Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Penyakit Ganoderma bagaikan wabak, menjangkiti tanaman kelapa sawit yang ditanami di kawasan yang mirip kepada jangkitan tersebut dan menyebabkan kerugian besar terhadap ekonomi negara.
Pelbagai langkah kawalan dan rawatan telah dijalankan bagi menangani serangan Ganoderma seperti yang dibentangkan dalam Isu yang lepas. Ganoderma merupakan sejenis kulat tanah yang diketahui boleh dikawal dengan agen kawalan biologi yang mempunyai kesan antagonis terhadapnya. Berikut ini adalah kaedah-kaedah kawalan menyambungi pembentangan pada Isu yang lepas.
4. Kesan Kawalan Positif Daripada Arbuscular Mycorrhiza
Daripada kajian-kajian oleh para penyelidik khususnya dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebelum ini, beberapa jenis kulat bermanfaat yang mampu menangani jangkitan kulat Ganoderma telah ditemui serta dikenal pasti kesan kawalannya terhadap penyakit ini. Di antaranya ialah fungi Arbuscular Mycorrhiza yang mampu melindungi sistem akar daripada jangkitan Ganoderma.
Kajian daripada Sime Darby menunjukkan bahwa semaian sawit yang dirawati dengan Mycorrhiza mendapat pelindungan sepenuhnya daripada serangan Ganoderma berbanding dengan semaian yang tidak dirawati dengan Mycorrhiza yang menyebabkan kadar kematian setinggi 40%.
Nor Sarashimatun et al (2009) pula melaporkan tanaman sawit berumur 20 tahun di kawasan serangan Ganoderma sederhana yang dirawati dengan Mycorrhiza masih memperolehi kelebihan hasil pengeluaran sebanyak 43.9% berbanding plot sawit yang tidak diberi rawatan dengan bahan kawalan tersebut.
5. 70% Kesan Kawalan Daripada Trichoderma
Kulat Trichoderma juga sejenis mikroorganisma yang dikenal pasti dapat mengawal pembiakan Ganoderma dengan cara mempercepatkan reputan tisu-tisu yang dijangkiti penyakit. Kumpulan Sawit Kinabalu pernah merumuskan Trichoderma ke dalam kek decanter dan sisa buangan kilang sawit (POME) bagi merawat pokok sawit muda sakit akibat jangkitan Ganoderma dengan kadar kejayaan sebanyak 70%. Penggunaan Trichoderma sebagai kaedah pencegahan seumpama ini masih di bawah peninjauaan selanjutnya.
Sehubungan itu, agen-agen kawalan biologi lain seperti Burkholderia cepacia dan Pseudomonas aeruginosa juga dilaporkan berkesan untuk mengawal jangkitan Ganoderma terhadap semaian sawit.
6. Kawalan Kimia
![](https://www.infopertanian.com/wp-content/uploads/2024/06/Ad-PK-500x700-240611-gif-c.gif)
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kajian dari MPOB menunjukkan pokok sawit yang dijangkiti penyakit Ganoderma dapat dipanjangkan hayatnya melalui suntikan racun kulat sistemik (hexaconazole) ke dalam pokok dengan menggunakan alat penyuntik bertekanan 15 kg/cm2 sebanyak 3 kali dengan selangan 9 bulan di antara setiap kali suntikan (repeated three times at 9-month intervals). Didapati pokok sawit yang telah dirawati dengan cara ini masih hidup selepas 5 tahun dan menghasilkan 70% buah tandan segar berbanding dengan plot yang tidak dirawati langsung.
7. Pembiakbakaan Bahan Tanaman Berdaya Rintang
Baka sawit dan progeninya dari bahan tanaman tertentu didapati mempunyai daya rintangan yang lebih baik terhadap jangkitan penyakit Ganoderma. Dalam aspek ini, bahan tanaman ‘La Me’ dan ‘Yangambi’ didapati mempunyai daya rintangan yang lebih tinggi daripada ‘deli dura’. Teknik terkini sudah mampu mengesan bahan tanaman sawit yang mirip dijangkiti Ganoderma dan merupakan satu pencapaian yang akan membantu pencegahan serangan penyakit ini pada masa akan datang.
8. Kawalan melalui Aplikasi Baja
Kajian pernah dijalankan oleh para penyelidik dan mendapati baja mempunyai kesan tertentu terhadap kawalan penyakit ini. Namun, penggunaan baja tunggal atas sekitaran yang berbeza memberi kesan yang berlainan, mungkin menyatakan kesannya lebih pada pemuliharaan tanah yang selanjutnya menambah rintangan pokok terhadap penyakit Ganoderma.
Kini, beberapa rumusan baja yang dilengkapi dengan agen kawalan biologi di dalamnya telah dipasarkan untuk menangani masalah Ganoderma di ladang sawit. Rumusan baja seumpama ini dapat menambah kesan antagonis yang dibawakan oleh mikroorganisma dan fungi bermanfaat di dalamanya untuk merintangi kulat Ganoderma, selain mendatangkan kesan penyuburan tanah melalui kandungan baja NPK dan bahan organik dalam rumusan baja tersebut.
Sumber maklumat/rujukan :
Hoong Hak Wan and Idris, A S, “Control and Management of Ganoderma Disease of Oil Palm in Malaysia”, Proceedings of the Second International Seminar: Oil Palm Diseases- Advances in Ganoderma Research and Management, MPOB, 2010.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd