All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Encik Loh, pemilik sebuah kedai baja dan racun pertanian bernama Main Lee Agriculture Trading di Mantin, Negeri Sembilan juga merupakan seorang pekebun durian berkeluasan lebih 10 ekar dijangka akan menikmati pengeluaran hasil tidak lama lagi kerana ada pokok sudah mula berbunga dan berhasil. 80% pokok di kebun beliau ditanami baka durian Musang King (D197), 20% 101 (D168) dan beberapa batang pokok baka Kim Hong (D198).
5 tahun lalu, saya pernah melawati kebunnya. Ketika itu nangka J33 pula ditanami manakala pokok durian hanya wujud sebagai tanaman selingan berumur kecil lagi. Lawatan kali ini saya nampak semua pokok nangka sudah ditebang untuk memberi ruang kepada tanaman durian kerana tanaman durian menjelang peringkat kematangannya. Arus perdana durian kelihatan sudah mengalahkan tanaman lain. Ramai pekebun memilih tanaman ini kerana harga pasaran amat baik serta permintaan tinggi di pasaran tempatan serta global.
Kebun yang saya kunjungi kali ini seluas 7 ekar dan terletak di tanah rata. Rumput lembut tumbuh menghampar di kebun bagaikan sebuah padang golf. Di belakang kebun ada sebuah bukit ditumbuhi hutan belukar menghijau. Di waktu pagi, kabus nyaman berlegar-legar di hujung pucuk tumbuh-tumbuhan memapar keadaan sepi dan indah di situ.
Pemandangan di kebun ini menyatakan Encik Loh sudah banyak mencurahkan masa dan wang ke atas pengusahaan ini. Menurutnya, setiap hari beliau akan tiba ke kebun dan meneliti keadaan pertumbuhan pokok agar semua pokok tumbuh sihat tanpa kekurangan nutrien. Tambahan pokok juga dilihat secara teliti agar bebas daripada jangkitan penyakit. Penjagaan seumpama ini boleh diibarat bagaikan penjagaan anaknya sendiri. Kini pokok hampir matang dan tidak lama lagi beliau akan menghayati segala hasil daripada usaha dicurahkan itu.
Beliau mengimbas kembali sepanjang tempoh penanaman ini dan mengatakan penanaman durian tidak sesenang seperti tanggapan sesetengah orang. Ini kerana segala penceburan tidak semestinya mendatangkan hasil setimpal. Terutama jika wujud serangan penyakit serta tidak dikawal segera, seluruh kebun akan terjangkit akibat sebaran penyakit kadang-kadang sangat pantas.
Beliau memberi contoh satu peristiwa yang berlaku di kebunnya pada tahun lalu ekoran serangan nematod, iaitu sejenis cacing halus tersembunyi dalam tanah dan sering menyerang akar tanaman menyebabkan hujung pucuk serta daun pokok durian menjadi kering dan layu. Sesudah mengenal pasti kejadian tersebut diakibatkan oleh nematod, beliau menumpu segala usaha menanagani serangannya secara siraman racun ke sistem akar tanaman. Ketika itu, banyak pokok sudah diserangi. Rawatan tersebut mengambil masa 8 bulan baru berjaya memulihkan pokok. Dengan kata lain, tumbesaran pokok sudah terjejas selama itu. Justeru beliau mengatakan segala curahan usaha dalam penanaman durian tidak semestinya memberi hasil setimpal kerana jika serangan nematod tidak dapat dikawal pada masa itu, keseluruhan kebunnya tentu sudah dicerobohi penyakit ini.
Dalam pemerhatian beliau, dipercayai nematod lebih gemar menyerang tanaman di tanah berkeadaan kering. Umpamanya anak pokok durian yang ditanaminya terkemudian di lorong perantaraan pokok-pokok ditanami lebih dahulu dengan teknik menimbun tanah banyak mengalami serangan nematod. Teknik ini berasal dari seorang kenalan beliau. Menurutnya, teknik menimbun tanah untuk menanam durian tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya menjejaskan tumbesaran anak benih kerana keadaan timbunan tanah itu sentiasa kering menjadi fokus serangan nematod. Pemandangan saya ke atas anak-anak benih ini mendapati tumbesaran sudah terjejas kerana saiz pokok berumur 2 tahun itu hanya sebesar saiz pokok berumur satu tahun yang ditanami di tanah biasa. Dengan kata lain, tumbesarannya lebih lambat hampir satu kali ganda.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Bagi memperbaiki cara ini, beliau membuat satu lekukan di sekeliling pangkal pokok sebagai tempat memelihara air semasa berhujan atau semasa pengairan. Anak pokok kelihatan sudah tumbuh dengan lebih baik selepas memakai cara ini. Justeru itu beliau berpendapat kaedah menimbun tanah untuk menanam durian akan berdepan dengan masalah utama iaitu tanah timbunan yang sentiasa kering memberi impak negatif terhadap tumbesaran anak pokok. Sebagai kaedah jaminan, beliau menanam sebatang anak pokok baru di tepi anak pokok lama. Kaedah ini lebih menjamin kepada beliau kerana sekiranya anak pokok lama itu mati, beliau masih ada pokok baru untuk menggantikannya.
