You are currently viewing Kupu-Kupu Berterbangan Di Kebun Pisang Melahirkan Larva Merencatkan Tanaman

Kupu-Kupu Berterbangan Di Kebun Pisang Melahirkan Larva Merencatkan Tanaman

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Daun pokok pisang lebar dan lembut, justeru menjadi tarikan kupu-kupu Erionota thrax L. untuk bertelur di permukaan kemudian menetas dan membentuk larva penggulung daun. Larva ini mengerat dan menggulung daun untuk membentuk kelongsong kemudian bersembunyi di dalam kelongsong itu sehingga menjadi kepompong. Ketika di dalam, ia akan mengunyah daun dan dijadikan sumber makanan. Serangan jika berlaku dengan serius, maka daun-daun pokok akan habis dimakan, yang tinggal hanyalah tulang daun kelihatan pada pokok.

Mengutip kelongsong daun dan musnahkan larva dan kepompong di dalam adalah amalan biasa oleh pekebun semasa memantau kebun mereka. Ada kala larva akan dimakan oleh pemangsanya seperti burung atau oleh sejenis parasitoid telur yang dikenali sebagai Ocencyrtus. Semburan racun serangga juga digunakan apabila perlu seperti trichlorfon (contoh: Dipterex, 20g/10 liter air) disembur pada daun.

Selain serangga perosak ini, terdapat sejenis serangga lain turut merosakkan daun muda pokok pisang. Serangga ini ialah ulat ratus yang juga menyerang tembikai, tembakau dan kubis. Ulat ratus dilahirkan oleh kupu-kupu Spodoptera litura dan merupakan perosak sangat ganas memakan daun pisang. Dalam beberapa hari sahaja, lai daun hanya tertinggal rangka sahaja. Hasil akan terjejas apabila kebanyakan daun sudah dimakan kerana kehilangan fungsi fotosintesis.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sedangkan virus nucleopolyhedrosis adalah agen kawalan biologi semula jadinya, pekebun mungkin lebih gemar mengawalnya dengan racun serangga yang terdiri daripada fenvalerate (contoh Sumicidin, 15 ml/10liter air), trichlorfon (contoh : Dipterex 95, 20g/10 liter air) atau cartap hydrochloride (contoh: Padan, 10g/10 liter air) disembur bergilir-gilir selang 7 hari pada daun.

 

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-buahan Tropika Malaysia, 2008, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :