Tidak lama lalu, MPOB menyatakan sektor estet sawit di Malaysia mengalami jangkitan Ganoderma pada kadar 7.4% manakala sektor pekebun kecil pula ialah 9.2%. Keadaan ini membimbangkan. Kemungkinan 50 tahun lagi, kawasan tanaman sawit dalam negara akan berdepan dengan kejadian jangkitan yang meningkat secara ketara serta mendatangkan kesan buruk kepada industri ini. Penyakit ini tidak mudah dikawal, kaedah terbaik ialah mencegah kulat Ganoderma menimpa di ladang, kalau tidak maka mereka terpaksa berbelanja lebih besar nanti untuk memeranginya.
Di ladang sawit yang kelihatan sihat, sekiranya wujud kejadian serangan ke atas satu atau dua pokok, ini bermakna kulat Ganoderma sudah mendarat di situ dan pantauan segera hendaklah dilakukan supaya mengenal pasti pokok yang telah diserang kemudian merawatnya segera. Sehingga tahun 2021, MPOB telah membangunkan 32 kaedah mengawal penyakit ini untuk digunakan oleh pemain industri sawit.
Kulat Ganoderma atau G. boninense berupaya membiak dan merebak melalui sentuhan akar. Populasi yang banyak akan merumitkan kawalan. Maka itu, mencegah kulat ini mendarat di ladang adalah cara pencegahan terbaik. Selepas memahami cara
penyebaran kulat ini iaitu melalui akar cedera dan masuk ke dalam pokok sawit, maka pemupukan sistem akar yang sihat adalah petuanya.
Pemupukan Akar Sawit Ke arah Optimum
Akar pokok sawit tidak mudah cedera jika ia berada dalam keadaan sihat. Dinding kulit secara sendiri membentuk pelindungan kukuh terhadap sebarang serangan kulat tanah. Andai kata nutrien dalam tanah tidak cukup, lambat-laun akar menjadi lemah dan keadaan ini akan memberi kesempatan kepada kulat berbahaya untuk menyerang. Kulat seperti ini amnya ialah kulat Ganoderma walaupun wujud kulat lain juga yang menyerang sistem akar sawit.
Selain itu, kelestarian tanah juga hendak dipupuk melalui bekalan bahan organik, menjaga pH tanah supaya tidak terlalu masam. Bekalan baja kimia hendaklah bersesuaian supaya tidak berlebihan kerana garam dalam baja kimia adalah punca utama kemasaman tanah berlaku. Tanah masam lebih digemari oleh kulat berbahaya selain kemasaman tanah juga menyekat pengambilan nutrien oleh sistem akar pokok. Baja sesuai digunakan oleh pekebun sawit adalah berupa baja sebatian yang mengandungi nutrien lengkap di dalam seperti kandungan NPK + Mg + B + TE. Baja sebatian ini akan memberi kesan memperkasa kelestarian sistem akar di samping memupuk pengeluaran hasil lumayan. Kekerapan membaja ialah 3 – 4 bulan/kali dengan kadar 3 – 4kg/pokok/kali bergantung kepada kekerapan aplikasi baja tersebut.
Pencegahan kecederaan Pada Pokok
Memandangkan kulat Ganoderma menyerang melalui akar cedera atau lemah, maka pencegahan kecederaan sistem akar, pangkal dan batang pokok adalah wajib. Kumbang badak wujud sebagai serangga yang sering menggali lubang pada pokok untuk mencari makanan di dalam. Justeru kawalan perosak serangga ini juga wajib.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Penjagaan Kebersihan Ladang Sawit
Kebersihan ladang amat penting dalam pencegahan pembiakan kulat berbahaya dalam tanah. Oleh kerana kulat Ganoderma hidup dengan bergantung kepada akar reput atau sisa daun dalam tanah sebagai sumber makanan, maka pembersihan sisa-sisa ini di atas tanah juga memanfaatkan dalam kawalan. Kejadian air bertakung khasnya di sekitar pangkal pokok juga perlu dielakkan kerana tanah terlalu basah mudah dihidapi penyakit.
Memandangkan kejadian penyakit ini lebih lumrah berlaku di ladang generasi penanaman kedua dan ketiga, maka penyediaan tanah semasa tanam semula amat penting. Akar lama dan reput hendaklah dibersihkan sama sekali dengan menggunakan traktor. Amalan ini bertujuan mengelak pekebun berdepan dengan risiko kejadian jangkitan jika sisa-sisa tersebut tidak dibersihkan. Tanah bekas tanaman kelapa atau kelapa sawit lebih elok mengamalkan langkah pencegahan ini supaya hati boleh bertenang selepas menanam semula.
United Plantation Berhad pernah melakukan amalan ini iaitu meracun pokok tua kemudian menumbang serta mencincang biojisim kepada serpihan kecil dan dibiar reput dalam barisan sawit. Segala sisa akar dalam tanah digali bersih dan dihapuskan. Langkah ini telah mendatangkan kesan memberangsangkan dalam pengurangan serangan kulat Ganoderma.
Kini sudah ada traktor yang boleh terus menumbangkan pokok tua kemudian mencincang biojisim dan dibiar reput dalam barisan sawit. Sisa akar dalam lubang tanaman digali sama sekali dan dihapuskan sama ada membakar atau menanam ke dalam tanah. Cara ini akan mengurangkan populasi kulat Ganoderma dan mendatangkan kesan kawalan yang positif.
Demi mencapai kesan pembersihan optimum, lubang tanaman lama disyorkan digali mengikut ukuran 1.5 m x 1.5m x 1.5 m (dalam x panjang x lebar). Umumnya saiz ini adalah memadai untuk membersihkan segala sisa akar daripada tanah.
Sumber maklumat :
Perusahaan Sawit Di Malaysia, MPOB, 2009.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com