You are currently viewing Penyakit Cerana Batang Durian Dapat Dirawati Dengan Biopestisid Trichoderma Harzianum Dan Tinja Lembu

Penyakit Cerana Batang Durian Dapat Dirawati Dengan Biopestisid Trichoderma Harzianum Dan Tinja Lembu

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Filipina juga pengeluar durian yang penting di dunia, namun jumlah pengeluarannya masih lebih rendah daripada Thailand, Malaysia dan Indonesia. Durian kebanyakan dikeluarkan di bandaraya Davao. Menurut sumber, tanaman durian di Davao juga diserangi penyakit cerana batang (stem canker) yang disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Kulat ini menyerang banyak jenis tanaman termasuk koko dan sawit.

Penyakit P. palmivora sering berlaku di batang pokok termasuk bahagian pencabangan dahan. Jangkitan penyakit ini akan mengakibatkan bahagian berkenaan tidak mendapat saluran nutrien dan air kemudian layu dan mati. Penyakit ini juga menyerang bahagian akar, daun dan juga buah justeru dianggap sebagai salah satu penyakit utama di ladang durian. Setakat ini P. palmivora hanya dirawat dengan bahan kimia berjenama A yang khusus untuk menangani masalah tersebut. Bahan kimia tidak mesra alam, justeru itu amalan lain turut diterokai sebagai kaedah rawatan.

Penyelidik di Filipina mendapati kulat Trichoderma harzianum dan tinja lembu yang sudah difermentasikan selama 2 bulan masing-masing membawa kesan rawatan yang baik. Ini satu penemuan daripada kajian yang telah dijalankan di negara tersebut. Sebelum itu, Huynh Van Tan (1999) pernah membuat satu kajian awalan dan mendapati baja organik membawa kesan positif terhadap anak benih durian yang dijangkiti penyakit P. palmivora. Begitu juga Muryati (2009) sama-sama mengemukakan keputusan sedemikian mengatakan kadar hidup anak benih durian telah ditingkatkan melalui penaburan baja organik. Justeru itu, kesan positif yang dibawakan oleh tinja haiwan khususnya lembu kelihatan berasas kerana di dalam tinja tersebut dipercayai terkandung pelbagai mikrob bermanfaat yang mana antaranya mampu menghapuskan kulat P. palmivora.

Untuk meninjau keadaan ini secara lebih terperinci, satu eksperimen telah dijalankan di bandaraya Davao untuk melihat kesan penyembuhan pokok durian baka Chanee, Arancillo, Puyat dan Kanyao yang telah dijangkiti penyakit ini selepas rawatan dengan bahan kimia jenama A, kulat T. harzianum dan tinja lembu (selepas fermentasi 2 bulan). Plot kawalan pula terdiri daripada rawatan yang hanya menggunakan sapuan air bersih yang dibasmi kuman. Semua rawatan didahului dengan mengikis dan membersihkan bahagian terjangkit di pokok.

 

Hasil Kajian

Hasil kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga plot durian sakit yang masing-masing dirawati dengan bahan kimia jenama A, kulat T. harzianum dan tinja lembu telah sembuh sepenuhnya. Gambar berkenaan yang diambil selepas 1 bulan hingga 36 bulan rawatan dilakukan menunjukkan penyakit tersebut telah berjaya dihapuskan kerana bahagian diserangi penyakit telah sembuh sepenuhnya. Plot kawalan yang hanya disapu dengan air bersih tetap mengekalkan luka jangkitan dalam tempoh masa yang sama. Pokok tersebut akhirnya mati akibat tidak diubati.

Dengan kata lain, bahan biopestisid yang mengandungi T. harzianum wujud sebagai agen kawalan biologi yang berkesan untuk menangani masalah penyakit ini. Begitu juga tinja lembu turut menunjukkan kesan positif dalam hal yang sama sekali gus menjadikan kedua-dua kaedah ini menjadi amalan yang telah diterapkan oleh penanam durian di kawasan Davao pada masa kini.

Sumber maklumat :

Concepcion E. Et al., “Control of Patch Canker on Durian Using Trichoderma harzianum and Cow Manure”, Bureau of Plant Industry, Davao National Crop Research and Development Center, Bago Oshiro, Davao City, Phillipines.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :