You are currently viewing Kelapa Makapuno Menguja Orang Ramai !

Kelapa Makapuno Menguja Orang Ramai !

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Bentuk luaran buah kelapa Makapuno serupa dengan kelapa biasa. Perbezaan hanya tertampil selepas buah dibelah. Isi kelapa Makapuno berbentuk lembut menyerupai jeli lutsinar serta tidak mengandungi air. Jika adapun, kandungan airnya sangat kurang. Kelapa Makapuno merupakan kelapa mutan yang mana endosperma atau isinya tidak terbentuk dengan normal justeru menghasilkan isi berupa jeli lutsinar. Oleh yang demikian, buah kelapa Makapuno tidak boleh bercambah justeru tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman.

Kelapa Makapuno merupakan tanaman penting di Filipina ekoran tampilan isinya selain macam. Di negara-negara Asia Pasifik, kelapa ini digunakan dalam rumusan pelbagai minuman dan makanan ringan. Selain Filipina, negara seperti Indonesia, Kemboja, Vietnam, Papua New Guinea, India dan Sri Lanka juga mempunyai kultivar ini dan turut digunakan dalam ramuan pemakanan eksotik mereka.

Kelapa Makapuno pertama kali ditemui oleh Edwin Copeland pada tahun 1931 di lapangan liar. Di Filipina satu teknik pembiakan yang dikenali sebagai kultur embryo telah dikemukan oleh Emerita V. De Guzman pada tahun 60-an. Teknik ini berjaya membiak kelapa Makapuno.

Nama kelapa Makapuno diberikan dengan gelaran setempat seperti kelapa puan di Indonesia, Jawa menamakan sebagai Kopyor, Kemboja memberinya nama Dong Kathi, India Thairu Tengai, Thailand – Maprao kathi dan Papua New Guinea – Niu Garuk. Di lapangan penanaman kelapa biasa, kehadiran buah kelapa Makapuno juga berlaku tetapi pada kadar yang sangat rendah.

Menurut sumber, beberapa enzim telah kehilangan keaktifan lalu menyebabkan endorsperma atau isinya gagal membentuk isi yang pejal seperti kelapa biasa. Analisis dalaman kelapa Makapuno mendapati kandungan sukrosnya lebih tinggi daripada kelapa biasa mencatatkan 92% daripada keseluruhan kandungan gula di dalam. Begitu juga kandungan asid amino, asid sitrus dan asid epal di dalam juga lebih tinggi yang menyumbang kepada peningkatan cita rasanya. Namun, kandungan lemak kelihatan lebih rendah berbanding dengan kelapa biasa. Tiga jenis kelapa Makapuno telah dikenal pasti mengikut komposisi isi dan kandungan airnya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Agak aneh jika kita melihat cara pembuahan pokok Makapuno kerana buahnya kadang-kadang terbentuk pada pokok kelapa normal. Sebahagian kecil pokok kelapa normal juga menghasilkan buah kelapa Makapuno. Namun, kadar kehadiran kelapa Makapuno hanya setakat 0.15% menjadikan ia sejenis kelapa nadir yang giat dicari-cari oleh penanam untuk menanaminya di kebun masing-masing.

Bahan tanaman kelapa Makapuno sukar diperolehi melainkan membelinya daripada pusat pembiaka baka. Di kawasan penanaman, jika hanya kultivar ini ditanami tanpa dicampurkan dengan kelapa biasa, maka penghasilan kelapa Makapuno tulen sehingga 75 – 100% boleh diharapkan. Sebaliknya jika penanaman campuran dijalankan, maka pendebungaan silang akan berlaku antara kelapa biasa dengan kelapa Makapuno dan menyebabkan penghasilan kelapa Makapuno menurun ke kadar 2 – 20%. Keunikan kelapa Makapuno menyebabkan orang ramai teruja apabila melihatnya dirumus dalam ais krim, kek, kueh dan produk manisan lain dan sangat ingin mencubainya.

 

Bahan rujukan :

Wkipedia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :