Tanaman belimbing memang terkenal dengan pengeluaran bunga yang banyak, tetapi untuk mengekalkan putik buah dan menghasilkan buah yang berkualiti tinggi serta manis, pemilihan baja yang sesuai sangat penting.
Baja yang disyorkan :
1. Baja tinggi kalium (K)
- unsur kalium sangat penting untuk pembentukan buah, kemanisan, warna dan saiz buah. Gunakan baja dengan nisbah seperti NPK 12:12:17 + 2 MgOÂ atau 15:15:15 diikuti dengan tambahan baja kalium, contohnya muriate of potash (MOP).
2. Kalsium dan magnesium
- untuk mengelakkan buah daripada mudah gugur, pecah atau berkualiti rendah, anda boleh menambah baja Dolomit atau Kalsium Nitrat.
3. Baja foliar dengan unsur mikro
- seperti boron, zink, dan mangan membantu dalam pembentukan putik bunga dan pembesaran buah. Anda boleh sembur baja foliar seminggu sekali atau dua minggu sekali semasa fasa pembungaan dan pembentukan buah.
Jadual ringkas pembajaan :
- Sebelum berbunga : baja NPK seimbang (15:15:15)
- Semasa pembentukan putik : baja tinggi K (12:12:17 atau tambahan MOP)
- Semasa buah membesar : teruskan dengan tinggi K, serta foliar mikro (Boron & Kalsium)
Tip tambahan :Â Elakkan baja nitrogen terlalu tinggi semasa buah mula terbentuk kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak daun dan bunga gugur.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja










