You are currently viewing Tiga Kecacatan Fisiologi Isi Buah Durian

Tiga Kecacatan Fisiologi Isi Buah Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Isi buah durian kadang-kadang menimbulkan masalah kecacatan fisiologi iaitu cita rasa buahnya lain macam dan tidak memberi selera. Menurut sumber, terdapat 3 jenis kecacatan seperti berikut :

1. Isi Buah Basah

Gejala ini berlaku ke atas isu buah. Apabila durian dikopek, kelihatan isi buah sangat basah dan tidak menyelerakan. Kualiti isi juga merosot lebih cepat berbanding isi buah normal. Gejala ini wujud jika hujan lebat tiba semasa buah sedang matang dan hampir gugur. Faktor penyebab lain ialah air bawah tanah yang tinggi menyebabkan isi buah bagaikan “terendam dalam air”. Pokok kekurangan kalium juga mungkin mengakibatkan gejala ini. Menurut sumber, semasa kutipan hasil buah, taburan hujan melebihi 200mm akan menyebabkan isi buah sangat basah. Ahli penyelidik Fresco (2000) pernah melaporkan jika tanah disungkupi dengan kain plastik dapat mengurangkan kejadian gejala ini terutama dilakukan sebulan sebelum kutipan hasil. Pada musim hujan, sungkupan seumpama ini jika diberikan semasa kutipan hasil juga memberi kesan kawalan terhadap kejadian ini. Dari sini, jelas kelihatan isi buah yang basah dikaitkan dengan kelembapan tanah yang tinggi. Justeru itu, kualiti buah dalam musim hujan tentu tidak sebaik kualiti buah pada masa biasa.

2. Hujung Isi Buah Bergejala Terbakar

Gejala ini biasanya berlaku pada pokok muda yang sudah berbuah. Hujung isi buah bergejala bagaikan terbakar dan menonjol dengan warna perang pekat. Kejadian ini dipercayai berlaku dalam keadaan pokok tidak menerima nutrien atau air yang cukup semasa pembentukan isi buah. Untuk menyelesaikan masalah ini, penanam boleh membalut buah dengan beg plastik 20 – 25 hari sebelum buah matang.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

3. Isi Buah Separa Masak

Buah yang membawa simptom ini tidak dapat dikesan dari luaran buah kerana buahnya kelihatan normal, tetapi waktu mengopek dapat dilihat sebahagian atau seluruh isi buah sudah berwarna keputihan, tidak berbau serta keras. Isi buah seperti ini tentu tidak memberi selera langsung. Sebab kejadian ini masih kurang diketahui sehingga hari ini.

Namun begitu, ahli penyelidik Punnachit dan rakan (1992) pernah melaporkan bahawa kejadian ini disebabkan oleh saingan makanan antara buah dan pemupukan baru di atas pokok. Atas sebab ini, maka semasa pembesaran buah, pemucukan baru atas pokok hendaklah dielakkan. Pokok durian amnya akan memucuk jika berhujan. Keadaan ini menyusahkan kawalan kerana hujan boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.

Pakcharoen dan rakan (2013) pula melaporkan, jika memberi naungan kepada pokok demi mengurangkan penerimaan 50% cahaya matahari di peringkat 92 – 122 hari selepas bunga mekar akan meningkatkan kejadian isi buah separa masak. Kenyataan ini mengaitkan kejadian tersebut dengan ketidakcukupan penerimaan pancaran cahaya matahari. Dalam laporan Fresco (2000) pula, menyungkup tanah dengan kain plastik di sekeliling pokok durian dapat mengurangkan kejadian ini.

 

Sumber maklumat :

Saichol Ketsa et al., The Durian: Botany, Horticulture and Utilization, Horticultural Review, Editor lan Warrington, John Wiley & Sons, Inc, 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :