Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pokok sawit yang ditanami di atas bukit mudah menghadapi gejala kekurangan nitrogen (N) kerana lapisan tanah permukaan amnya lebih cetek di situ serta ada lapisan batu keras di dalamnya. Pengambilan nutrien termasuk N justeru terbatas mengakibatkan gejala kekurangan N muncul. Sehubungan itu, kawasan bersemak juga berpotensi membangkitkan masalah ini apabila saingan rumpai terhadap nutrien semakin kuat sehingga akar sawit kekurangan dalam pengambilan N.
Ciri kekurangan N yang tipikal ialah kekuningan daun. Namun gejala ini juga disebabkan oleh kekurangan nutrien lain khasnya magnesium dan kalium. Pokok kekurangan N dapat dikesan jika warna daun di sekeliling urat daun mula menguning kemudian merebak ke seluruh pelepah termasuk petiol dan rakis menjadi warna oren cerah atau oren perang cerah. Di peringkat akhir, pelepah menjadi warna perang atau ungu menandakan keadaan kekurangan sudah sampai ke tahap sangat kritikal.
Warna daun kuning yang disebabkan oleh kekurangan magnesium dan nitrogen agak sukar dibezakan. Namun kedua-dua gejala ini tetap dapat diketahui jika ditelitikan. Umpamanya daun di peringkat awal yang disebabkan kekurangan nitrogen lebih kecil dan sempit, pinggir daun mula menggulung ke arah belakang daun kemudian menguning, pelepah juga kelihatan kaku. Gejala ini tidak kelihatan dalam kes kekurangan magnesium melainkan hanya daun menguning.
Daun yang telah menguning tetapi belum layu berpotensi untuk dipulihkan dalam 2 – 4 minggu melalui pembajaan yang mengandungi unsur N. Di ladang yang baru menanam sawit, gejala kekurangan N secara serius pada anak pokok boleh dirawat dengan ammonium sulphate pada kadar 100 – 150g/pokok pada tahun pertama. Jika keadaan masih sama, maka penaburan baja yang sama pada kekerapan 2 – 3 bulan/kali dijangka akan memberi kesan positif.

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Bagi pokok berumur 2 – 3 tahun, rawatan kekurangan N tetap dijalankan dengan baja yang sama tetapi pada kadar 1 – 2kg/pokok/tahun. Pokok matang berumur antara 5 – 10 tahun malah perlu ditokok sehingga 5kg/pokok/tahun menggunakan baja yang sama tetapi dipecahkan kepada beberapa kekerapan dalam setahun. Sementara itu, langkah pencegahan boleh juga dijalankan dengan menabur baja yang sama pada setiap 6 bulan. Anak pokok sawit yang baru ditanam kadangkala juga menampil daun berwarna hijau cetek serta sedikit kekuningan. Namun keadaan ini kebiasaan disebabkan oleh akar anak pokok belum bersepadu dengan tanah. Lema-kelamaan, gejala ini akan hilang dan daun kembali menjadi hijau.
Sumber maklumat :
P.D. Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com