Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Sawit klon (kultur tisu) telah bangkit sebagai satu kaedah yang membawa kemungkinan besar untuk merealisasikan peningkatan pendapatan pengusaha tanaman kelapa sawit melalui prestasinya yang lebih unggul berbanding DxP. Namun begitu, beberapa masalah yang berkaitan dengannya masih menjadi batu penghalang kepada penggunaan bahan tanaman ini di ladang secara lebih meluas.
Anak Benih Sawit Klon Lebih Mahal
Salah satu halangan tersebut ialah harga anak benih klon yang jauh lebih mahal sehingga RM25.00/pokok atau lebih berbanding dengan anak benih DxP yang hanya dijual lebih kurang RM10.00/pokok bergantung pada situasi semasa. Halangan kedua ialah fobia yang masih terpacak dalam hati pengusaha tanaman terhadap kadar abnormaliti klon sawit yang agak tinggi pada dulunya seperti yang pernah dilaporkan walaupun kadar abnormaliti ini telah diminimumkan ke tahap yang rendah (<0.51%) melalui teknik kultur tisu yang lebih maju dan pemilihan ortet yang lebih bermutu.
Masalah tersebut sungguhpun telah mengurangkan minat sesetengah pihak untuk menggunakan bahan tanaman ini, namun ia tidak dirintangi oleh sesetengah pihak yang lain untuk menggunakannya kerana menyedari akan kemampuan klon sawit memberi hasilan minyak yang lebih tinggi.
Menurut kajian ke atas klon sawit dari Agrocom Enterprise yang ditanamkan di Sabah dan Sarawak, pengeluaran hasil 10 tahun pertamanya mencatatkan hasilan minyak lebih tinggi lebih tinggi sebanyak 39% – 41% berbanding bahan tanaman DxP, manakala pengeluaran buah tandan segar juga lebih tinggi sebanyak 27% -29% berbanding DxP.
Kandungan Minyak Sawit Klon Lebih Tinggi
Pencapaian klon sawit tersebut adalah disebabkan oleh penambahan berat buah tandan (+4%) dan bilangan buah tandan secara signifikan (+25%). Kedua-dua hasil kajian itu menunjukkan bahawa klon sawit mampu memberi hasilan minyak melebihi 7.0 tan/ha/tahun, iaitu suatu pencapaian yang mendahului hasiln minyak purata kebangsaan di bawah paras 5.0 tan/ha/thn dan selangkah lagi mencabar hasilan minyak tanaman sawit pada 17.4 tan/ha/tahun secara teoritikal (Corley) atau 10 11 tan/ha/tahun
secara lebih realistik oleh Breure.
Dari segi kadar perahan minyak (OER), kajian tersebut yang berdasarkan buah tandan segar dikutip antara tahun 4 – 6 menunjukkan nisbah minyak/tandan klon sawit melebihi 2.3% secara konsisten berbanding DxP. Dengan menggunakan kadar konversi CIRAD pada 0.855, maka OER teoritikal untuk klon sawit tersebut ialah 23.8% berbanding 21.9% untuk DxP, iaitu lebih baik sebanyak 1.9%.
OER Juga Lebih Tinggi
Untuk menyelongkar potensi kandungan minyak yang sebenar dalam buah tandan segar klon sawit berbanding DxP, buah-buah tandan segar dari kedua-dua jenis bahan tanaman telah diproses oleh kilang sawit Saremas II di Sarawak. Daripadanya, didapati OER bagi sawit klon adalah + 2.6% lebih tinggi daripada DxP.
Bagi mengesahkan hasil kajian tersebut, prosesan seumpama itu dijalankan sekali lagi di kilang sawit Terusan di Sabah antara bulan Februari November 2001 dengan mengenakan standard penggredan buah tandan segar yang lebih ketat lagi. Sekali lagi OER sawit klon tetap lebih tinggi sebanyak + 2.0% berbanding DxP. Penemuan ini adalah konsisten dengan hasil analisis nisbah minyak/buah tandan yang menunjukkan kelebihan kandungan minyak pada sawit klon melebihi 2% berbanding sawit DxP.
Kajian tersebut ke atas tanaman klon sawit di Sarawak menunjukkan hasilan minyak berkumpul sawit klon untuk 7 tahun pertama pengeluaran hasil adalah lebih tinggi di antara 10% – 37% dengan purata 39% berbanding DxP atau bersamaan 10.9 tan/ha. Daripadanya, sawit klon telah menunjukkan kebolehan menghasilkan minyak sebanyak 7 tan/ha secara konsisten antara tahun 5 – 7 pertama pengeluaran hasil. Secara purata, hasilan minyak bagi sawit klon adalah 5.6 tan/ha berbanding dengan sawit DxP pada 4.0 tan/ha.
Di sabah, kajian berkenaan ke atas pengeluaran hasil sawit klon untuk 10 tahun pertama menunjukkan hasilan minyak berkumpul adalah 28% • 55% dengan purata 41% atau 20.1 tan/ha lebih tinggi daripada DxP. Penemuan di Sabah ini menampilkan merit sawit klon sekali lagi dari segi keupayaan menghasilkan minyak melebihi 7.0 tan/ha secara konsisten. Dalam tempoh penilaian tersebut, hasilan minyak tahunan sawit klon ialah 6.9 tan/ha berbanding sawit DxP pada 4.9 tan/ha.
