spesis dari sejumlah lebih 150 spesis Coleus yang ada di dunia.
la kepunyaan famili Labiates/Lamiaceae yang mempunyai 236 genus dan 7,000 spesis kesemuanya. Tumbuhan di bawah famili ini juga dikenali sebagai pudina atau ‘mint’ dalam bahasa Inggeris, serta beraroma. Bahan pudinan ini barangkali sejenis bahan perubatan yang menjadikan sebahagian spesis ini berfungsi perubatan.
Coleus blumei mempunyai cabang-cabang spesis bertaburan di Afrika, Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Kesinambungan spesis ini yang telah berkurun-kurun lamanya dirasakan berkaitan dengan kemudahan pembiakan. Bagi Coleus blumei, pembiakan melalui keratan batang setakat 4 inci panjangnya dipacak ke dalam segelas air sudah mampu menggalak pengakaran.
Lagipun, ia sesuai ditanam di kawasan terbuka yang berpancaran matahari atau di bawah teduhan sederhana. Ia juga boleh ditanam dalam pasu dan menghiasi bahagian dalaman rumah, tetapi sekali-sekala perlu didedahkan kepada cahaya matahari. Tanaman ini juga boleh tumbuh di bawah iklim sederhana. Kesemua ciri ini telah menambahkan nilai horticulturnya.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Pokok ati-ati selain mempunyai nilai hiasan yang tinggi, ia juga merupakan tanaman herba. Penduduk asli sering kali menjadikan tanaman ini sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisional di khalayak masing-masing.
Dalam perubatan tradisional Melayu, batang dan daun pokok ati-ati dipupuk pada bahagian luka badan dikatakan mempunyai kesan rawatan. Bagi menyelesaikan masalah demam dan sakit kepala pula, daun pula boleh dipupuk di dahi. Bagi masalah batuk dan lelah, daun yang disapu kapur makan kemudian dilayur dan ditampalkan pada bahagian leher semasa daun masih panas dikatakan berkesan positif.
Rujukan :
1. Dr. T. Ombrello, “Coleus-Plant Of The Week”, UCC Biology Dept. (laman web)
2. Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir dan Zaharah Hasan, Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia, MARDI, 2009.
3. A. Hanim, “Ati-ati – pokok herba hiasan”, Teknologi Pelbagai Tanaman, Jilid 10 (1994). MARDI.