You are currently viewing Perbandingan Prestasi Rockmelon Menggunakan Tiga Teknik Penanaman

Perbandingan Prestasi Rockmelon Menggunakan Tiga Teknik Penanaman

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Rockmelon, di antaranya jenis Cataloupe, merupakan tanaman buah-buahan yang juga diusahakan oleh petani di Thailand dengan keluasan 2,000 hektar. Kebanyakan penanaman mereka itu dijalankan di atas tanah terbuka. Amalan ini tidak melibatkan penggunaan teknologi justeru lebih mudah dan murah berbanding cara lain. Padahal, tanaman rockmelon boleh juga diusahakan secara fertigasi sama ada terus ke atas tanah ataupun menggunakan polibeg serta juga secara hidroponik. Adakah berbaloi menerapkan kaedah penanaman ini ke atas tanaman rockmelon?

Pusat Penyelidikan di Thailand pernah menjalankan satu ekspermen untuk membandingkan keberkesanan ketiga-tiga teknik ini terutama dari segi pengeluaran hasil dan kualiti buah yang terhasil. 4 jenis cataloupe telah digunakan dalam eksperimen itu. Segala amalan perbandingan dilakukan mengikut kaedah standard. Ketiga-tiga teknik ini yakni hidroponik (tanpa tanah), penanaman fertigasi terus ke atas tanah dan fertigasi polibeg dijalankan dalam kawasan eksperimen yang ada pelindung hujan.

Hasil Eksperimen

Plot hidroponik memperolehi purata hasil dan berat buah yang lebih tinggi sebanyak 66% dan 65% berbanding plot fertigasi terus ke tanah. Penemuan ini selaras dengan laporan Singer et al (2013) yang menyatakan hidroponik menghasilkan kualiti buah (kepadatan, ketebalan, kelebaran dan berat buah) lebih tinggi jika dibandingkan dengan fertigasi terus ke tanah. Penanaman tomato juga mempunyai kesan serupa ini.

Dilihat dari segi puncanya, tanaman rockmelon dalam plot hidroponik telah menerima air yang lebih banyak justeru meningkatkan berat buah. Sistem akar dalam rawatan ini juga menyerap lebih banyak ion nitrogen dan melahirkan tumbesaran pokok yang lebih baik. Perkara ini penting memandangkan tumbesaran pokok yang lebih besar bermakna daun juga lebih rimbun dan membolehkan proses fotosintesis berlaku dengan lebih cekap untuk menghasilkan lebih banyak buah. Perkara ini pernah juga dilaporkan dalam kajian Bish et al (1997), Hennion et al (1997) dan Ei-Behairy (2008).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Namun, prestasi tanaman rockmelon dalam plot hidroponik bukanlah yang terbaik, sebaliknya pengeluaran hasil dan berat buah didahului oleh plot fertigasi polibeg sebanyak 71%. Jika dibandingkan dengan rawatan fertigasi terus ke tanah, rawatan fertigasi polibeg menunjukkan kelebihan prestasi sebanyak 184% iaitu hampir dua kali ganda lebih tinggi. Dari sini, jelas kelihatan hasil dan berat buah di plot fertigasi terus ke tanah amat rendah.

Kesan ini berlaku ekoran buah yang diperolehi dalam plot fertigasi polibeg berjaya menghasilkan buah lebih besar dengan isi buah yang juga lebih tebal. Tumbesaran pokok (ketinggian dan saiz batang pokok) dalam plot ini juga lebih besar berbanding kedua-dua teknik yang lain. Dengan ini maka tidak hairanlah plot ini mencapai prestasi terbaik. Malahan, kualiti buah juga tertinggi di antara ketiga-tiga teknik ini.

 

Sebagai rumusan, kadar larut resap nutrien yang lebih tinggi dalam plot fertigasi terus ke tanah adalah punca utama yang menyebabkan prestasinya paling rendah. Menurut kajian itu, penyerapan NPK bagi plot ini masing-masing ialah 70%, 30% dan 70%, yang baki sudah hilang melalui larut resap. Dalam plot hidroponik, keadaan ini tidak berlaku atau hanya berlaku secara minimum. Peninjauan ke atas tahap nutrien ke atas ketiga-tiga plot ini mendapati plot fertigasi polibeg adalah yang tertinggi berbanding plot lain justeru mendatangkan hasil dan kualiti buah yang tertinggi. Dari sini, jelaslah bahawa tahap nutrien sama ada cukup atau tidak memainkan peranan terpenting dalam memperkasakan prestasi tanaman rockmelon.

Bahan rujukan :

Bancha Wiangsamut et al., ‘Yield, fruit quality and growth of 4 cataloupe varieties grown in hydroponic system and drip irrigation systems of substrate and soil culture’, International Journal of Agricultural Technology 2017 vol. 13 (7.1): 1381-1394.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :