You are currently viewing Pengeluar Utama Kelapa Di Dunia

Pengeluar Utama Kelapa Di Dunia


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

1. Indonesia

Sehingga tahun 2021, Indonesia menduduki tempat pertama di dunia dalam pengeluaran kelapa. Negaranya menghasilkan 17.13 juta tan kelapa setahun. Kebanyakan kelapa dihasilkan di pulau Sulawesi Utara. Kelapa banyak dieksport ke luar negara.

2. Filipina

Filipina adalah pengeluar kelapa kedua terbesar di dunia dengan kuantiti 14.77 juta tan setahun. Sebelumnya, negara ini adalah pengeluar kelapa terbesar di dunia sebelum didahului oleh Indonesia. Hampir 1/4 tanah pertanian di negara ini ditanami kelapa. Kawasan Luzon, Mindanao Selatan dan Kepulauan Visayas Timur di negara itu merupakan tempat pengeluaran kelapa utama.

3. India

Pengeluar ketiga ialah India, menghasilkan sejumlah 14.68 juta tan setahun, hanya kurang sedikit berbanding pengeluaran di Filipina. Tanaman ini sangat penting kepada penduduk di negara itu khasnya di kawasan luar bandar sebagai sumber sara hidup mereka.

4. Sri Lanka


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Negara ini hanya mengeluarkan 2.51 juta tan kelapa setahun, tidak jauh berbeza dengan Brazil. Iklim di negara ini adalah panas lembap justeru sesuai untuk tanaman ini hidup subur di situ.

5. Brazil

Brazil menduduki tempat ke-5 dalam pengeluaran kelapa di dunia. Jumlah hasil setahun ialah 2.33 juta tan.

Kedudukan ke-6 hingga ke-10 terdiri daripada Vietnam (1.68 juta tan), mexico (1.29 juta tan), Papua New Guinea (1.19 juta tan), Thailand (0.81 juta tan) dan Malaysia (0.54 juta tan).

 

Sumber maklumat :

WorldAtlas, 2021.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com