Di kebun ini, kelihatan Encik Loh agak gemar menanam dua pokok secara berdekatan. Umpamanya, saya sudah melihat pokok Musang King ditanami di sebelah kiri manakala pokok Kim Hong ditanam di sebelah kanan dengan berjarak 1 – 2 kaki sahaja. Kedua-dua pokok ini kini sudah berbuah. Alangkah senang hati beliau kerana akan dapat menikmati kedua-dua baka durian dalam musim yang sama! Sungguhpun begitu, Encik Loh mengatakan tumbesaran kedua-dua pokok sebelum matang agak lambat. Namun kelebihannya ialah sesudah matang ada dua baka durian untuk dimakan serentak. Pemandangan ini menyatakan kaedah menanam dua pokok sekali juga ada kelebihan.
Semasa lawatan kebun itu, saya juga nampak pekerja sedang rajin menyembur daun pokok dengan baja foliar. Encik Loh berkata, semburan seperti ini dilakukan setiap minggu iaitu kadar yang agak kerap. Rasanya beliau ingin memupuk tumbesaran pokok dengan kadar lebih cepat bagi menembus tempoh masa yang sudah terjejas sebelum itu. Dari pemandangan keadaan pokok tumbuh subur belaka serta banyak pemucukan baru telah berlaku, dipercayai baja foliar mempunyai keberkesanan positif di sisi pemupukan tumbesaran pokok.
Selain itu, Encik Loh turut menggunakan baja organik, baja kimia, abstrak rumpai laut dan enzim ke atas pokok-pokoknya. Segala input ini mendatangkan kesan sangat positif terhadap tumbesaran pokok. Tanamannya kelihatan cergas dan ada yang sudah mula menghasilkan buah 2 – 3 biji, 7 – 8 biji malah 10 – 20 biji. Menurutnya, kebunnya dijangka akan mengeluarkan buah untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Di sini kelihatan kaedah penokokan nutrien pelbagai jenis sudah dilakukan tanpa sebarang pemaksaan dengan aplikasi penggalak kimia. Pokok sesudah cukup subur akan menghasilkan buah seterusnya pada masa yang sesuai.
Di kebun yang rata ini, sistem pengairan renjisan sudah dipasang. Penyaluran air dilakukan jika hari terlalu kering dengan menghidupkan sistem pengairan dan air disalurkan pada waktu pagi dan lewat petang selama setengah jam setiap kali. Abstrak rumpai laut juga dimasukkan sekali ke dalam larutan dan disalur bersama air ke setiap pokok. Abstrak ini kelihatan membawa kesan positif.
Tumbesaran pokok tumbuh seimbang serta lancar dan cergas menyatakan keberkesanan produk ini ke atas tanaman. Tidak dinafikan baja kimia dan baja organik turut memainkan peranan masing-masing di kebun ini.
Bagi menjimat masa pekerja kebun, Encik Loh membeli sebuah kereta pemotong rumput. Pekerjanya justeru dapat mengurus rumput di kebun dengan cekap dan menjimat masa. Dalam proses penanaman, pangkasan ke atas pokok durian turut dilakukan. Oleh kerana corak tumbesaran Musang King amnya kelihatan agak sistematik tanpa banyak mengeluarkan cabang-cabang tidak tentu arah, Encik Loh hanya membuang pucuk air, dahan menegak serta dahan-dahan tersembunyi daripada pancaran matahari kerana bahagian ini kebiasaan tidak produktif serta membazir sumber makanan pokok. Baginya, selagi cabang mendatar pokok diurus baik serta seimbang ditambah mendapat kadar kemasukan pancaran matahari dan peredaran udara optimum sudah merupakan pangkasan yang baik belaka. Pokok akan tumbuh dan berbuah dengan baik dalam keadaan ini.
Sebagai kesimpulan, menanam durian adalah projek yang memerlukan curahan masa dan suntikan wang banyak ekoran tempoh belum matangnya agak panjang. Pengurusan pokok juga harus berhati-hati kerana tanaman ini rentan terhadap penyakit. Namun, apabila pokok sudah matang, itulah masa bagi pekebun memunggut hasil lumayan daripada segala usaha dicurahkan sebelum itu.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com