Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Markisa pisang (Passiflora mollissima) adalah satu varieti markisa yang berukuran panjang 5 – 12 cm dan garis pusat 3 – 4 cm, berbentuk bujur dan lonjong. Kedua-dua pangkal dan hujung buah bertekstur lebih halus serta mempunyai kulit yang agak nipis. Sewaktu muda buah berwarna hijau kemudian menukar ke warna kuning apabila masak. Isi buahnya mengandungi biji benih berwarna hitam yang diselaputi oleh isi kekuning-kuningan serta menampil kekilau-kilauan dan beraroma sambil membawa perisa buah-buahan semacam perisa buah oren.
Varieti markisa pisang ada yang manis, manis masam serta masam. Biji buah boleh dimakan namun membawa rasa pahit sedikit. Markisa pisang adalah buah-buahan tropika dan berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini hidup secara menjalar sama ada di pagar atau pun di rangka kayu yang disediakan oleh penanam.
Markisa pisang juga sejenis tanaman yang mampu hidup selama 15 – 20 tahun di kawasan berasalnya dan setiap pokok berupaya menghasilkan 150 – 300 buah setahun. Sejak tanaman ini diperkenalkan, ia telah menjadi popular di negara-negara berasalnya serta diberikan pelbagai nama tempatan seperti Banana Poka di Hawaii, Tumbo di Bolivia, Tasco, Tintin dan Trompos di Peru, Curuba di Columbia, Tauso di Ecuodor dan Parca di Venezuela. Namun nama markisa pisang adalah diperolehi ketika dibawa masuk ke New Zealand ekoran buah berbentuk semacam pisang.
Markisa pisang menjadi tanaman bernilai oleh kerana boleh dimakan segar serta beraroma. Bagaimanapun, ia lebih sering digunakan dalam minuman. Tanpa disedari, markisa pisang juga wujud sebagai tanaman hiasan menghiasi pagar-pagar rumah kerana bunganya yang berwarna merah jambu sangat menarik malahan menjadi tumpuan kunjungan serangga, burung serta pendebunga serangga lain.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Tambahan, buah markisa pisang juga kaya dengan serat, vitamin A, C serta unsur anti radikal bebas yang mampu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan di samping juga mengandungi kalsium, fosforus serta besi di dalamnya.
Penggunaan markisa pisang umumnya dilakukan dengan membuang biji benih kemudian isi buah dicampurkan ke dalam pelbagai minuman untuk mendapatkan cita rasa yang unik. Di negara-negara Amerika Selatan, buah markisa pisang kini telah dirumus menjadi pelbagai minuman berkhasiat serta menyelerakan.
Markisa pisang sejak dikenali orang ramai, habitatnya masih dihubung kaitan dengan alam sekitar liar sehingga abad ke-15 ia baru dikultur oleh orang Sepanyol. Pada pertengahan abad ke-19, ia dibawa masuk ke New Zealand dan di situ ia diberikan nama markisa pisang. Lama-kelamaan, tanaman ini menunjukkan daya serangan yang tinggi yang mampu menutupi tumbuhan tempatan dan mematikannya. Keadaan ini membangkitkan ancaman terhadap biodiversiti di New Zealand dan Hawaii yang dianggap lebih lemah.
Namun begitu, pada abad ke-20, tumbuhan ini tetap dibawa masuk ke Amerika Syarikat serta ditanami di wilayah California. Di situ, ia cenderung dijadikan tanaman hiasan. Sehingga masa kini, markisa pisang sudah wujud di banyak negara termasuk Australia, New Zealand, Afrika, Asia, Mediterranean, Amerika Selatan serta beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Memandangkan potensinya yang unggul sebagai rumusan dalam pelbagai minuman, ia menunjukkan potensi cerah untuk dikultur di kebun sebagai tanaman baru di bidang pertanian.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com