Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Paclobutrazol ialah sejenis racun kimia berfungsi sebagai penyelaras pertumbuhan pokok buah-buahan termasuk durian. Dalam konteks komersial, bahan ini lumrah digunakan di negara Thailand dan Vietnam untuk menghasilkan buah di luar musim bagi memperolehi harga pasaran yang lebih tinggi.
Di Malaysia, tanaman durian serta tanaman buah-buahan lain lebih jarang menggunakan teknologi ini. Sebaliknya mereka lebih cenderung bergantung kepada pembajaan dalam proses penanaman. Namun, baja bukanlah unsur untuk mengawal pertumbuhan vegetatif pokok seperti pengeluaran pucuk dan bunga, sebaliknya baja untuk merangsang pengeluarannya. Justeru itu, paclobutrazol dan baja merupakan dua entiti berlainan dan mendatangkan kesan berbeza.
Perbicaraan di sini adalah mengenai paclobutrazol yang digunakan oleh pekebun durian di Vietnam untuk melihat kesannya ke atas dua kawasan tanaman durian yang berbeza dari segi topografi. Satu ialah kawasan delta Mekong berupa tanah rata 0.7 – 1.5 meter dari aras laut manakala satu lagi ialah kawasan timur selatan bertanah tinggi 150 – 340 meter dari aras laut. Kesan aplikasi paclobutrazol ke atas tanaman durian di kedua-dua kawasan yang berlainan ketinggian menjadi fokus artikel ini.
Secara umum, pemucukan baru pokok durian sekiranya wujud serentak di musim bunga dan musim pengeluaran putik, gejala ini akan menjejaskan kadar bunga dan putik buah kerana sumber makanan pokok banyak diagihkan kepada pertumbuhan vegetatif tersebut. Bunga dan putik akan gugur dengan banyak. Oleh yang demikian, paclobutrazol digunakan untuk mengelak gejala ini berlaku. Dengan kata lain, bahan ini digunakan untuk merangsang pembungaan dan pembuahan sama ada berlaku lebih awal atau lebih lewat daripada musim biasa.
Kesan Paclobutrazol Di Tanah Rata
Baka durian DONA berumur 9 tahun digunakan dalam eksperimen ini. Setiap pokok disemburi larutan paclobutrazol 20 liter masing-masing dengan kepekatan dan bahan aktif berbeza iaitu 1,000 ppm (20 g a.i), 1200 ppm (24 g a.i), 1400 ppm (26 g a.i) atau 1,600 ppm (32g a.i). Buah durian di kawasan rata ini sering matang semasa husim hujan dan menjejaskan kualiti isi buah. Justeru itu, paclobutrazol digunakan untuk mengelak keadaan ini berlaku dalam masa ini.
Selepas aplikasi ke atas pokok, bunga datang 20 – 22 hari lebih awal daripada plot kawalan (plot tidak dirawati paclobutrazol). Begitu juga kutipan hasil juga berlaku 19 – 24 hari lebih awal. Kuantiti dahan yang berbunga (49.9%) serta jumlah bunga serumpun (51.9%) juga bertambah. Di plot kawalan, dua aspek ini masing-masing berada di aras 25.5% dan 21.9% khasnya di plot rawatan dengan 1,400 ppm. Dari sini, paclobutrazol kelihatan berkesan untuk meningkatkan kuantiti bunga dan juga bilangan buah durian per pokok.
Kadar pembungaan yang meningkat seterusnya meningkatkan bilangan buah di atas pokok mencatatkan 82 buah/pokok sedangkan plot kawalan memperolehi 45 buah/pokok. buah setiap hanya Namun, pokok peningkatan menurunkan berat buah. Perkara ini adalah biasa dan boleh difahami. Bagaimanapun, oleh kerana bilangan buah adalah lebih banyak di plot yang mengamalkan aplikasi paclobutrazol, maka jumlah hasil per pokok tetap lebih tinggi (213.9 kg/pokok) berbanding jumlah hasil pokok di plot kawalan (135.1 kg/pokok).
Paclobutrazol tidak memberi kesan terhadap kualiti buah. Eksperimen di tanah rata ini menyimpulkan bahawa aplikasi paclobutrazol pada 1,400 ppm dan 1,600 ppm mendatangkan kesan yang lebuh baik berbanding plot dengan rawatan 1,000 ppm dan 1,200 ppm.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Kesan Paclobutrazol Di Tanah Tinggi
Dalam eksperimen ini, baka durian tempatan SUA HAT LEP digunakan. Selepas aplikasi, bunga datang 15 17 hari lebih awal. Begitu juga kutipan hasil wujud 19 – 21 hari lebih awal berbanding plot kawalan. Aplikasi paclobutrazol pada kepekatan 1,500 ppm meningkatkan bilangan buah per pokok (79 buah/pokok) serta jumlah hasil buah per pokok (226.7 kg/pokok) berbanding pokok di plot kawalan yang masing-masing hanya memperolehi 52 buah/pokok dan 156 kg/pokok. Berat dan kualiti buah dalam ekperimen ini tiada perbezaan berbanding dengan plot kawalan. Sekali lagi, kepekatan aplikasi 1,500 ppm memberi kesan lebih baik daripada kepekatan 1,000 ppm.
Dari kedua-dua eksperimen ini, kesan paclobutrazol kelihatan berbeza dari segi berat buah di tanah rata yang lebih rendah berbanding plot kawalan berikutan peningkatan buah di atas pokok. Di tanah tinggi, berat buah tiada perbezaan dengan plot kawalan walaupun buah di atas pokok telah meningkat.
Kesimpulan
Pekebun durian di Vietnam mula-mula menggunakan sungkupan berbentuk kain plastik untuk menutup tanah dengan tujuan mencipta suasana kering dan memupuk pokok berbunga lebih awal. Namun amalan ini kurang berjaya. Selanjutnya mereka menukar ke cara aplikasi paclobutrazol. Kali ini mereka memperolehi keputusan memuaskan. Bunga dan putik buah didapati datang lebih awal berbanding plot kawalan.
Aplikasi paclobutrazol amnya dijalankan sama ada melalui siraman akar atau semburan foliar. Oleh kerana ia adalah racun kimia, maka sisanya dalam pokok menjadi perhatian ramai. Dalam eksperimen ke atas tanaman mangga, sisa paclobutrazol didapati mengekal dalam tanah selama 11 bulan manakala hanya 3 bulan sahaja melalui semburan foliar.
Jika bahan ini digunakan dalam tempoh berpanjangan, sisanya akan meningkat. Hal sedemikian menjadikan aplikasi bahan ini disyorkan untuk berhenti selama 1 – 2 pusingan selepas aplikasi 3 – 4 pusingan berturut-turut untuk menunggu sisanya hilang. Dalam eksperimen ini, aplikasi paclobutrazol diberhentikan selepas tamat eksperimen. Keadaan tumbesaran pokok tetap sihat seperti sediakala.
Sebagai rumusan, paclobutrazol didapati berkesan dan digalakkan untuk diterapkan ke dalam penanaman mereka bagi memupuk pembungaan dan pembuahan berlaku lebih awal di luar musim. Hasil buah di luar musim dapat dijual dengan harga 3 kali ganda lebih mahal daripada buah di musim biasa di Vietnam.
Sumber maklumat :
Mai Van Tri et al.,”Paclobutrazol application for early fruit production of durian in Vietnam, Trop. Agri Develop. 55 (3):122-126, 2011.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd