You are currently viewing Pengeluaran Durian Di Hainan, China Mencabar Industri Durian Malaysia?

Pengeluaran Durian Di Hainan, China Mencabar Industri Durian Malaysia?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Ladang Ekologi Sanya Yucai di Pulau Hainan, China seluas 1,400 ekar kini menyambut pengeluaran buah durian jati yang dijangka akan dipasarkan di negara itu pada bulan Jun ini. Rakyat negara China telah menanti-nantikan realisasi impian ini buat sekian lama untuk menghayati durian jati dari negaranya. Hasrat tersebut tidak lain daripada dapat membeli buah durian dengan harga yang murah malah mencapai RM3.50/kg! Masa lalu, durian diimport sepenuhnya dari Thailand, Malaysia dan Vietnam dengan harga berkali-kali ganda !

Tahun 2022 China mengimport sejumlah 825,000 tan durian bernilai USD 4 bilion. Durian yang biasa diimport ialah Monthong dari Thailand dan Musang King dari Malaysia dengan harga mahal-mahal belaka. Kenapa tidak menamnya sendiri? Jawapan ialah gagal mendapat hasil daripada pokok yang ditanami.

Pada hakikat, Pulau Hainan sudah cuba menanam tanaman ini sejak tahun 50-an. Menurut laporan, satu pokok yang ditanami pada tahun 1958 baru berjaya menghasilkan sebiji buah selepas berpuluh-puluh tahun menanaminya. Keputusan justeru tercapai bahawa Pulau Hainan tidak sesuai menanam pokok durian.

Namun mulai abad ke-21, sesetengah pekebun di pulau itu mulai berjaya mendapatkan hasil buah. Pokok yang berbunga meningkat melebihi 90%. Hasil penyelidikan seterusnya mendapati pokok durian hendaklah ditanami di kawasan yang menerima pancaran cahaya serta mempunyai kelembapan serupa dengan negara-negara Thailand dan Malaysia. Penemuan ini selanjutnya memupuk para pekebun di kawasan Sanya Yucai untuk membesarkan keluasan tanaman ini kerana cuaca di situ menepati syarat pertumbuhan tanaman ini.

Pada hakikat, kegagalan pekebun Hainan dalam menanam durian di masa lalu adalah disebabkan oleh penggunaan bahan tanaman berasaskan biji benih. Kini mereka sudah tahu menggunakan bahan tanaman cantuman lalu meningkatkan kadar hidup pokok malahan juga memupuk pembungaan dan pembuahan dalam masa 4 – 5 tahun. Tambahan, teknik pembajaan dan pengairan juga telah bertambah baik dan membolehkan penanaman secara skala lebih besar.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Buat masa ini, ladang ekologi Sanya Yucai di Hainan mengusahakan lebih 10,000 ekar tanaman durian. Lebih 1,000 ekar sudah berbuah. Dianggarkan prestasi hasil awalan akan mencapai 300kg/ekar. Sebagai permulaan, jumlah hasil ini hanya cukup untuk pasaran setempat sahaja. Hanya selepas tahun 2024 hasilnya akan berganda. Daerah Sanya Yunai di Hainan berkeluasan 4 kali ganda lebih besar daripada saiz Singapura. Didapati hanya sebahagian kawasan itu sesuai untuk tanaman durian kerana pokok durian mudah terancam oleh angin taufan yang sering berlaku di pulau tersebut. Maka itu hanya lokasi yang betul-betul sesuai boleh ditanami pokok buah ini.

Pihak berkuasa Hainan bercadang mengusahakan sejumlah 50,000 ekar untuk tanaman durian dalam jangka masa 3 – 5 tahun akan datang. Andai kata setiap ekar berjaya menghasilkan buah 1,500kg/ekar, jumlah hasil boleh diperolehi akan mencapai 75,000 tan setahun iaitu hanya mencukupi untuk menampung kurang daripada 10% permintaan domestik buat masa ini yang pada 825,000 tan setahun.

Mengenai harga bagi durian jati China yang bakal dihasilkan itu, dilaporkan harga biasanya akan menurun jika pengeluaran hasil wujud dalam kuantiti besar. Keadaan sementara waktu ini hanya berupaya menghasilkan buah untuk penikmatan rakyat tempatan. Pokok durian mula berbuah selepas 4 – 5 tahun ditanam. Pengeluaran hasil semakin meningkat mulai tahun ke-8. Justeru itu bekalan durian jati itu untuk pasaran seluruh negaranya dijangka akan mengambil masa agak lama lagi. Dengan kata lain, impian ini tidak akan tercapai dalam masa terdekat.

Tambahan, kualiti durian jati China mungkin belum mencapai tahap yang boleh bertanding dengan buah dari Malaysia dan Thailand. Misalnya keharuman, perisa dan tekstur isi buah adalah aspek kualiti semula jadi berkaitan dengan tempat berasalnya serta sejarah penanaman buah itu yang berkehendakkan penambahbaikan sepanjang masa. Kualiti tersebut tidak dapat ditiru. Ini juga wujud sebagai salah satu sebab yang menyakinkan negara-negara pengeluar lain di Asia Tenggara tetap optimistik ketika berdepan dengan kemungkinan ancaman pengeluaran buah durian di negara China itu sendiri.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :