You are currently viewing Keluasan Tanaman Dan Nilai Eksport Durian Vietnam Ke China Mendahului Malaysia

Keluasan Tanaman Dan Nilai Eksport Durian Vietnam Ke China Mendahului Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sejak tahun 2010, keluasan tanaman durian di Vietnam secara purata meningkat 24.5% setahun. Kini negara ini sudah memiliki sejumlah 131,000 hektar dan menjadi tanaman paling cepat berkembang. Keadaan ini mengkhuatirkan pihak berkuasa kerana risau suatu hari lambakan hasil akan berlaku.

Jabatan Pertanian Vietnam melaporkan tanah tinggi di bahagian tengah negara itu paling cepat berkembang, kini sudah mencapai hampir 70,000 ha, kemudian diikuti oleh kawasan Delta Mekong, tenggara dan pesisir pantai di kawasan tengah.

Peningkatan dari 28,600 ha kepada 30,000 ha di beberapa daerah di kawasan tanah tinggi tengah negara itu dalam beberapa tahun ini membimbangkan kerana kadar pengembangan terlalu cepat.

Sebuah daerah yang juga di tanah tinggi tengah meningkat ke 19,700 ha, iaitu menambah 44% sejak tahun 2021. Jumlah pengeluaran kawasan ini ialah 115,000 tan, dan dijangka akan meningkat ke 225,000 tan menjelang tahun 2027.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Di kawasan Delta Mekong, beribu-ribu ha tanaman padi dan nangka telah ditebang dan ditanami dengan durian. Jabatan Pertanian Vietnam sudah memberi peringatan kepada mereka bahawa durian jika ditanami di kawasan tidak sesuai akan menghasilkan buah berkualiti rendah serta berhasil rendah. Keadaan ini akan menjejaskan jenama durian di negaranya.

Tahun lepas, Vietnam menduduki kedudukan ke-4 sebagai pengeksport durian ke China dengan jumlah nilai eksport USD 420 juta. Dalam 9 bulan pertama tahun 2023, nilai eksport sudah meningkat ke USD 1.5 bilion dan menjadi pengeksport kedua terbesar selepas Thailand.

Sumber maklumat :

VnExpress 27/10/23

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :