Daun adalah media tanaman sawit untuk mendapatkan makanan melalui proses fotosintesis. Daun berkurangan 50% dianggarkan akan menrencatkan penghasilan sawit sebanyak 30 – 50%. Malahan, kehilangan daun 10 – 13% akibat serangan serangga perosak akan menyebabkan kehilangan hasil 33 – 40%. Serangan ulat bungkus mempunyai risiko seumpama ini kerana perosak ini akan makan kesemua daun dan meninggalkan tulang daun sahaja.
Walaupun ulat bungkus dapat dikawal dengan racun kimia, tetapi itu bukan strategi berpanjangan. Umumnya selepas semburan racun berhenti, lambat-laun serangan akan bermula sekali lagi. Di masa kini, sudah terdapat seruan supaya menjaga alam sekitar melalui penggunaan kaedah kawalan yang lebih mesra alam. Justeru itu penanaman tumbuhan bermanfaat menjadi fokus mereka dalam usaha membendung dan membanteraskan ulat bungkus.
Sejauh ini terdapat beberapa tumbuhan bermanfaat yang mengeluarkan nektar atau madu di bahagian pangkal pucuk, pangkal daun serta bunga. Nektar ini akan menarik kedatangan serangga bermanfaat. Tumbuhan bermanfaat hendaklah dibincangkan bersama serangga bermanfaat kerana kehadiran tumbuhan ini sebenarnya untuk menyediakan bekalan makanan (nektar) kepada mereka.
Serangga bermanfaat yang dimaksudkan merangkumi 2 jenis iaitu pertama pemusuh (predator) iaitu serangga berbadan lebih besar yang akan menyerang ulat bungkus secara terus. Kedua ialah parasitoid, ia sejenis serangga berbadan lebih kecil yang akan menusuk tiub pembiakan ke dalam badan ulat bungkus kemudian menelur di dalam. Ulat bungkus akan mati setelah telur tersebut menetas. Dengan kata lain, populasi kedua-dua jenis serangga bermanfaat ini jika dapat dibanyakkan di ladang sawit, maka ia dapat menjalankan kawalan berkesan terhadap serangan ulat bungkus ke atas tanaman sawit.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Keberkesanan tumbuhan bermanfaat terletak pada kandungan nektar di bahagian pokok sama ada pangkal pucuk, pangkal daun atau bunga. Dalam aspek ini, satu kajian oleh pemain industri telah menyimpulkan kesan-kesan penarikan serangga bermanfaat mengikut keutamaan mereka. Kesan yang paling baik ialah menanam Euphorbia heterophylla, diikuti oleh Cassia cobanensis, Turnera subulata, Antigonon leptopus, Vitis japonica dan akhirnya Turnera ulmifolia. Ini kerana Euphorbia heterophylla dapat menarik kedatangan paling banyak serangga bermanfaat untuk menghinggap kemudian diikuti oleh yang lain-lain mengikut kedudukan yang ditetapkan seperti di atas.
Pemusuh ulat bungkus yang paling baik termasuk Sycanus dichotomus, C. Arcufer, Platynopus melacanthus dan Cosmolestes picticeps yang sama-sama menyerang terus ke atas ulat bungkus. Parasitoid pula termasuk Eurytoma sp., Dolichogenidae metesea, Brachymeria carinata. carinata. Paraphylax Paraphylax varius, Eupelmus catoxanthae dan Goryphus bunoh.
Dengan kehadiran serangga-serangga bermanfaat ini di ladang sawit, kawalan yang dijalankan terhadap ulat bungkus tentu mesra alam di samping juga percuma dan berpanjangan selagi tumbuhan bermanfaat terus wujud di ladang untuk membekal makanan serta menyediakan tempat penginapan kepada mereka. Kawalan semula jadi ini dapat menjimat wang peladang untuk membeli racun serangga kimia.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd