Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Rakyat Malaysia kelihatan lebih gemar terhadap durian berisi kuning emas ataupun kuning pekat. Warna seperti ini amat menarik dan memburu selera. Sebaliknya isi berwarna keputihan atau kuning putih tidak mendapat layanan yang setimpal. Jika anggapan ini adalah benar, maka ia tidak adil terhadap sesetengah durian yang berisi sebegitu termasuklah durian Capri yang berisi krim putih. Dikatakan tidak adil sebab durian Capri juga membawa cita rasa yang unik walaupun isinya tidak menarik.
Durian Capri sering dijumpai di kawasan Pulau Pinang kerana ia kononnya berasal dari Pulau Pinang Selatan. Mengapakah durian ini diberi nama Capri ? Wujudnya pelbagai pendapat mengenai penamaan durian Capri, namun penamaannya berdasarkan bentuk buah yang hampir serupa ‘coupling’ dalam bahasa Inggeris kelihatan lebih rasional. Jika bukan kerana cita rasanya yang unik, baka ini mungkin sudah luput dalam ingatan kalian malah mungkin sudah terpupus dalam arus perkembangan durian ekoran warna isi yang kurang menarik. Daripada sudut lain, durian Capri kelihatan disambut baik oleh peminat durian, barangkali disebabkan oleh perubahan cita rasa mereka yang sudah bosan terhadap isi kuning dan ingin mencuba yang berisi putih ?
Pendek kata, durian Capri dapat dikekalkan dalam sejarah durian menandakan mutu dan cita rasa akhirnya akan menjadi penentu kualiti durian tetapi bukanlah aspek warna isi. Pokok induk durian Capri berada di satu kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu di Pulau Pinang Selatan. Encik Lee Hai Chan telah membeli kebun tersebut pada tahun 40-an dan pokok induk itu sudah berada di situ. Namun, cuaca buruk yang berlaku pada suatu hari dalam tahun 1969 telah menyebabkan pokok induk itu mati. Seminggu sebelum kematian pokok induk, seorang pekerjanya bernama Voon Kee Yong telah mendapatkan sion pokok induk itu untuk menjalankan cantuman di kebun beliau.
Goh Ah Ba paling jelas mengenai asal usul pokok induk tersebut kerana kebetulan beliau membeli sebidang kebun di sebelah kebun Encik Lee Hai Chan. Menurut imbasan kembali beliau, pada tahun 1969, pokok induk Capri sudah melebihi ketinggian 40 meter, batang pokoknya sangat besar melebihi pelukan dua orang dewasa. Sehingga kini, dipercayai hanya Encik Voon dan Encik Goh yang memiliki baka durian Capri yang kini telah berumur di antara 40-50 tahun. Selain mereka, dipercayai tiada orang lain yang menanam baka ini kerana penanam secara umum juga lebih minat menanam baka yang berisi canggih. Imej pasaran bagi durian Capri menjadi lemah, akhirnya semakin kurang orang yang berminat untuk menanam baka ini.
Dalam bahasa Cina, durian Capri diterjemahkan sebagai “mutiara putih” menandakan sambutan serta sanjungan baik telah diberikan kepada baka durian ini. Baka ini membawa rasa sedikit pahit dan berperisa pekat, maka jika anda sedang mencuba pelbagai durian, dicadangkan mencuba baka Capri di peringkat akhir kerana perisanya yang pekat mudah mengelirukan mereka terhadap cita rasa sebenar baka durian lain.
Seperti sudah diperkatakan, bentuk buah Capri adalah bulat menyerupai buah labu, berduri besar, bercorak bintang rata di hujung buah, setiap pangsa mempunyai 12 ulas isi serta struktur pangsanya licin menyebabkan isinya mudah gelincir di dalam pangsa. Perisa kepahitan bukanlah ciri utama durian Capri. Pada hakikat, isinya juga manis dan padat, namun baka ini tidak tahan disimpan dan mudah berair. Menurut sumber, baka ini masih belum didaftarkan di Pejabat Pertanian Malaysia. Isi Capri perlu dinikmati secara perlahan-lahan bagi mencungkil keunikannya.
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018, pp. 190-193.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350