All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Keluarga betik merangkumi 4 genera yakni Cyclimorpha, Jacaratia, Jarilla dan Carica. Di antara 4 genera ini, hanya Carica yang berpotensi komersial kerana kebanyakan buahnya boleh dimakan segar. Genera Carica pula mengandungi 40 spesies yang mana spesies Carica papaya wujud sebagai satu-satunya kultivar paling popular dan ditanam secara meluas di merata-rata kawasan tropika di dunia.
Carica papaya atau bahasa Melayunya betik, adalah berasal dari benua Amerika Tengah. Pembentukannya dipercayai berhasil daripada kacukan dua genera. Lebih 400 tahun lalu, betik dibawa dari tempat asalnya oleh orang Sepanyol ke Filipina, kemudian orang Portunis pula menyebarkannya ke Melaka dan India. Di abad ke-18, ke-18, tanaman betik sudah luas menyebar di kepulauan Pasifik termasuk Hawaii. Di India, Mexico dan sesetengah negara di Amerika Selatan serta Afrika dan Filipina, tanaman ini dikultur sebagai tanaman ladang.
Hayat tanaman betik umumnya mencapai 15 tahun dengan ketinggian lebih 10 meter, namun hayat ekonomi biasanya di sekitar dua tahun sahaja. Ini kerana buah yang tumbuh terlalu tinggi susah untuk dituai, tambahan hasil sudah menurun selepas dua tahun ditanam.
Keunikan tanaman betik terletak di aspek pembentukan bunga sama ada bunga jantan, bunga betina ataupun bunga dwijantina. Pokok jantan sungguhpun dikategorikan sebagai pokok tidak akan berbuah, tetapi dalam keadaan spesifik, pokok jantan juga boleh berbuah sebiji dua. Pokok bentina dan dwijantina mempunyai nilai komersil yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buah dari pokok betina kurang diminati pengguna kerana ia berbentuk bulat. Sebaliknya buah dari pokok dwijantina lebih disambut baik oleh pengguna kerana bentuk buah yang lebih bujur justeru kelihatan lebih canggih. Keadaan ini menyebabkan petani lebih suka untuk menanam pokok dwijantina. Lagipun, harga pasaran bagi buah dari pokok dwijantina sebenarnya satu kali ganda lebih tinggi daripada buah dari pokok betina.
Malangnya pokok betina dan pokok dwijantina tidak dapat dibezakan di peringkat anak benih. Sebab itu, petani amnya akan menanam 23 anak benih di setiap lokasi. Lebih kurang 4 bulan kemudian, pokok akan berbunga, maka berdasarkan bentuk bunga baru dapat menentukan manakah satu pokok betina dan mana satukah pokok dwijantina. Bunga betina biasanya lebih membulat manakala bunga dwijantina lebih membujur. Hanya pokok dwijantina yang akan dikekalkan, pokok bentina pula dicabut.
Selain ketiga-tiga jenis bunga ini, tanaman betik kadang-kadang juga menghasilkan bunga pondan yang jika berjaya membentuk buah, buahnya juga kurang berkualiti. Secara umumnya, tanaman betik sememangnya mempunyai pokok betina, pokok jantan dan pokok dwijantina dalam populasi masing-masing. Penebangan pokok jantan oleh petani lama-kelamaan telah menghasilkan pokok dwijantina sebagai hasil evolusi tanaman ini.
Pendebungaan tanaman betik amnya disempurnakan oleh angin, tetapi hinggapan kupu-kupu ke atas bunga betik secara tidak sengaja telah menyempurnakan proses pendebungaan. Bunga betik tidak mengandungi madu, oleh itu hinggapan kupu-kupu ini disifatkan sebagai “kesilapan munasabah” kerana berjaya mendebungakan bunga pokok betik.
Di seluruh dunia, jenis betik tulen dilaporkan tidak banyak dijumpai kerana kacukan banyak berlaku ke atasnya sehingga ketulenan semakin lenyap. Namun begitu, kultivar kacukan yang ada di merata-rata dunia memanglah banyak sehingga tidak terhingga. Di Malaysia sahaja, kultivar yang yang dimport ialah Cibinong dari Indonesia, Sunset dan Sunrise Solo dari Hawaii, Sunnybank dari Australia, Honeydew dari India, Maradol dari Cuba, Cavite dan Peradeniya dari Filipina dan Kokdum dari Thailand.
Di Malaysia, kultivar Solo menunjangi kesemua betik komersial di negara ini, berat buahnya di antara 350 – 500 g sangat sesuai untuk dimakan seorangan. Baka Solo mula dilancarkan di Hawaii pada tahun 1910. Keturunan baka ini telah diwariskan melalui pendebungaan diri dan silang kemudian memecah kepada beberapa cabang lain termasuk Titisan 5, Titisan 8, Titisan 10, Kapoho Solo, Sunrise Solo, Waimanalo, Hinggins, Wilder dan sebagainya. Sunrise Solo adalah kultivar terpenting sekali.
Di Malaysia, beberapa kultivar telah diusahakan oleh MARDI dan menghasilkan kultivar Eksotika, Batu Arang, Sitiawan, Subang dan Taiping 2. Di bawah ini dihuraikan beberapa kultivar penting di Malaysia yang popular ditanami oleh petani baik dalam keadaan semasa mahupun masa yang lepas.
