Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Arang bio yang berasal daripada pembakaran bahagian tumbuhan seperti tempurung kelapa, buah tandan kosong sawit, sekam dan jerami padi, tulang dan najis haiwan wujud sebagai penyubur tanah yang dijangka mampu memainkan peranan penting di bidang pertanian. Kajian awal dari negara Thailand, Jepun dan Brazil mendapati arang bio berupaya meningkatkan hasil tanaman sebanyak 20 – 25% serta penambahan biomass tanaman sebanyak 280% !
Keupayaan arang bio tersebut berpunca dari struktur arang yang terdiri daripada liang rongga mikro tak terbilang jumlahnya menambah daya pegangan air dan nutrien dalam tanah serta menjadi perumah mengandungi minyak bio (kesan pembakaran pada suhu rendah) membekal bahan makanan kepada mikrob menggantikan gula glukos, seterusnya, menggiatkan aktivitinya dan membawa kesan penggemburan tanah. Ciri- ciri istimewa pada arang bio ini menerangkan kesan positifnya terhadap tanaman walaupun kandungan nutrien dalam arang bio adalah tidak tinggi.
Selain itu, struktur aromatik menyebabkannya boleh berkekalan selama 5,000 tahun dalam tanah dan merupakan elemen yang amat stabil dari segi biologi dan kimia. Kelebihan arang bio sebagai penyimpan karbon melalui prosesan pyrolisis yang mampu menyimpan 50% karbon dioksida dalam biomass dan lantaran itu, menjadi media yang dapat mengurangkan pemanasan global.

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Proses pyrolisis menggunakan api kecil dan bekalan oksigen terhad bagi menghasilkan suhu pembakaran antara 500 – 800°C. Arang bio terhasil itu mengandungi 70 – 80% karbon dan berliang rongga mikro yang banyak bergantung pada jenis biomass yang digunakan. Potensinya dijangka akan meningkat dalam situasi semasa yang memerlukan agen pemulihara dan pemelihara tanah yang lebih murah, cekap dan semula jadi dengan memberi kesan berpanjangan terutama tanah gersang mungkin dipulihi dengan penaburan arang bio dan meningkatkan kadar guna tanah dalam negara.
Sumber Maklumat :
Theeba Manikam dan Ismail Abu Bakar, “Arang bio : Kaedah pertanian lestari yang berpotensi meningkatkan bekalan makanan dan mengawal pemanasan global”, Agromedia, Bil. 35 2/2011, MARDI.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com