You are currently viewing Asas Permintaan Minyak Sawit Global Dan Hala Tujunya

Asas Permintaan Minyak Sawit Global Dan Hala Tujunya

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pada tahun 2012, pengeluaran minyak sawit seluruh dunia mencapai 65 juta tan, merangkumi 58 juta tan minyak sawit mesokarp dan 6 juta 800 ribu tan minyak isirung sawit. Ini bersamaan pengeluaran 4 tan/ha minyak sawit secara purata. Prestasi hasil ini mendahului banyak minyak sayuran lain di kawasan beriklim sederhana yang hanya menghasilkan minyak sayuran 0.3 – 1.2 tan/ha.

Sehubungan itu, jumlah pengeluaran minyak sawit yang dinyatakan di atas hanya menggunakan jumlah keluasan tanah 15 juta ha manakala minyak sayuran lain untuk pengeluaran hasil minyak 87 juta tan sudah memerlukan keluasan tanah 194 juta ha. Daripada sini, jelas kelihatan penjimatan tanah penanaman sebanyak berkali-kali ganda berbanding pengeluaran minyak sayuran lain. Inilah salah satu kelebihan minyak sawit di masa kini memandangkan pengembangan tanah untuk membesarkan pengeluaran minyak sayuran melalui penebangan hutan sudah menghadapi jalan buntu sekarang. Banyak negara sudah berhati-hati dalam pengembangan tanah untuk penanaman sawit malahan tanaman minyak sayuran lain kerana berdepan dengan isu alam sekitar khususnya risiko peningkatan suhu udara di dunia. Inilah faktor utama yang mengekalkan minyak sawit sebagai sumber minyak sayuran utama.

Faktor kedua ialah corak pengurusan sawit berbanding tanaman minyak sayuran lain yang lebih menepati keadaan. Misalnya tanaman minyak sayuran lain perlu ditanam semula setiap tahun manakala sawit hanya ditanam semula pada setiap 20 – 30 tahun. Gangguan terhadap tanah justeru itu lebih sedikit jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Penggunaan alat perkakas dan alat pengangkutan di ladang sawit berlaku sepanjang tahun manakala tanaman minyak sayuran lain wujud dalam jangka masa tertentu terutama semasa kutipan hasil. Dari sudut ekonomi, keadaan ini dianggap tidak ekonomik. Tanaman buah zaitun dan tanaman kelapa hanya masing-masing menghasilkan 2.0 tan dan 0.3 tan/ha minyak sayuran, dengan kata lain, tiada tanaman lain yang lebih utuh daripada tanaman sawit dalam pengeluaran minyak sayuran.

Selain memperolehi kelebihan dari segi jumlah pengeluaran seunit tanah serta penggunaan alat ladang yang lebih cekap, harga minyak sawit juga lebih murah berbanding minyak sayuran lain. Umpamanya harga minyak sawit pada Nov 2013 berpurata USD 826, harga minyak sayuran bunga matahari dan minyak sesawi berpurata USD 1,020 menyatakan minyak sawit adalah lebih murah 20%. Minyak kacang soya dan minyak sesawi lebih mahal disebabkan oleh kandungan minyak oleic yang lebih tinggi. Minyak sawit juga boleh mencapai tahap kandungan minyak oleic ini tetapi keadaan ini perlu penyelidikan selanjut lagi. Kandungan minyak oleic amnya dianggap sebagai petunjuk kualiti minyak sayuran, justeru itu pembangunan sawit di masa hadapan juga perlu mengambil kira perkara ini.

Oleh kerana masa hadapan minyak sawit sangat cerah, Indonesia dari tahun 2005 – 2011 telah meningkatkan pengeluaran minyak sawit dari 15.60 juta tan setahun kepada 26.20 juta tan setahun iaitu peningkatan 68%, mendahului jumlah pengeluaran Malaysia. Dalam tempoh masa sama, Malaysia hanya berupaya meningkatkan hasil minyak sawit sebanyak 17% sehingga 18.20 juta tan pada tahun 2011 oleh sebab keluasan tanah penanaman yang terhad. Di masa hadapan, Malaysia hendaklah meningkatkan pengeluaran minyak sawit melalui peningkatan hasil minyak dalam seunit kawasan dan bukannya perluasan tanah penanaman, di samping juga menjaga alam sekitar dengan baik.

Keperluan minyak sawit akan meningkat berikutan peningkatan penduduk dunia serta perkembangan sosio-ekonomi global. Kelebihan minyak sawit ialah tanaman ini hanya boleh dikultur di kawasan tropika menjadikan negara-negara barat berasa bimbang terutama minyak sawit juga digunakan sebagai bahan biodiesel. Walaupun tahun-tahun kebelakangan ini negara kita dan Indonesia memperlihatkan suara boikot semakin lantang dari negara-negara barat, namun sehingga masa ini, minyak sawit dalam kegunaannya sebagai minyak biodiesel masih dapat dipertahankan serta tidak akan luput.

