Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Kerancakan durian terus berlarutan di pasaran global. Vietnam dan Filipina telah mengikut jejak Malaysia dan Thailand bagi memperolehi kelulusan eksport durian ke negara China. Tidak menyebut mengenai Vietnam di sini, di Filipina mempunyai 47 daerah pengeluaran durian. Rekod tahun 2019 menunjukkan negaranya memiliki 1 juta 300 ribu pokok durian dewasa. Jumlah keluasan durian di negaranya adalah seluas 16,678 hektar dengan pengeluaran hasil tahunan 79,284 tan. Pengeluaran purata bagi durian di negaranya ialah 4.75 tan iaitu satu paras yang agak rendah.
Bandar Davao yang terletak di Pulau Mindanao paling banyak mengeluarkan durian. Hasil tahunan di kawasan itu ialah 60,249 tan, iaitu bersamaan dengan 76% keseluruhan pengeluaran durian negara Filipina. Jumlah pengeluaran durian yang rendah serta serangan penyakit kanker batang merupakan dua masalah utama menghantui industri tanaman tersebut. Selain itu, teknik penanaman yang kurang memadai juga salah satu sebab pengurangan hasil diperolehi. Kerugian hasil lepas tuai adalah sebanyak 35%. 10 – 25% buah rosak akibat penyakit kanker batang juga satu faktor kerugian.
Di Filipina, musim pembuahan durian jatuh di antara bulan Ogos – Okt iaitu kebetulan di luar musim durian Malaysia. Varieti di negaranya selain Chanee dan Monthong yang berasal dari Thailand, juga terdapat varieti tempatan seperti Puyat, Alcon, Fancy, Arancillo, Duyaya dan sebagainya. Varieti durian Malaysia seperti D24, IOI dan Udang Merah juga boleh didapati di situ.
Bagi menyelesaikan masalah hasil dan kualiti rendah, Jabatan Pertanian Filipina telah memulakan beberapa program utama untuk memperbaiki keadaan tersebut. Program pertama ialah meningkatkan tahap pengurusan pokok supaya mencapai cita-cita pengeluaran hasil menggalakkan. Program kedua ialah meningkatkan kadar pendebungaan bagi memperkasa hasil dan kualiti buah. Program ketiga ialah mengkaji pokok penanti yang lebih rintang terhadap penyakit kanker batang. Kesemua program ini menggunakan varieti Puyat iaitu varieti terkenal di negara itu dalam kajian dan hasil kajian program pertama adalah seperti berikut :
1. Penjarangan buah dilakukan selepas 6 minggu putik buah terbit.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
2. Penjarangan bunga dilakukan sebelum kejadian pendebungaan (boleh memanjangkan tempoh kutipan hasil selama 2 – 4 minggu).
3. Ketinggian pokok dikawal pada 7 – 8 meter. Dahan pokok yang tumbuh di bawah 1 meter berjarak dari pangkal pokok semuanya ditebang. Ini bertujuan mengelak serangan penyakit kanker batang.
Program kedua dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama tetap fokus pada pengurusan pokok untuk meningkatkan produktiviti serta memberatkan kesan ekonomi yang diperolehi daripada amalan penjarangan bunga dan putik buah. Hasil genting dan kualiti buah dari pelbagai varieti durian juga dikaji.
Bahagian kedua ialah mengkaji kesan optimum bagi pendebungaan untuk tujuan meningkatkan kualiti buah. Di sini, bekalan nutrien optimum juga dikaji kerana terdapat hubungan rapat di antara pengambilan nutrien dan kadar pendebungaan. Rumusan optimum baja akhirnya akan dihasilkan melalui analisis nutrien dalam daun. Di peringkat akhir, mereka akan melancarkan sistem GIS bagi mengenal pasti jenis tanah yang sesuai untuk sesuatu vareiti durian.
Sebagai kesimpulan, tanaman durian walaupun ada persamaan dengan buah tropika lain, tetapi kelihatan lebih kompleks lagi jika dibandingkan antar satu sama lain. Ini kerana peringkat pertumbuhan pokok termasuk pembungaan dan pembuahan durian adalah peka terhadap cuaca. Musim hujan atau musim kemarau sama-sama mendatangkan kesan negatif terhadap pembungaan dan pembuahan. Pangkasan pokok juga salah teknik yang perlu dipelajari. Boleh dikatakan masalah penanaman durian yang wujud di Thailand, Malaysia, Vietnam dan Filipina adalah sama. Apa yang ditemui oleh pekebun Thailand akan ditemui pekebun Malaysia, Vietnam dan Filipina mengikut turutan masa masing-masing. Tidak dinafikan keadaan ini akan mencipta aspirasi kolektif di kalangan mereka. Suatu hari nanti, kemungkinan akan wujud satu pertubuhan yang merangkumi semua negara pengeluar durian di rantau Asia Tenggara untuk bertemu dan membincangkan masalah kolektif yang dihadapi oleh mereka.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com