Kawasan Chui Chak di Perak terkenal dengan penghasilan padi yang tinggi di dalam negara. Secara purata, setiap unit kawasan tanaman padi di situ mencatatkan 2.40 – 2.43 hektar dan pada kebiasaan memberi hasil padi setinggi 15 – 20 tan. Keadaan ini menyatakan teknik penanaman padi di Chui Chak telah mencapai tahap yang tinggi seta memperlihatkan keagihan petani padi di situ mengusahakan tanaman itu.
Seorang petani berpengalaman Encik Chai berkata, di Chui Chak terdapat 800 unit kawasan padi merangkumi keluasan 5,070 ekar. Hasil padi tersebut biasanya dapat diperolehi dalam keadaan yang kondusif. Katanya, faktor utama yang mengganggu pengeluaran hasil padi tidak lain daripada masalah padi angin dan serangan rumpai di sawah kerana kedua-dua faktor ini mengurangkan keberkesanan pembajaan dan kawalan rumpai. Selain itu, tanaman padi juga mengalami serangan penyakit lain akibat perubahan cuaca dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, menurutnya, petani perlu menyembur racun tanaman padi yang masih kecil dengan kekerapan 15 – 17 hari/kali manakala tanaman padi yang telah besar dengan kekerapan semburan 8 – 12 hari/kali. Hanya dengan cara ini, tanaman padi dapat terkawal daripada serangan penyakit. Encik Chai dan rakan-rakan juga berpendapat sekiranya hari berhujan sebanyak 2 kali seminggu serta hujan tiba pada waktu lewat petang, keadaan ini memberi kesan positif terhadap tumbesaran tanaman padi.
Pembekalan nutrisi kepada tanaman ini juga amat penting. Kata mereka, semua baja butiran yang diperlukan oleh tanaman padi hendaklah ditaburi dalam masa 50 hari selepas dipindah tanam. Selepas itu, bekalan baja foliar yang mengandungi baja surih serta nutrisi kalium yang lebih tinggi sudah memadai untuk menjaga keperluan tumbesaran tanaman padi.
Bagi tanaman padi, nutrisi yang dikehendaki di peringkat tumbesaran merangkumi zink, kalsium dan kalium memandangkan zink dan kalsium dapat memupuk dedaun padi supaya tumbuh dengan lebih kuat serta merintangi serangan penyakit dan serangga perosak manakala kalium di dalam dapat merangsang pembentukan bijirin padi yang lebih padat. Keseluruhannya, mereka telah menggunakan produk EMTOP dan EXCELLENT High-K edaran syarikat Brightonmax Sdn Bhd untuk keperluan nutrisi pada tanaman padi yang diusahakan.
EMTOP adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat Taiwan bernama Biontech. la merupakan produk nutrisi yang dirumus berdasarkan teknologi nano yang telah dipatentkan. Kandungannya juga termasuk silikon, kalsium, magnesium berlarut zink dan sebagainya dapat diambil oleh tanaman padi secara pantas serta keseluruhan untuk melestarikan tumbesaran tanaman padi.
Selain itu, EMTOP juga mengandungi metabolit berkesan (effective metobolites) yang berupaya mengurangkan kejadian penyakit padi. Melalui mekanisme merencatkan dinding sel kulat dan mengelakkan percambahan spora di dalam tanaman, EMTOP berjaya mengurangkan kejadian penyakit Blas, penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) dan Hawar Panicle Bakteria (BPB). EMTOP juga sejenis produk nutrisi bio yang bukan sahaja mudah diambil oleh tanaman malah ia akan memupuk batang, daun dan akar pokok padi yang lebih kuat.
EXCELLENT High-K pula sejenis produk nutrisi yang dirumus menggunakan teknologi kelaan berganda dengan tujuan meningkatkan pengambilan oleh tanaman dengan mudah manakala kandungan kalium yang tinggi di dalamnya akan meningkatkan kadar pendebungaan tanaman serta menjadikan bijirin padi lebih padat. Keadaan ini akan meningkatkan hasil padi.
Akhir kata, keempat-emapat petani padi yang telah menggunakan produk EMTOP dan EXCELLENT High-K itu berjaya memperolehi hasil di antara 16 – 21 tan di musim penanaman akhir-akhir ini iaitu secara purata hasil hasil telah meningkat sebanyak 10% berbanding dengan musim lalu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian 07-595 3580 / 595 3680.