Sunrise Solo
Kultivar ini dimport oleh MARDI pada tahun 1972 kemudian dikaji selidik di Malaysia. Namun kultivar ini mungkin sudah ditanami oleh petani sebelum itu. Buah Sunrise Solo adalah kecil, beraroma dan diminati ramai. Pokoknya akan menghasilkan buah matang selepas 46 minggu ditanam. Buah pertama boleh kelihatan tumbuh pada ketinggian pokok di sekitar 3 kaki dari aras tanah. Kanopi pokok juga kemas membolehkan petani menanam dengan lebih padat iaitu penanaman sebanyak 2,000 pokok/ha adalah perkara biasa. Buah Sunrise Solo dari pokok dwijantina berbentuk seperti “horlor” dan sangat menarik, bagamanapun, buah dari pokok betina adalah membulat.
Walaupun kualiti kedua-dua jenis buah ini adalah sama, tetapi pengguan lebih minat terhadap buah dwijantina. Berat purata buah jenis ini di sekitar 350 g, harga pasarannya juga lebih tinggi berbanding buah betina (500 g). Di Hawaii, corak kegemaran terhadap buah dwijantina juga wujud menyatakan sifat kegemaran ini adalah sejagat justeru menjadi kayu ukur penting bagi buah komersial. Walaupun buah Sunrise Solo kecil tetapi kelebihannya ialah buah yang matang adalah beraroma serta kandungan gula yang lebih tinggi (15.5% -16%).
Sunrise Solo memberi hasil 45 tan/ha/tahun di Hawaii tetapi di malaysia, hasilnya hanya 23 – 25 tan/ha/tahun. Keadaan ini disebabkan oleh buah yang kecil, bunga tidak menjadi buah pada kadar 12% semasa tahun pertama dan meningkat kepada 34% pada tahun kedua. Pada tanggapan umum, kultivar ini adalah antara betik yang tulen, 99% bunga dwijantinanya boleh melakukan pendebungaan diri, hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan debunga yang ada semasa bunga mula berkembang. Kesediaan debunga ini dipercayai juga membantu dalam mengekalkan ketulenan baka ini. Dari segi agronomi, hasil Sunrise Solo agak stabil tetapi saiz buah yang kecil sering mempengaruhi jumlah hasilnya. MARDI telah mengggunakan baka ini untuk menghasilkan beberapa kultivar yang bersaiz lebih besar.
Subang 6
Pada tahun 1972, MARDI telah memperolehi baka Subang dari kawasan Subang, Selangor kemudian membiak baka sebanyak 8 generasi baharu menghasilkan kultivar ini. Didapati kultivar ini selain sesuai dimakan segar, ia juga sesuai untuk diproses. Baka Subang menunjukkan pertumbuhan yang cergas di peringkat awal justeru menyumbang kepada pengeluaran hasil yang lebih awal yakni di antara 42 – 44 minggu selepas ditanam. Bentuk pokok Subang 6 adalah separuh katek, buah pertama boleh kelihatan pada pokok di bahagian 47 -60 cm dari permukaan tanah. Jika dibandingkan dengan Sunrise Solo, ruas pokok ini agak pendek, keadaan ini telah menutupi kelemahan pokok yang amnya bergejala tidak berbuah sehingga 56% pada tahun pertama kemudian meningkat kepada 75% pada tahun kedua. Oleh kerana ruas pokoknya pendek, pengeluaran hasil walaupun tidak optimum juga kurang dapat dikesan. Lagipun, ruas pokok yang boleh berbuah itu amnya mengeluarkan lebih sebiji buah.
Bentuk buah dari pokok dwijantina bagi kultivar ini menyerupai bentuk botol yang panjang manakala buah dari pokok betina pula lebih bulat sedikit. Kulit buah Subang 6 mula menukar ke warna kuning apabila matang, warnanya juga agak seragam dan canggih dengan bintik kulit yang amat kurang. Di samping itu, isi buah adalah kemerah-merahan tetapi kemanisannya adalah lebih rendah di sekitar 10.5% 11.5%, cita rasa pun agak lemah. Berat purata buah betik Subang 6 adalah di sekitar 1.3 kg.
Hasil bagi pokok Subang 6 mencatatkan 40 tan/ha, tetapi hasilnya tidak konsisten. Apabila diserangi rumpai, pokok mungkin tidak menghasilkan buah langsung atau penghasilan buah secara berputus-putus. Keadaan ini menunjukkan kultivar ini sangat peka dan lemah terhadap persaingan.
Sitiawan
Kultivar Sitiawan juga mempunyai bentuk buah yang panjang malahan lebih berat sehingga 1.5 – 2.5 kg. Hasilnya lebih kurang sama dengan kultivar lain. Buah pertamanya boleh dilihat di aras 2.6 kaki dari permukaan tanah. 12% daripada ruas yang boleh berbuah mampu menghasilkan lebih satu biji buah. Kepadatan bagi kultivar ini dicadangkan 1,500 pokok /ha. Pokok tidak berbuah pada tahun pertama dan kedua masing-masing di antara 65 – 68%. Buah yang masak berwarna kuning serta berjalur kehijauan dari bahagian atas sehingga ke hujungnya. Buah juga licin di permukaan kulit tetapi isi buah kurang manis kerana kandungan gula di sekitar 10% sahaja. Penanaman semasa сиаса baik berpotensi memberi hasil 50 tan/ha, sebaliknya jika cuaca kurang baik, hasilnya akan menurun ke tahap 10 tan/ha sahaja. Keadaan seumpama ini amnya berlaku semasa musim kemarau yang memperlihatkan banyak buah akan gugur serta peningkatan pokok yang tidak berbuah ditambah dengan pengeluaran buah secara berputus-putus.
…… sambungan ke : Betik Di Malaysia Dan Aspek Potensi (Bahagian 2/2)
Bahan rujukan :
Y.K.Chan et al (Penyunting), Penanaman Betik, MARDI, 1994.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd