All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
….. Sambungan dari : Betik Di Malaysia Dan Aspek Potensi (Bahagian 1/2)
Batu Arang
Saiz buah bagi kultivar ini adalah sederhana, berat purata di sekitar 1.5 kg, isi buah berwarna kemerahan semasa matang, padat serta beraroma. Kultivar ini digunakan sama ada sebagai buah-buahan makan segar ataupun diproses. Pokok betik Batu Arang mula berbunga apabila berumur 4 – 6 bulan, 5 bulan kemudian akan berhasil. Sama dengan kultivar Sitiawan, buah pertama Batu Arang boleh kelihatan di aras 2.6 kaki dari aras tanah. Musim bunga sangat peka terhadap kemarau yang akan menyebabkan pengeluaran hasil terputus-putus sehingga 70 – 90%. Isi buah bagi kultivar ini walaupun canggih tetapi kurang harum serta mempunyai biji benih yang banyak. Kemanisannya hanya 12 – 13% tetapi dalam keadaan tempatan, kultivar ini sudah dikira agak manis. Setiap pokok secara purata hanya mengeluarkan 15 – 20 biji buah atau bersamaan 30 tan/ha/tahun.
Eksotika
Pada tahun 1987, MARDI menggunakan Subang dan Sunrise Solo bagi menjalankan kacukan berulang-ulang sehingga 15 tahun lamanya, akhirnya menghasilkan kultivar ini. Ketinggian bagi pokok Eksotika adalah sederhana, buah mula dihasilkan ketika berumur 9 bulan di bahagian pokok 60 – 80 cm dari aras tanah. Pada tahun pertama, pokok yang tidak berbuah merangkumi 22% dan tahun kedua pada 47%. Pengeluaran buah berlaku secara berterusan tetapi proses ini akan terganggu semasa musim kemarau yag memperlihatkan buah gugur dengan kadar lebih banyak serta pengeluaran buah terputus-putus. Namun, keadaan ini adalah sementara sahaja kerana pemulihan berlaku dengan cepat.
Buah Eksotika apabila masak membawa kemanisan di antara 13 15% serta beraroma, banyak jus serta padat. Kultivar ini diminati oleh ramai petani sebab ia berhasil tinggi, setiap pokok mampu menghasilkan 50 80 biji buah dalam masa dua tahun iaitu bersamaan 20 – 30 tan pada tahun pertama dan 30 40 tan pada tahun kedua. Bentuk dan berat buah juga sederhana, dan warna isi buah kemerahan sangat memikat hati pengguna. Sebab itu, apabila Ekstoka dilancarkan, ia segera mendapat sambutan daripada para petani. Kononnya keluasan tanaman ini sudah menjangkaui 1,500 ha selepas kultivar ini dilancarkan. Buah Eksotika yang dieksport ke Hong Kong dan Singapura mendapat kata mulut yang sangat baik, keadaan ini telah merangsang kenaikan harga pasaran dan seterusnya petani mendapat manfaat besar daripada keuntungan tersebut. Atas sebab ini, ramai petani masing-masing menukar tanaman mereka kepada kultivar ini. Bentuk buah Eksotika yang canggih juga mempermudahkan pengurusan buah selanjutnya membesarkan pasaran bagi kultivar ini.
Eksotika II
Eksotika II, seperti implikasi namanya, adalah berasal dari kacukan Eksotika dan Line 19. MARDI menghabiskan masa selama 7 tahun baru berjaya membiak baka ini. Buah Eksotika II lebih besar daripada Eksotika dengan berat di antara 0.6 – 1.0 kg serta mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi kerana kulit buah sangat licin, merintangi penyakit bintik betik serta menampilkan isi buah yang lebih padat. Isi buah juga kemerahan dan sangat memikat hati. Kulit buah bagi kultivar ini kelihatan lebih tebal justeru boleh disimpan lebih lama yakni lebih kurang 6 hari berbanding Eksotika yang hanya boleh disimpan 3 – 4 hari. Isinya juga lebih manis mencatatkan kemanisan 14 15%. Hasil buah Ekstika Il lebih tinggi daripada Eksotika sebanyak 25% bersamaan dua tahun pengeluaran hasil adalah sejumlah 70 tan/ha.
Betik Sekaki
Apabila menyentuhi mengenai betik di Malaysia, betik Sekaki juga perlu dibawa masuk kerana kultivar ini sangat popular di kalangan petani malah sehingga hari ini. Di Hong Kong, kultivar ini sangat popular, justeru betik Sekaki ada kala juga dikenali sebagai betik Hong Kong. Nama ini dipercayai berasal dari buahnya berukuran lebih kurang satu kaki apabila masak. Bentuk buahnya kadangkala menyerupai buah zaitun. Beberapa ciri yang ada dalam kultivar ini telah menjadikan kultivar ini popular di kalagan petani, umpamanya pokoknya agak katek, kebiasaan pokok dengan ketinggian 4 – 5 kaki sudah berbuah dengan banyak. Kultivar ini juga dapat merintangi penyakit betik, tetapi malangnya buahnya kurang manis hanya di sekitar 10 12% sahaja serta kurang beraorma. Namun, isi buahnya kuning oren sangat menarik hati. Salah satu faktor petani suka menanam kultivar ini ialah biji benihnya boleh digunakan untuk dijadikan bahan tanaman dalam pusingan penanaman berikut. Ini bermakna kultivar ini bukanlah baka kacukan justeru petani tidak perlu membelanja untuk membeli biji benih F1 (genrasi pertama) untuk tujuan penanaman. Penjimatan boleh diperolehi melalui penanaman kultivar ini.
Kebiasaannya, biji benih betik kacukan seperti Eksotika II tidak sesuai digunakan untuk ditanam di ladang, sebaliknya penanaman Eksotika II perlu menggunakan biji benih F1 yang dibeli dari pengeluar biji benih di pasaran supaya mengekalkan ketulenan. Biji benih Eksotika II yang tulen hanya boleh diperolehi melalui kacukan antara pokok induk jantan dan induk betina. Keadaan ini serupa di bidang penanaman kelapa yang mana kelapa Matag yang merupakan baka kacukan hanya boleh ditanam dengan bahan tanaman F1 dan bukannya ditanam dengan menggunakan buah kelapa yang dikutip dari bawah pokok Matag kerana bahan tanaman seperti ini tidak tulen dan merupakan bahan tanaman F2 (generasi kedua) yang kurang berkualiti. Sebarang bahan tanaman F2 lebih lemah dari segi pengeluaran hasil jika berbanding bahan tanaman F1.
Justeru itu, itu, penanaman betik hendaklah bermula dengan mengetahui punca kedatangan bahan tanaman yang ingin digunakan. Penggunaan biji benih yang salah akan menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah nanti. Kultivar seperti Eksotika, Sunrise Solo dan Subang yang boleh menjalankan pendebungaan diri atau beberapa kultivar lain yang boleh menjalankan pendebungaan terbuka, biji benihnya boleh digunakan sebagai bahan tanaman jika mahu tetapi dengan syarat proses pendebungaan hendaklah dijalankan secara terkawal supaya megurangkan kacukan dari pelbagai sumber debunga yang berpotensi menurunkan hasil malah kualiti buah.
Bahan rujukan :
Y.K.Chan et al (Penyunting), Penanaman Betik, MARDI, 1994.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com