Minyak sawit pada tahun 2012 diimport oleh negara Kesatuan Eropah pada kadar 5.8% dariada jumlah pengeluaran keseluruhan, iaitu hanya lebih rendah sedikit daripada junlah import negara China pada 6.6%. Pada tahun sama India mengimport 12.6%. Negara-negara Arab, Pakistan dan Bangladesh semuanya adalah pengimport minyak sawit yang penting kerana telah mengimort sebanyak 22 juta tan minyak sawit untuk tujuan dijadikan minyak masak dan minyak dalam makanan. India, China, Kesatuan Eropah Eropah dan negara-negara Arab mengimport sejumlah 75% minyak sawit sedunia yang mana 85% (tahun 2013) datang dari Malaysia dan Indonesia. Peningkatan jumlah penduduk dan kemajuan sosio-ekonomi adalah perangsang terpenting dalam perkara ini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Pada hakikat, penambahan penduduk hanya salah satu faktor sekunder, umpamanya negara China yang mengalami peningkatan penduduk pada kadar sedikit tetapi permintaan terhadap minyak sawit adalah rancak, keadaan ini menggambarkan peningkatan pendapatan mereka yang selanjutnya merangsang mereka lebih mementingkan minyak sayuran berbanding minyak haiwan. Minyak sayuran seperti minyak sawit berharga lebih rendah berbanding minyak haiwan serta lebih berkhasiat dan berperisa lebih sedap adalah antara sebabnya. Menurut sumber, penggunaan minyak sayuran per kapita penduduk global telah meningkat dari tahun 1997 ke 2010 dari 11.3 kg kepada 15.9 kg. Kadar pertumbuhan sosio-ekonomi di negara Asia merupakan satu perangsang penting terhadap permintaan minyak sawit.

Di India, minyak sawit digunakan dalam bentuk minyak beku, di negara barat pula digunakan sebagai marjerin, minyak masak dan pembuatan biskut. Negara-negara Arab pula menggunakan minyak sawit dalam pembuatan sabun serta resipi pemakanan. Daripada sini, jelas kelihatan permintaan terhadap minyak sawit adalah lebih mirip ke arah minyak masak serta minyak dalam makanan, justeru pengembangan minyak sawit di masa hadapan hendaklah menumpukan perhatian terhadap isu ini.

Pada hari ini, seramai lebih satu bilion penduduk dunia menggunakan minyak sawit. Trend ini makin meningkat. Untuk menangani trend ini, maka peningkatan pengeluaran minyak sawit adalah wajib. Dalam proses peningkatan ini, kandungan asid oleic di dalam minyak sawit juga hendak ditingkatkan. Selain itu, juga perlu menurunkan kandungan asid palmitik tepu dan asid stearik dalam minyak. Walaupun kedua-dua bahan ini adalah wajib dalam pembuatan minyak beku seperti marjerin, namun kandungan asid oleic lebih digemari oleh pengguna atas sebab kualitinya lebih tinggi. Sebab itu, minyak sayuran lain yang amnya mengandungi asid oleic yang lebih tinggi itu memperolehi harga lebih premium daripada minyak sawit. Sebab lain ialah kandungan asid oleic yang lebih oleic yang lebih tinggi itu membolehkan perumusan yang lebih banyak. Maka itu, sekiranya minyak sawit ingin mendapat permintaan lebih tinggi lagi, isu ini juga perlu diberikan perhatian.

Dalam pada itu, produktiviti minyak sawit di Malaysia menurun sebanyak 9% daripada 4.7 tan/ha dalam tempoh tahun 2008 – 2012 manakala produktiviti tanaman minyak sayuran lain meningkat 1 – 2% setiap tahun. Perkara ini juga hendak dikaji selanjutnya. Sebab utama kebangkitan masalah ini dipercayai berpunca daripada kekurangan tanam semula sawit mengikut jadual. Jika penghasilan minyak sawit dapat ditingkatkan ke aras 10 – 20 tan/ha, maka jumlah pengeluaran minyak sawit negara akan berganda. Bagaimanapun, hal ini sebenarnya bergantung kepada penanam sama ada mereka menanam dengan baka berhasil tinggi atau tidak.

Peningkatan hasil minyak sawit boleh dilakukan melalui pengubahan genetik tanaman sawit serta kawalan penyakit dan perosak. Umpamanya meningkatkan fluk karbon tanaman ini ke arah pembentukan buah tandan sawit dan minyak sawit berbanding pertumbuhan vegetatif lain. Perkara ini pernah dilaporkan di bidang tanaman seperti kacang soya. Sains bio kimia dan teknologi genetik sudah mengenal pasti bahawa satu gen yang dinamakan sebagai WR11 dapat meningkatkan minyak terkumpul dalam tanaman. Peningkatan kandungan minyak sesawi dari 45% ke 65% telah membuktikan bahawa perkara ini bukanlah mustahil untuk menjadi kenyataan.

 

Sumber maklumat :

Denis J Murphy, ‘The Future of Oil Palm as A Major Global Crop : Opportunities and Challenges’, Journal of Oil Palm Research vol. 26(1) March 2014. MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :