You are currently viewing Pokok Durian Udang Merah Tua Di Bukit Kebun Soon Huat Balik Pulau

Pokok Durian Udang Merah Tua Di Bukit Kebun Soon Huat Balik Pulau

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Jalan ke bukit ini bercerun, semasa hari hujan ia menjadi licin. Kami tidak sangka dapat naik ke atas bukit kerana setiap panduan diikuti oleh lonjakan daripada jalan yang telah disimenkan. Apabila kami hampir sampai ke atas bukit, udara semakin nyaman. Bukit ini terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang dengan ketinggian 700 kaki (215 meter) dari aras laut dan merupakan salah sebuah kebun bukit tertinggi di pulau ini.

Ah Huat, 68 tahun, sudah menunggu kami di tempat meletak kereta dengan senyuman yang besar. Akibat satu kemalangan daripada tangga telah menjadikan beliau lumpuh dan perlu bergerak dengan kerusi roda, namun beliau selalu menjamu tetamu di sini apabila perlu. Kerja di kebun pula diuruskan oleh anak perempuan dan menantunya Eunice dan Richard.

Kebun ini pada asalnya dimiliki oleh bapanya Chang Fatt Hin. Pokok-pokok durian telah ditanami pada tahun 1970 yang kini telah berumur 49 tahun. Pada masa itu, Ah Huat tinggal bersama 7 orang adik beradik. Tidak lama kemudian, rumah tersebut menjadi sesak baru beliau pindah keluar pada tahun 1989 dan tinggal di atas bukit dengan sepohon pokok durian Udang merah tua yang kini telah berumur 49 tahun. Beliau hidup gembira di situ dan gemar memilih baka durian untuk tetamunya.

“Dia berkata saat paling seronok ialah ketika melihat tetamunya menikmati durian; kamu akan suka 700, tengok, dia sudah tahu cita rasa kamu”, kata anak perempuannya Eunice yang bertindak sebagai penterjemah.

Ketika Ah Huat mewarisi kebun tersebut, kebun ini ditumbuhi dengan banyak varieti durian tua yang tidak disukai beliau, justeru itu beliau telah tebang D15, Butter (Gu Eu), Ganja dan D18, kemudian digantikan dengan banyak pokok Hor Lor, beberapa pokok Kapri, Udang Merah tua dan banyak pokok Kun Poh, Lipan, 700 serta varieti nadir yang dikenali Little Apple (Xiao Pen Guo).

Apabila kami sedang sembang di kebun ini sambil mencari durian yang gugur, tiba-tiba terdengar suatu bunyi whummp, itulah dia, sebiji Udang Merah telah jatuh ke atas jaring yang tertadah di bawah pokok. Durian Udang Merah ini segar dan masak secukupnya serta membawa tekstur berkrim, sedikit perisa wain merah beserta gula beri.

Di situ kami juga mencuba durian Kun Poh yang bertekstur sangat lembut bagaikan krim yang hampir cair serta disebati dengan bau asli, kopi dan biskoti yang lama melingar dalam mulut selepas dimakan. Biasanya kami hanya akan makan Kun Poh selepas memakan baka durian lain bagi menikmati keseronokannya yang unik.

Durian 700, satu varieti yang makin jarang didapati di masa kini juga menjadi hidangan kami di kali ini. Isinya kelihatan lebih tebal daripada Kun Poh serta dengan warna yang lebih oren daripada Kun Poh, aromanya juga lebih kuat daripada Little Red.

Hor Lor juga ditanami di kebun ini. Bentuk buahnya berbeza sedikit daripada anggapan kami terhadap buah Hor Lor yang biasanya panjang dan banyak duri. Buah Hor Lor yang dijamukan kali ini berbentuk lebih gemuk sedikit serta berwarna kuning gelap. Hor Lor kelihatan sangat manis.

Baka 604, sejenis durian eksotik turut kami jumpai di kebun ini semasa kami sedang bangun untuk pulang, tiba-tiba sebuah motorsikal membawa sebiji 604 yang cukup segar ke hadapan kami. 604 juga salah satu baka yang paling tua di bukit ini, isinya manis-manis melekit sehingga memberi suatu perisa kebas selepas banyak mengambil.

 

Sumber maklumat :

Lindsay Gasik, Old Red Prawn High on The Hill at Soon Huat Durian Farm Balik Pulau, Year of The Durian, 2019.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :