You are currently viewing Kalium Sulfat (SOP) Meningkatkan Warna Merah Laici Menjadikan la lebih Menaik

Kalium Sulfat (SOP) Meningkatkan Warna Merah Laici Menjadikan la lebih Menaik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Warna buah merupakan faktor penting dalam indeks kegemaran pengguna. Warna merah cerah pada buah laici dihubungkaitkan dengan kehadiran antosianin yang tinggi. Namun, mengikut sumber, warna buah ini yang kadangkala cetek menjadikan buah tidak menarik kepada pengguna serta wujud sebagai penghalang kepada daya maju penanam buah-buahan ini. Buah laici adalah sejenis tanaman tropika dan subtropika tetapi ia juga tahan terhadap iklim sederhana sejuk. Pokok laici boleh tumbuh hingga ketinggian 30 meter dan mempunyai hayat hidup yang lama.

Untuk mengatasi masalah warna cetek ini, eksperimen telah dijalankan di negara China dengan menyembur beberapa larutan foliar seperti kalium dihidrogen fosfat, kalium klorida, kalium sulfat (SOP) dan magnesium sulfat untuk menilai keberkesanan mereka dalam meningkatkan warna buah laici supaya lebih menarik. Kesemua baja foliar ini bertujuan meningkatkan kandungan pigmen di kulit buah tersebut.

Selepas semburan, plot yang disemburi dengan kalium sulfat (SOP) menghasilkan populariti tertinggi kerana berjaya meningkatkan warna merah buah laici. Semburan K dan Mg walaupun menurunkan pigmen kuningnya tetapi mampu meningkatkan pigmen merah buah. Semburan dengan kalium dihidrogen sulfat pula mengalami sedikit penurunan antosianin.

Semburan dengan kalium sulfat menjana peratusan cyanidin-3-glucoside paling tinggi. Unsur ini didapati lebih superior daripada kandungan antosainin dalam penjanaan warna merah laici. Justeru itu, semburan dengan bahan ini disyorkan untuk meningkatkan kesan tarikan warna buah laici serta merupakan satu pendekatan baik bagi menyelaras dan memperbaiki pigmentasi serta kualiti buah laici.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

 

Sumber maklumat :

Xuexia Su et al., “Potassium sulfate spray promotes fruit colour preference via regulation of pigment profile in litchi pericarp”, Frontiers in Plant Science, 2022.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com