Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Jambu batu ditanami agak meluas di Malaysia mencatatkan keluasan 3,141 hektar dengan jumlah pengeluaran 67,441 tan pada tahun 2017. Pada tahun 2016, pengeluaran jambu batu mencatatkan nilai sebanyak RM137.09 juta (Malaysia Agribusiness Directory 2018-2019). Keluasan ini juga stabil malahan meningkat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Tanaman ini lebih bertumpu di kawasan Johor, Perak, Selangor dan Kedah.
Walaupun tanaman ini berhasil tinggi, tetapi masalah serangan nematod puru akar (Meloidogyne incognita) sehingga membantutkan tumbesaran pokok sering menghantui para penanam. Pada hakikat, sehingga akhir tahun 80-an, nematod puru akar tidak dicatatkan sebagai perosak atau parasit bagi tanaman jambu batu. Dengan erti kata lain, kejadian serangan nematod hanya dilaporkan selepas itu apabila tanaman ini semakin popular di kalangan penanam. Di kawasan tanaman di Selangor dan Perak, nematod puru akar ditemui sebagai organisme yang merosakkan akar-akar halus. Pokok-pokok yang diserangi menunjukkan tumbesaran terbantut dan pengurangan mutu dan hasil buah. Nematod puru akar kemudian sebar secara meluas dan akhirnya menjadi ancaman nematod utama di sektor tanaman tersebut.
13 kultivar jambu batu yang lazim ditanam di Malaysia didapati akarnya berpuru-puru selepas diinokulasikan dengan nematod ini menyatakan kesemua kultivar ini rentan terhadap perosak ini. Kultivar-kultivar ini ialah Alor Setar, Burma Red I, Burma Red II, Guava 3, Guava 4, Guava 5, Hong Kong Pink, Indonesia, Kampuchea, Taiwan Apple, Taiwan Panjang, Taiwan Pear dan Thai Red.
Nematod puru akar yang menyerangi akar pokok juga menyebabkan kerja pembiakbakaan bertambah rumit kerana bahagian akar adalah komponen penting dalam pembiakbakaan. Oleh itu kajian selanjutnya juga menjurus ke arah penerokaan baka yang dapat merintangi serangan perosak ini. Sebenarnya dalam 13 kultivar jambu batu yang ditanami di Malaysia, tiada satu pun yang memiliki gen ketahanan nematod puru akar. Sebaliknya kajian ke atas jambu strawberi (Psidium littorale var longipes) melalui inokulasi telur nematod puru akar ke atasnya didapati pokok tidak menunjukkan simptom penyakit selepas 10 minggu rawatan. Oleh yang demikian, tanaman ini dijangka berpotensi untuk dijadikan pokok penanti bagi tanaman jambu batu.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Simptom serangan nematod puru akar ialah pengurangan ketinggian pokok dan saiz lilitan batang, pengurangan jumlah berat buah, bilangan buah dan purata berat buah. Akarnya menunjukkan gejala bengkak dan berpuru yang teruk.
Langkah pencegahan nematod puru akar perlu bermula daripada peringkat semaian. Anak-anak benih di tapak semaian hendaklah ditanam di tanah yang bebas nematod puru akar dengan cara menyahkan tanah dengan kaedah seperti pengewapan melalui penjana wap atau proses autoklaf jika tanah adalah sedikit. Racun nematod butiran seperti fenamiphos, isazafos, carbofuran dan dazomet juga sesuai untuk kawalan nematod. Di peringkat ladang, kajian telah dijalankan ke atas kultivar Kampuchea dan didapati fenamifos adalah berkesan untuk mengawal serangan nematod puru akar.
Sumber maklumat :
S. Abdul Karim dan P.M. Yuen, “Permasalahan dan pengurusan nematod puru akar pada tanaman jambu batu”, Teknologi Buah-Buahan, jilid 10, 1994, MARDI.