You are currently viewing Kaedah Penternakan Tilapia Ke Arah Pengeluaran Hasil Lumayan

Kaedah Penternakan Tilapia Ke Arah Pengeluaran Hasil Lumayan

Ikan tilapia dianggap sebagai spesies ikan ynag mudah diternak. Namun, untuk mendapatkan ikan berkualiti tinggi serta berhasil tinggi, ia tetap tertakluk kepada kesesuaian kaedah yang digunakn, di antaranya ialah memastikan supaya kolam dibekalkan oksigen berlarut yang mencukupi. Aspek ini mudah diabaikan dan akibatnya, tumbesaran ikan tilapia terjejas iaitu tidak mencapai saiz pada masa ternakan sepatutunya.

Spesies ikan air tawar ini tekah menjadi sumber protein yang penting di peringkat global. Oleh kerana keupayaannya yang tinggi dalam menyesuaikan dengan pelbagai suasana kolam termasuk air kolam yang mempunyai tahap kemasinan berbeza seperti di sungai, kolam malah di dalam air sawah padi, ia telah menarik perhatian ramai penternak. Tambahan, spesies ikan ini tidak cerewet memilih makanan jugalah satu kelebihannya yang besar. Dari peringkat benih ikan sehingga boleh dipasarkan, masa ternakan yang diperlukan lebih kurang 6-7 bulan.

   

Menurut pengalaman penternak ikan tilapia melebihi 20 tahun, faktor terpenting untuk mendapat kualiti ikan yang tinggi berkehendakkan pemerhatian berat diberikan pada aspek bekalan oksigen berlarut dalam kolam. Untuk mencapai objektif ini, setiapa kolam ternakan hendaklah dipasang kelengkapan pemutar air dan beroperasi setiap hari. Walaupun tilapia tetap boleh hidup di kolam yang kekurangan oksigen berlarut, tetapi kadar tumbesaran akan menurun akibat penurunan daya pengambilan makanan. Dengan kata lain, dengan membekal oksigen berlarut secukupnya ikan-ikan adalah lebih cergas dan keadaan ini adalah dibayangkan melalui peningkatan daya pengambilan makanan yang seterusnya akan meningkatkan prestasi tumbesaran.

Pada hakikat, pelbagai spesies ikan tilapia mempunyai daya habitat berlainan. Oleh yang demikian, amat penting dalam pemilihan jenis yang sesuai untuk diternak dalam kolam yang bersesuaian dengan daya habitat. Umpamanya, jika air kolam adalah berasal dari air bukit, air yang tentu lebih sejuk ini hendaklah menternak baka yang lebih menahan suhu sejuk demi tidak menjejaskan tumbesaran dan kualiti ikan.

Dari segi jumlah penternakan di dalam kolam, ukuran sebenarnya berbeza dengan bergantung pada keadaan setempat. Bagi kolam berukuran 100 x 200 kaki dan 180 x 300 kaki, setiap kolam dapat memuatkan 20 – 30 tan ikan. Kepadatan ini dikira tidak tinggi tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu kadar penukaran isi yang lebih tinggi sehingga 1.6, dan keadaan ini membawakan hasil ikan yang lumayan sehingga 50 – 80 tan sebulan di peringkat musim genting. Amnya hasil ikan purata adalah di anatar 30 – 50 tan.

Untuk memupuk pengambilan makanan yang lebih tinggi supaya meningkatkan tumbesaran, makanan yang diberikan semasa cuaca baik adalah lebih berkesan daripada hari bercuaca tidak baik. Ini kerana tabiat ikan tilapia yang peka terhadap perubahan alam sekitar yang turut akan mempengaruhi tabiat pengambilan makanan. Makanan pelet yang mengandungi nurien seimbang amat penting untuk meningkatkan tumbesaran dan kualiti ikan tilapia. Pembekalan makanan berasaskan sisa tanaman ataupun haiwan walaupun biasa juga digunakan dalam penternakan serta dengan kos yang jauh lebih murah, namun kos melepasnya ialah kualiti ikan adalah lebih rendah. Hanya dengan membekal makanan yang kaya dengan protein barulah kadar penukaran isi ikan dapat mencapai tahap yang memuaskan.

Dari segi pemeliharaan kualiti kolam, kemasaman air perlu dikawal kerana ia akan menjejaskan habitat tilapia. Oleh yang demikian, selepas kutipan hasil ikan, segala sisa di dalam kolam mesti dibersihkan. Tanah di dalam kolam juga hendak ditaburi kapur untuk meneutralkan kemasaman tanah kemudian didedahkan kepada pancaran cahaya matahari selama 1 2 minggu barulah memulakan pusingan ternakan seterusnya.

Hantar blog ini kepada :