You are currently viewing Vanilla.Tanaman Yang Berpotensi Besar

Vanilla.Tanaman Yang Berpotensi Besar

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

“Potensi harga vanilla di pasaran global sehingga mencecah RM1,800 se kg menjadikannya satu-satu tanaman yang sangat sesuai untuk meningkatkan pendapatan pekebun.”

Vanilla, sejenis tanaman yang sama dengan keluarga orkid, kini memperlihatkan potensi yang tinggi untuk ditanam. Harga buah vanilla berpotensi mencecah RM1,800 se kg tentunya satu kelebihan bagi tanaman ini untuk dikultur dalam negara apatah lagi ia adalah tanaman tropika yang sepadan dengan cuaca di Malaysia.

Oleh kerana vanilla memerlukan teduhan daripada cahaya matahari sehingga 30 – 50%, maka ia sesuai untuk dijadikan tanaman selingan ataupun integrasi dengan tanaman saka yang lain seperti kelapa dan kelapa sawit. Di masa ini yang memperlihatkan harga minyak sawit di paras rendah, pekebun yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan barangkali boleh mengkaji penanaman tanaman vanilla untuk mencapai objektif penambahan pendapatan bagi menyara hidup.

Bahagian yang bernilai bagi tanaman vanilla adalah buahnya. Pokok vanilla hanya akan mula berbuah setelah dua tahun ditanam. Bagaimanapun, sebelum berbuah, bunganya perlu didebungakan secara manual. Vanilla akan berbunga setelah mengalami musim kering yang singkat. Amnya satu tandan akan mempunyai 15 – 20 bunga yang mana selepas berjaya didebungakan, kuantiti ini berkurangan kepada 10 16 bunga. Selepas pendebungaan, 8 bulan diperlukan untuk menjadi buah yang matang.

Memandangkan bunga vanilla hanya mekar pada larut malam kemudian layu pada jam 12 tengahari hari keesokan, maka pendebungaan perlu dijalankan di waktu pagi sebelum jam 12 tengahari. Pendebungaan manual boleh mencapai kejayaan sekitar 95% manakala jika bergantung pada pendebungaan semula jadi, kadar kejayaan hanya di sekitar 1 % sahaja.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Penanaman vanilla perlu didahului dengan penanaman pokok penumpang seperti pokok baja (Glyceridia) kerana tanaman ini memerlukan sokongan untuk hidup. Oleh yang demikian, pokok baja boleh ditanam 6 bulan sebelum menanam vanilla. Pokok baja adalah pilihan yang baik kerana mampu tumbuh dengan cepat sehingga mencapai ketinggian 2 – 3 meter dalam masa 6 bulan. Menurut anggaran, satu ekar kebun kelapa sawit boleh diselingi dengan 2,000 pokok vanilla.

Satu pokok vanilla yang matang boleh menghasilkan 6 kg buah. Selepas dikeringkan, buah itu mampu menghasilkan 1.2 kg produk vanilla menurut anggaran 5 kg vanilla segar ditukar kepada 1 kg vanilla kering. Namun begitu, penanaman vanilla memerlukan tenaga ladang untuk menjalankan pangkasan terhadap pokok baja dan juga tanaman vanilla. Ketinggian vanilla dihadkan pada 2 meter dan pucuknya kena dicantas untuk menghasilkan cabang yang lebih banyak. Pucuknya dicantas sepanjang 15 cm untuk memupuk pertumbuhan dan pengeluaran buah yang lebih banyak.

Untuk memulakan penanaman vanilla, pokok baja ditanam pada 6 bulan lebih awal kemudian baru menanam vanilla. Benih vanilla boleh diperolehi daripada keratan batang pokok induk yang sihat dan cergas. Keratan batang ini sepanjang 1.5 meter mengandungi 3 ruas yang mana daun di bahagian bawahnya dipotong kemudian ditanam pada jarak 10 – 15 cm dari pokok baja. Bahagian atas anak benih vanilla perlu diikat pada pokok baja. Umumnya baka yang dipilih untuk ditanam adalah Vanilla planifolia Andrew dan V. Tahitensis J.W. Moore yang sesuai dengan iklim di Malaysia.

Untuk mendapat prestasi yang lebih baik, tanaman vanilla hendaklah ditanam di atas batas selebar 60 cm dan ketinggian 30 cm kemudian pokok baja ditanam di bahagian tengah batas. Dari segi pembajaan, baja sebatian 15/15/15 ditabur sebanyak 1 kg/pokok setiap 4 bulan. Di peringkat awal penanaman, baja foliar pula digunakan pada kadar 0.5kg/ha pada kekerapan 2 minggu sekali. Apabila pokok menjelang pembuahan, baja foliar diberhentikan.

Buah vanilla dipungut apabila mencapai kematangan. Buah akan yang matang menukar ke warna hijau pudar dengan bahagian hujungnya berwarna kuning sedikit. Kutipan hasil mesti dibuat sebelum hujungnya pecah kerana ia akan menurunkan kualiti buah. Keseluruhan masa kematangan buah adalah 8 bulan. Namun begitu ada pihak yang menggunakan baja untuk memupuknya kemudian mengutip hasil seawal 6 bulan. Langkah ini kurang memadai kerana kualiti buah juga akan menurun.

Saiz pokok vanilla adalah kecil justeru itu ia sesuai diselingkan dengan tanaman kelapa sawit atau kelapa. Di ladang sawit yang menanam secara konvensional iaitu corak segi tiga, ia tetap sesuai untuk diselenggarakan di situ. Sekiranya penanamannya dapat dijalankan dalam sistem dua baris kembar (double avenue system), dipercayai akan memperoleh prestasi yang lebih baik serta dapat memudahkan operasi harian di ladang kerana tanah kosong telah diperuntukkan untuk tanaman vanilla. Bagaimanapun, tanaman ini juga boleh diusahakan secara tunggal seperi tanaman lada hitam.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :