You are currently viewing Model Menjadi Kaya Melalui Tanaman Nanas MD2

Model Menjadi Kaya Melalui Tanaman Nanas MD2

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Nanas MD2 telah di kenal pasti sebagai tanaman berbaloi untuk diusahakan. Pendapatan kasar yang boleh diraih melalui tanaman ini dianggarkan RM100,000 – RM127,000 se hektar semusim dan keadaan ini merangsang ramai untuk menceburi ke bidang tersebut.

Namun, bukan semua petani berpengalaman mengusahakan tanaman ini terutama dalam aspek kawalan penyakit dan perosak yang mungkin membawa kerugian besar jika kejadian seumpama itu berlaku. Oleh yang demikian, di sini disyorkan satu model penanaman MD2 yang berdasarkan kemampuan sendiri (tidak meminjam) dan melakukan selangkah demi selangkah agar tidak menimpa kerugian yang besar sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan. Model ini pernah disampaikan oleh Encik Azuan Abdullah di laman internet selaku seorang penanaman MD2 yang telah berjaya selepas mengalami kegagalan di tahap awal.

Model ini menyarankan supaya nanas MD2 ditanam pada skala yang kecil di tahap permulaan. Tahap ini membolehkan petani berjinak-jinak terlebih dahulu dengan tanaman ini seperti memahami tabiat tanaman, kaedah penanaman, dos baja diperlukan, kawalan penyakit dan perosak dan sebagainya sebelum melanjutkan penanaman ke skala yang lebih besar pada tahun-tahun berikut.

Beliau bermula dengan 3,000 pokok MD2 pada tahun pertama, ibarat pepatah jangan tamak kira-kira, kaya slow-slow bagi mengingatkan petani yang mungkin tidak ternanti-nanti lagi bagi mendapat kekayaan di bidang ini. Segalanya perlu bermula dengan pemahaman yang betul-betul mengenai segala aspek tanaman ini. Di tahap ini, petani hendaklah bertanam dengan bersungguh-sungguh dan mendidik tanaman sehingga sihat dan subur, malahan sehingga boleh mendapat 95% buah gred A yang manis, besar dan cantik bentuknya.

Selepas itu beliau menjalankan aruhan bunga untuk 500 pokok seminggu dahulu sambil mencari kawan-kawan sekitaran yang berminat untuk membeli buah nanas apabila masak nanti. Langkah ini penting kerana pada tahap permulaan ini, hasil buah boleh dijual secara runcit kepada mereka dengan tujuan mendapat maklum balas mengenai kualiti buah serta mungkin juga boleh menjual anak benih (sulur) kepada mereka apabila hasil telah banyak nanti.

Ditanya mengenai kenapa tidak menanam sehingga satu ekar di tahap permulaan ini, beliau memberi jawapan bahawa jika satu ekar dirancangkan, maka petani akan memerlukan 14,688 anak pokok. Dengan kiraan satu anak benih membawa kos RM1.50/batang, maka keseluruhan kos pembelian anak benih sahaja telah menjangkaui RM22,032/ekar, ini belum termasuk lagi kos lain yang keseluruhan boleh mencapai RM40,000/ekar.

Sekiranya penanaman ini gagal akibat serangan penyakit ataupun berlaku kejadian bencana atau hasil tidak terjual, kerugian ini akan menghancurkan semangat petani. Oleh itu lebih baik biar lambat asalkan selamat. Dengan tanaman setakat 3,000 pokok, kerugian keseluruhan termasuk anak benih hanyalah RM9,000 berbanding RM40,000.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Selepas 1 tahun, pokok nanas sudah matang dan andaikan 85% pokok mengeluarkan 5 anak benih maka akan mendapat 12,750 anak benih (3,000 pokok x 85% x 5). Jumlah ini sudah cukup untuk menanam satu ekar pada tahun kedua, bermakna petani sudah dapat menjimat RM19,250 untuk membeli anak benih dari orang lain.

Pada tahun ketiga, kita sudah dapat kutip buah daripada 12,750 pokok itu serta penghasilan anak benih sebanyak 54,187 pokok (12,750 pokok x 85% x 5). Seterusnya pada tahun keempat kita menanam kesemua 54,187 pokok itu di kawasan seluas 3.6 ekar. Sekali lagi kita menjimat kos belian anak benih sebanyak RM81,280 (54,187 pokok x RM1.50).

Dengan kata lain, bermula dengan 3,000 pokok pada tahun pertama, akhirnya pada tahun keempat kita akan mendapat 54,187 pokok dengan penjimatan belian anak benih sebanyak RM81,280.

Model di atas ini memberi satu gambaran bagaimana tanaman nanas MD2 boleh diusahakan melalui penjanaan anak benih di kebun sendiri tahun demi tahun tanpa membelinya dengan orang lain dan ini merupakan satu penjimatan yang besar.

Model ini belum kira lagi pendapatan yang boleh dijana melalui jualan buah dengan harga ladang RM2.00/kg. Jumlah hasil buah untuk keempat-empat tahun itu ialah 69,937 biji (3,000 + 12,750 + 54,187) dan setiap biji buah membawa berat 1.2 kg-2.5kg iaitu berpurata 1.85 kg/biji. Diandaikan 85% daripada jumlah ini menghasilkan buah gred A dengan harga RM2.00/kg, maka jumlah pendapatan kasar menjual buah sahaja ialah RM219,952.00.

Jika jumlah ini dibahagikan kepada empat tahun, maka akan mendapat RM54,988/tahun untuk kawasan penanaman antara kurang seekar sehingga 3.6 ekar. Pendapatan akan terus meningkat saban tahun dengan kadar berganda-ganda. Oleh itu, jika projek penanaman nanas MD2 boleh dilangsungkan sehingga akhir tahun keenam, dijangka petani akan mampu meraih pendapatan juta ringgit.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Sila kongsi kepada kawan :