Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Durian 600 berasal dari Pulau Pinang dan ia belum didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Pada tahun 1993, ia menang dalam satu pertandingan durian. Bermula dari situ, tarikan terhadapnya semakin rancak. Namun oleh kerana taburannya amat terhad menyebabkan ia tidak wujud sebagai kultivar komersial yang penting. Isi buah bagi kultivar ini berwarna kuning pekat sehingga warna gangsa sangat canggih dipandang. Isi buah juga berbau sulfur kuat justeru sangat sesuai untuk dinikmati oleh mereka yang sukakan perisa pekat.
Durian ini diberikan nama serupa dengan tanaman getah RRIM 600 yang pernah mempelopori industri getah Malaysia pada setengah abad yang lalu. Klon ini sangat cekal sifatnya serta kononnya berupaya menghasilkan lateks yang banyak justeru menjadi fokus pemilihan bagi ramai penanam getah di masa tersebut. Sejarah ini mungkinlah yang menyebabkan durian 600 diberikan nama serupa oleh zuriat penanam getah lama yang sudah memindah tanam durian di peringkat kemudian. Sungguhpun begitu, sejarah ini hanyalah sangkaan sahaja dan belum disahkan.
Durian 600 ini juga kultivar berhasil tinggi serupa dengan RRIM 600. Pokok induk durian 600 berhayat pendek, semasa berumur 10 tahun pokoknya sudah mati. Sumber menunjukkan kultivar ini berasal dari kultivar Kun Poh (D164) dari Pulau Pinang. Susah bagi penggemar di masa kini untuk menemui durian 600 kerana taburannya hanya tertumpu pada segelintir penanam sahaja.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Tangkai durian 600 sangat pendek, berat buah di antara 1.5 – 2.0kg. Duri buahnya juga agak besar, kulitnya secara samar-samar membawa warna kuning emas walaupun di peringkat buah segar. Isi buah pula sangat halus, padat serta jarang-jarang berkedut. Ia membawa perisa berserat dengan cita rasa sulfur yang pekat.
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd