Bactris gasipaes (Pejibaye) adalah sejenis palma eksotik tropika yang belum banyak diusahakan dalam negara. la juga dikenali sebagai ‘peach palm’ dalam bahasa Inggeris. Tumbuhan ini berasal dari benua Amerika, bertaburan dari Honduras di Amerika Tengah sehingga ke Bolivia di Amerika Selatan. Batang pokok Bactris adalah lurus menegak, buahnya pula tumbuh di bawah jemala pokok.
Bactris gasipaes mempunyai dua bahagian yang bernilai, iaitu buah dan umbut. Buahnya boleh dimakan selepas direbus. Di samping itu, ia juga boleh dikaleng atau dijadikan jem buah-buahan. Umbut pokok Bactris biasanya dijadikan produk kaleng atau sebagai sayuran dalam masakan. Kini, potensi penanaman Bactris gasipaes kelihatan semakin cerah kerana buah dan umbutnya merupakan sumber makanan yang bernilai komersial.
Sebagai pusat penyelidikan palma yang besar di dunia, MPOB (sebelum ini dikenali sebagai Porim) telah mempunyai germplasm spesis ini yang dikumpul dari tempat asalnya sejak tahun 90-an. Melalui kajian berterusan, sifat tanaman ini semakin dikenali terutama dari segi pertumbuhan dan pembuahan. Dari segi agro-iklim pula, pokok Bactris didapati sesuai diusahakan dalam negara.
Maka itu, ia muncul sebagai tanaman berpotensi untuk dikembangkan dalam negara. Namun begitu, penanaman Bactris secara komersial mungkin memerlukan perancangan dan pertimbangan yang lebih perinci lagi terutama dari segi pasaran tempatan, penuaian, pengangkutan dan sebagainya.
Dari segi khasiat, buah Bactris gasipaes mengandungi 6.3% protein, 5.8% lemak, 35.7% karbohidrat serta kaya dengan vitamin A.
Rujukan :
N. Rajanaidu et al., “Oil Palm Breeding and Genetic Resources”, Advances In Oil Palm Research, Editors, Yusof Basiron et al. MPOB, 2000.
Kegunaan Bactris gasipaes

Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Orang asli di benua Amerika sudah menggunakan Bactris gasipaes sebagai bahan makanan turun-temurun. Amalan ini diteruskan sehingga kini. Di benua tersebut, buah Bactris gasipaes lazim sekali ditemui di warung buah-buahan, warung tepi jalan malah di pasar dan juga di pasaraya.
Semasa mentah, buah Bactris gasipaes adalah berwarna hijau. Apabila sudah matang, buah menunjukkan warna merah pekat atau oren cerah. Kulit buah yang matang masih keras. Namun begitu, dengan merebuskannya di dalam air pans yang ditokok garam, kulit akan menjadi lembut dan mudah dikopek. Buah yang telah direbus boleh dimakan begitu sahaja atau bersama mayonnaise, kononnya memberi rasa yang enak.
Bagi sesiapa yang gemar terhadap BBQ, buahnya dipanggang dan dimakan bersama sos juga menyelerakan. Isi buah boleh juga dipotong nipis dan digoreng menjadi cip. Di Ecuador, buah Bactris gasipaes malah diproses menjadi bahan makanan ternakan. Selain itu, ia juga boleh dikisar menjadi tepung dan dedak untuk pelbagai tujuan komersial serta diproses menghasilkan minyak. Malahan, melalui teknik fermentasi, buahnya telah diproses menjadi cuka dan bir.
Di Costa Rica, tumbuhan ini telah ditanam secara komersial bagi pengeluaran umbut.
Umbut tersebut telah diproses menjadi produk kaleng dan dieksport ke merata-rata tempat di dunia. Umbut Bactris gasipaes selain boleh dijadikan sayuran dalam masakan, ia juga diproses menjadi makanan jeruk.
Potensi Bactris gasipaes Di Pasaran Dunia
Produk kaleng umbut Bactris gasipaes telah berada di pasaran antarabangsa sejak tahun 1978. Amerika Syarikat dan Eropah merupakan dua pasaran yang besar bagi produk tersebut. Pada tahun 1989, Amerika Syarikat telah mengimport sebanyak 2,000 tan umbut Bactris gasipaes bernilai AS $4.5 juta pada ketika itu. Nilai dagangan dunia bagi produk tersebut mencecah paras AS$50 juta pada tahun 1993.
Selain berpotensi tinggi sebagai produk eksport, umbutnya juga mempunyai permintaan domestik yang tinggi. Umpamanya, negara Brazil sebagai pengeluar umbut Bactris gasipaes yang terbesar di dunia (tahun 1988) dengan keluaran umbut sebanyak 100,000 tan merangkumi 70% daripada jumlah pengeluaran dunia, hanya mengeksportkan 9,500 tan sahaja. Dari sini, jelas kelihatan lebih 90% keluaran umbut tersebut telah digunakan oleh penduduknya. Di samping itu, umbut yang tidak mudah menukar ke warna kemerahan selepas dipotong serta disimpan segar, merupakan salah satu ciri penerimaan umbut ini dalam pasaran segar.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my