You are currently viewing Sebab-Musabab Bunga Tanaman Cili Gugur Serta Tidak berbuah

Sebab-Musabab Bunga Tanaman Cili Gugur Serta Tidak berbuah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Seperti tanaman buah yang lain, apabila pokok cili mengutamakan pertumbuhan vegetatifnya, maka gejala pokok kurang atau langsung tidak berbuah akan berlaku. Pertumbuhan vegetatif yang terlalu cergas dapat dilihat apabila pokoknya banyak mengeluarkan pucuk serta memanjang dengan cepat. Beberapa faktor telah dikenal pasti akan menyebabkan simptom ini berlaku, seperti berikut :

1. Pembajaan Tidak Rasional

Aplikasi baja yang tinggi kandungan nitrogen (N) serta kandungan fosforus (P) dan Kalium (K) yang rendah akan menyebabkan ketidakseimbangan baja berlaku. Fosforus dalam tanah tidak mempunyai mobiliti yang baik, keadaan ini memburukkan situasi ini. Pada masa yang sama, kehadiran nutrien surih dalam tanah mungkin juga berkurangan. Ketidakseimbangan ini mengakibatkan pokok cili juga hilang keseimbangan fisiologi dan menyebabkan bunga gugur dan buah tidak menjadi.

2. Bekalan Air Berlebihan

Sesetengah petani beranggapan bekalan air yang banyak akan melestarikan tanaman cili. Tanggapan ini kurang tepat. Air berlebihan dalam tanah akan menyebabkan pertumbuhan sistem akar tanaman cili hilang keseimbangan. Keadaan ini selanjutnya akan mencenderungkan tanaman mengutamakan bekalan nutrien kepada pertumbuan vegetatif. Keperluan mekanisme pengeluaran menjadi sekunder dan menyebabkan bunga gugur dan buah juga tidak menjadi.

3. Suhu Udara terlalu Tinggi Atau Rendah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Tanaman cili tidak sesuai hidup dalam keadaan suhu udara yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. la sejenis tanaman yang gemar terhadap cuaca sederhana panas sahaja. Jika suhu udara ekstrim berlaku, percambahan tiub bunga dan kesempurnaan stigma akan terjejas. Pendebungaan tidak dapat berlaku dengan sempurna selepas itu dan akhirnya bunga akan gugur. Suhu udara waktu malam yang tinggi boleh menyebabkan gejala pengutamaan pertumbuhan vegetatif berlaku. Keadaan ini akan menyekat fungsi mekansime pengeluaran hasil. Suhu siang antara 20 – 27°C dan suhu malam 13 18°C adalah optimum untuk pengeluaran hasil tanaman ini.

4. Penerimaan Cahaya Matahari Tidak Mencukupi

Hari mendung yang banyak menyebabkan penerimaan cahaya matahari tidak mencukupi, ada pengusaha menanam cili dalam struktur perlindung hujan yang juga menyebabkan keadaan ini berlaku. Proses fotosintesis menjadi lemah dalam keadaan ini kemudian merendahkan penjanaan jirim kering dalam tanaman cili adalah antara faktor yang menyebabkan bunga gugur dan buah tidak menjadi.

5. Ketoksikan Hormon Tumbuhan Berlaku

Tanaman cili sering disemburi dengan bahan berasaskan hormon penggalak hasil. Walaupun amalan ini mendatangkan manfaat tertentu, tetapi jika dos dan kepekatan semburan atau jenis penggalak tidak sesuai digunakan, ia akan menyebabkan gejala ketoksikan berlaku terhadap tanaman cili. Keadaan ini menyebabkan organ pengeluaran hasil terjejas. Bunga gugur adalah kesan berikutnya.

6. Ketoksikan Baja dan Racun Serta Serangan Penyakit

Amnya, kepekatan baja dan racun yang tinggi sering mengakibatkan gejala bunga gugur. Kepekatan yang tinggi ini bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap pokok, malahan juga menyebabkan tanah menjadi masam dan seterusnya mengganggu pengembangan sistem akar pokok cili. Dalam keadaan sebegini, tanaman cili tidak dapat tumbuh dengan baik malahan bunga akan gugur dan buah juga tidak menjadi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :