Matlamat bagi penggunaan jentera di ladang sawit ialah untuk menjimat masa dan tenaga buruh serta mempercepatkan proses pengangkutan buah tandan sawit. Produktiviti akan meningkat apabila operasi kutipan buah dapat dipercepatkan.
Di antara jentera ladang yang sedia ada di ada pasaran, sejenis jentera yang dinamakan Rhyno sama ada telah diguna pakai atau bakal dipakai di ladang sawit akan dapat mempercekapkan tugas pengutipan buah tandan sawit. Ini adalah salah satu usaha dari MPOB bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh di ladang sawit di samping meningkatkan produktiviti di bidang tersebut. Rhyno dibangunkan bersama sebuah syarikat pembekal jentera tempatan dengan menggunakan teknologi dari Korea Selatan.
Rhyno merupakan jentera kompak beroda untuk digunakan di kawasan gambut matang, lecak, kawasan berbukit yang berteres sempit yang tidak dapat dilalui oleh jentera sedai ada di pasaran. Aktiviti utama yang sesuai untuk jentera ini ialah mengangkut buah tandan sawit, membaja, meracun dan sebagainya. Maka dengan terhasilnya jentera ini, keperluan jentera terhadap semua keadaan bentuk muka bumi akan dapat tercapai.
Rhyno berukuran 1.5m lebar x 3.5m panjang, roda bertekanan rendah, berstruktur teguh dengan pengagihan berat jentera yang baik bagi memberi tekanan rendah pada permukaan tanah. Ini kerana kawasan bermasalah kadangkala terdiri daripada tanah gambut yang lembut justeru tidak tahan terhadap tekanan roda yang tinggi. Di samping itu, jentera Rhyno beroperasi secara mekanikal, dengan kapasiti enjin 19 hp yang memberi kuasa optimum serta reka bentuk chasisnya boleh berpusing untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan semasa bergerak di kawasan yang tidak rata. Stering jentera ini berbentuk hidrolik serta digunakan juga dalam kawalan sistem jonkitan pemunggah. Sistem hidroliknya sangat unggul kerana dihasilkan oleh syarikat pembekal yang ulung di dunia.
Secara ringkas, komponen jentera Rhyno adalah ditunjukkan seperti di bawah :
1. Pelbagai guna, kompak dan mudah dikendalikan.
2. Produktiviti 20 – 26 tan buah tandan sawit sehari.
3. Penggunaan bahanapi 6 – 8 liter sehari.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
4. Kos pemilikan dan operasi yang terendah.
5. Kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk kegunaan di luar jalan dan memboleh- kan pembelian melalui pinjaman daripada institusi kewangan.
6. Boleh memunggah buah tandan sawit terus ke dalam tong besar di tepi jalan.
7. Meminimumkan buah relai sawit serta men- jimat masa untuk mengutip buah relai.
8. Jentera ini dilengkapi dengan PTO (power take off) iaitu sama seperti traktor yang membolehkan perlatan membaja (spreader) dan meracun (sprayer) di pasang di belakangnya untuk kegunaan tersebut.
Analisis selanjutnya terhadap Rhyno mendapati ia mampu mengangkut 26 tan buah tandan sawit sehari. Kos bagi mengangkut satu tan buah tandan sawit ialah RM2.60.
Sumber maklumat :
Mohd Solah Deraman et al., “RHYNO : Jentera Kompak Beroda Pelbagai Guna Untuk Penggunaan Di Ladang Sawit”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2016, MPOB.