You are currently viewing Penternakan Kambing Tenusu Di Kebun Sawit Berdaya Maju

Penternakan Kambing Tenusu Di Kebun Sawit Berdaya Maju

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Permintaan tempatan terhadap daging kambing meningkat saban tahun. Pada tahun 2016, permintaan ini telah menjangkaui 41,425 tan sedangkan pengeluaran daging kambing dalam negara hanya 4,464 tan pada tahun sama. Sehubungan itu, permintaan terhadap susu ternakan perlu ditampung dengan mengimportnya sebanyak 1.5 bilion liter (2016) kerana pengeluaran tempatan hanya 36 juta liter sahaja. Senario ini mendesak kerajaan supaya sesuatu langkah langkah diambil untuk mengurangkan import serta kerugian wang asing negara.

MPOB telah menyahut seruan tersebut dengan membuat kajian terhadap integrasi kambing tenusu di kebun sawit. Penternakan kambing tenusu didapati lebih berdaya maju berbanding penternakan kambing pedaging kerana pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui jualan susu harian.

Kajian ini dijalankan di Stesen Penyelidikan MPOB Kluang di kawasan sawit seluas 1 ha yang berusia 15 tahun. Kandang bersaiz 15m panjang x 6m lebar serta berlantai berjarak 1.6m dari permukaan tanah telah dibina bagi menempatkan kambing ini. Kemudahan lain seperti bekalan air bersih, rumah pemerahan susu, bangsal kompos dan pagar keliling telah disediakan.

Sebanyak 20 ekor induk betina dan sekor penjantan kambing Anglo-Nubian yang bebas dari penyakit telah dipilih untuk kajian ini. Kambing yang digunakan ini berumur antara 12 bulan hingga 24 bulan. Sebaik sahaja ketibaan kambing, ia dirawat untuk mengelakkan masalah tekanan. Kambing dalam kajian ini diberi makanan dalam bentuk pelepah sawit yang dirincih sebagai sumber makanan hijauan utama. Selain itu, 30% keperluan makanan sara diri kambing dipenuhi melalui pemberian pelet kambing komersial. Kambing diberi makanan 3 kali sehari. Makanan pelet tambahan 1.5kg diberikan kepada seekor kambing yang diperah susunya yang mana 1.0kg adalah berasaskan isirung sawit dan 0.5kg berasaskan kulit soya. Vitamin pada kadar 0.02kg/ekor juga diberikan. Bekalan air dan blok mineral dibekal sepanjang masa.

Kambing yang sudah bunting dipisahkan daripada kumpulan. Selepas melahirkan anak kambing, anak-anaknya dibiar bersama ibunya selama 7 hari kemudian dipisahkan. Pemerahan susu menggunakan tanagan atau mesin dilakukan dua kali sehari. Susu mula diperah pada hari ke-8 selepas melahirkan anak. Data susu dikumpul untuk analisis. Anak-anak kambing yang telah dipisahkan daripada induknya diberikan susu gantian sebanyak 500g/ekor pada kekerapan 2 kali sehari. Apabila anak-anak kambimng sudah boleh makan mankanan pepejal apabila berumur 4 bulan, ia disapih dan diberi makanan pelepah sawit yang drincih serta juga pelet kambing komersial. Kuantiti pelet komersial yang diberikan ialah 30% daripada jumlah keperluan berat kering makanan harian anak kambing ini.

Hasil Kajian – Prestasi Pembiakan

Purata kadar kelahiran tahunan dalam tempoh 3 tahun kajian ialah 104.4%. Kadar kelahiran kembar adalah setinggi 55.7% iaitu lebih tinggi berbanding baka kambing Saanen yang pernah dikaji sebelum itu. Purata berat lahir bagi anak jantan dan betina masing-masing pada 3.6kg dan 3.2kg.

Prestasi Anak

Purata berat anak kambing yang disapih pada umur 4 bulan ialah 11.3kg untuk jantan dan 13.2kg untuk betina. Purata berat badan anak kambing berusia 12 bulan pula ialah 24.0kg bagi anak jantan dan 26.5kg untuk anak betina. Purata berat anak kambing betina adalah lebih tinggi daripada anak kambing jantan ketika berusia setahun setengah adalah disebabkan oleh kebanyakan anak kambing betina dilahirkan secara tunggal. Walau bagaimanapun, selepas tempoh tersebut, kenaikan berat badan anak kambing jantan adalah lebih tinggi berbanding anak kambing betina.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

 

Pengeluaran Susu

Purata pengeluaran susu harian yang direkodkan selama 180 hari menunjukkan ia adalah lebih tinggi pada kelahiran kedua berbanding kelahiran pertama. Purata pengeluaran susu harian bagi setiap induk ialah 1,320g bagi kelahiran pertama dan 2,280g bagi kelahiran kedua. Kuantiti produksi tertinggi yang dicatatkan dalam kelahiran kedua ialah 3,300g sehari. Bagi kedua-dua kelahiran, pengeluaran susu mula menurun selepas 3 bulan memerahnya. Tempoh pemerahan susu yang dicatatkan dalam kajian ini ialah 6 bulan hingga 10 bulan. Umumnya, pengeluaran susu akan menurun sehingga kurang daripada 400g sehari sebelum kelahiran baru berlaku.

Kajian ini menggunakan sistem ternakan insentif. Ini kerana didapati keluasan tanah 10 ha diperlukan untuk sistem ragutan bergilir serta kaedah pengeluaran separa intensif baru boleh mencapai skala ekonomi. Bagaimanapun, keluasan pekebun sawit kecil umumnya terhad pada purata 3.9 ha. Justeru itu, sistem ternakan intensif adalah lebih sesuai untuk keluasan tanah terhad ini.

Kos awal untuk memulakan projek ini adalah sebanyak RM170,000 termasuk pembelian induk betina, penjantan, pembinaan kandang, pembelian mesin perincih, mesin pemerah susu dan lain-lain perlatan. Kos operasi yang diunjurkan bagi projek ini ialah RM2.07/hari/ekor, iaitu termasuk pembelian pelet, ubat-ubatan, makanan tambahan serta penyelengaraan yang diperlukan. Pendapatan harian yang boleh dijana harian bagi projek ini adalah melalui jualan susu. Selain itu, pendapatan tambahan juga datang daripada jualan kambing takai, kambing baka, anak jantan dan betina atau jualan untuk tujuan sembelih. Analisis kewangan akhirnya menunjukkan kadar pulangan dalaman (IRR) bagi projek ini ialah 30% dan tempoh pulangan balik modal ialah 4 tahun.

Kesimpulan

Integrasi kambing tenusu Anglo-Nabian dengan sawit secara intensif adalah berdaya maju secara teknikal dan ekonomi. Kambing Anglo-Nabian mempunyai potensi pengeluaran susu yang tinggi, kadar pertumbuhan yang cepat dan sangat subur dalam sistem pengurusan intensif. Pelepah sawit boleh digunakan sebagai sumber makanan hijau utama untuk kambing tenusu ini. Pelaksanaan peternakan kambing tenusu secara intensif dengan sistem potong dan angkut boleh menjana pendapatan tambahan yang lumayan kepada pekebun sawit.

 

Sumber maklumat :

Md Zainal Rasyidi Mat Rodi et al.,”Prestasi Integrasi Kambing Tenusu Secara Intensif Dengan Sawit”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :