Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Buah sawit adalah bahan makanan yang digemari oleh tikus (Rattus sp.) Populasi tikus sebanyak 300 ekor/hektar di ladang sawit mampu menghabiskan 480 kg mesokarp buah sawit setahun, bersamaan dengan 240 kg minyak sawit. Ini belum mengambil kira buah relai akibat perlakuannya ke atas buah tandan. Di kawasan serangan yang serius, kerugian purata dalam masa 10 tahun boleh mencapai 11%/tahun, menyatakan perosak ini perlu dikawal supaya kerugian tidak berlanjutan.
Rattus tiomanicus adalah spesis tikus yang lazim didapati di kebanyakan ladang sawit di Malaysia manakala tikus sawah boleh dijumpai di ladang sawit belum matang. Tikus rumah kini juga dapat diserempak di ladang sawit. Populasi tikus dalam satu-satu ladang sawit jarang-jarang melebihi 500 ekor/hektar walaupun langkah kawalan sudah lama tidak dijalankan. Pada kebiasaan, populasi tikus adalah di antara 200 – 500 ekor/hektar.
Umpan Racun Adalah Bahan Kawalan Berkesan
Kewujudan tikus di ladang sawit dapat dikawal dengan menggunakan umpan racun. Ia merupakan kaedah kawalan yang berkesan dan juga ekonomikal. Kaedah mengumpan ini bukan suatu perkara yang baru. Namun, umpan racun berbentuk warfarin yang digunakan pada suatu ketika dulu tidak dapat lagi mengawal populasi tikus pada masa kini kerana tikus sudah mempunyai antibodi terhadapnya sehingga kehilangan kesan kawalan tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini, umpan racun anticoagulants seperti brodifacoum dan bromadiolone telah dirumus. Melalui kajian dan amalan, ia terbukti sebagai bahan kawalan tikus yang berkesan. Amnya, ketulan umpan racun tikus diletakkan di bawah pokok sawit dan ia akan dimakannya dan menyebabkan kematian. Langkah susulan kemudian dijalankan pada setiap 4 hari bagi menggantikan ketulan umpan yang telah dimakan oleh tikus sehingga kadar dimakan tersebut kurang daripada 20%.
Pada kebiasaan, populasi tikus akan menurun ke paras yang rendah selepas 4 – 5 pusingan mengumpan. Namun begitu, langkah mengumpan tersebut perlu diulangi semula pada setiap 6 bulan supaya mengekang penambahan populasinya.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Kos penggunaan umpan racun ini dianggarkan di antara 10 – 25% daripada kerugian pendapatan buah sawit. Bagi menjimat tenaga buruh, beberapa ketul umpan racun diletakkan sekali gus di bawah pokok sawit tanpa perlu menjalankan pusingan seterusnya. Cara ini adalah alternatif yang juga berkesan terutama semasa menghadapi kekurangan tenaga buruh di ladang.
Sumber Maklumat :
R. H. V. Corley and P. B. Tinker, The Oil Palm, 4th edition, Blackwell Science Ltd, 2003.