Kesimpulannya, sawit klon berpotensi mengeluarkan hasil melebihi 30% berbanding DxP dengan menggunakan induk elit daripada famili yang unggul. Kajian dari kedua-dua penanaman sawit klon di Sabah dan Sarawak turut merentangkan sebab-musabab prestasi lebih unggul sawit klon berbanding dengan sawit DxP yang dibentangkan seperti berikut :

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
1. Penambahan Bilangan Buah Tandan
Di Sabah, tanaman sawit klon berkenaan didapati menghasilkan 158 buah tandan/pokok berbanding DxP pada 127 buah tandan/pokok iaitu melebihi sebanyak 25% dalam pemerhatian 10 tahun. Keadaan yang sama berlaku di Sarawak dengan kelebihan 13 buah tandan/pokok atau melebihi 11% dalam 7 tahun pertama pengeluaran hasil.
Penemuan ini menyokong jangkaan sebelum ini dengan anggapan sawit klon mampu mengeluarkan buah tandan 14 % lebih banyak daripada sawit DxP melalui penggunaan ortet terpilih (Durand-Gasselin et al, 1990). Hasil kajian ini juga secocok dengan penemuan di Semenanjung Malaysia yang turut menunjukkan penambahan hasil antara 28% – 41% dalam masa 3 tahun pertama pengeluaran hasil pada sawit klon berbanding DXP (Khaw dan Ng, 1997).
2. Kandungan Minyak Lebih Tinggi
Rekod hampir serupa telah diperolehi dari kajian di Sabah dan Sarawak yang masing- masing mencatatkan 41% dan 39% kelebihan kandungan minyak dalam 10 tahun pertama pengeluaran hasil. Penemuan ini selari dengan kajian oleh Chin dan Suhaimi (2000) yang mendapati klon terbaik mampu menghasilkan minyak yang lebih sebanyak 40% – 50% berbanding DxP.
Dari penilaian nisbah minyak/buah tandan yang dijalankan terhadap sawit klon, didapati nisbah mesokarp/buah (84.8%) dan nisbah minyak/mesokarp kering (77.3%) adalah tinggi. Di samping itu, set buah bagi sawit klon didapati lebih besar pada 16.7 g/biji berbanding 13.0 g/biji bagi set buah DxP. Laporan sebelum ini pernah menyatakan kandungan serabut dalam set buah yang besar adalah kurang berbanding set buah yang kecil, keadaan ini turut memberi kesan meningkatkan nisbah minyak/mesokarp kering yang seterusnya meninggikan nisbah minyak/buah tandan (Rajanaidu dan Jalani, 1993). Fruit set yang lebih besar juga meningkatkan bahagian tisu kandungan minyak.
Catatan : Beberapa bencana alam iaitu banjir (sebanyak 6 kali dalam masa 10 tahun) dan musim kemarau (antara bulan Januari – May 1998) telah berlaku ke atas kawasan kajian dan mempengaruhi hasil kajian yang barangkali lebih baik lagi sekiraanya tidak berlaku kejadian tersebut. Insiden-insiden itu mengganggu pertumbuhan awal pokok dan fisiologinya sehingga menyebabkan keguguran tandan (bunch abortion).
Masa yang panjang telah diambil oleh pokok untuk berpulih daripada gangguan tersebut. Seperti yang dicatatkan, pokok sawit klon dan DXP mengambil masa 2 tahun untuk memulih daripada kesan musim kemarau itu. Kesan pemulihan tersebut disedari melalui pemulihan pengeluaran hasil ke tahap normal, iaitu antara bulan 97 144 lepas tanam). Dalam tempoh masa ini, sawit klon tetap mencatatkan hasil lebih baik sebanyak 17% – 21% berbanding hasil sawit DxP.
Selain itu, beberapa plot kajian mengalami kadar pendebungaan yang lemah walaupun gejala ini adalah sementara dan pulih melalui penyelarasan diri apabila umur pokok meningkat. Namun, daripadanya tersurat pula suatu gejala yang mirip berlaku ke atas penanaman sejenis sahaja sawit klon yang mana sifat keseragaman dan sinkronik pembungaan yang tinggi menyebabkan kadar pendebungaan yang rendah khususnya di bahagian tengah plot.
Keadaan ini dfahami sebagai pengeluaran bunga jantan yang tidak mencukupi oleh pokok-pokok sebaya yang mengeliling di sekitarnya untuk mendebungakan kesemua bunga betina yang mengorak serentak. Kadar pendebungaan yang lemah ini kemudian bertambah baik sedikit baik sedikit melalui amalan pangkasan bagi menggalak pengeluaran bunga jantan. Dalam plot kajian yang spesifik ini, pengeluaran hasil sawit DxP adalah lebih baik daripada sawit klon mengimplikasikan penanaman DxP mempunyai kebaikannya dari segi ini.
Sumber Maklumat :
Simon S and Koh H. L., “An Update on Performance of Tissue Cultured Oil Palm Clones in PPB Oil Palm Berhad – East Malaysia”, Proceedings of the 2005 National Seminar on Advances in Breeding and Clonal Technologies for Super Yielding Planting Materials, Editors Ahmad Kushairi, Ariffin Darus and Maizura Ithnin, MPOB, 2005.