Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Di sebalik nangka mentah sudah membentuk suatu arus secara senyap-sepi di arena pemakanan manusia, namun di Malaysia, rasanya belum banyak kedai makanan menjamukan menu tersebut. Nangka, sejenis buah-buahan tropika yang popular di pentas global, pengeluarannya adalah lumrah di Malaysia. Buah-buahan ini sangat sesuai ditanam di negara ini justeru bekalan tidak menjadi masalah sekiranya nangka mentah ingin dijadikan rumusan dalam makanan.
Sungguhpun begitu, ada sebuah syarikat tempatan telah mempelopori bisnes ini mulai tahun 2015. Salah seorang pengasasnya mengatakan menu makanan berasaskan nangka mentah bukan sesuatu yang asing dalam masakan Melayu dan India, dengan kata lain, makanan seumpama ini sudah wujud sekian lama tetapi belum menjadi popular.
“Padahal jika kamu pergi ke pasar raya, kamu akan nampak hidangan produk siap seperti nangka sayur yang merupakan bahan masakan daripada nangka mentah. Bahan ini pada dasarnya tiada apa-apa perisa, tetapi selepas dirumus akan menjadi gulai lemak, bubur, kerabu dan sebagainya menurut kaedah masakan masing-masing. Nangka mentah juga sangat sesuai dijadikan salai untuk diisi ke dalam burger”. Katanya lagi.
Pada hakikat, sesetengah penjual burger khususnya di negara Barat, nangka mentah sudah dijadikan salai. Ramai tidak percayai salai itu mengandungi 70% nangka mentah malahan sehingga 100%. kebanyakan peminat makanan berasaskan nangka mentah adalah dari pengamal vegetarian.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Menurutnya, rumusan makanan nangka mentah bersama cendawan yang akan menghasilkan 100% makanan tumbuhan paling susah untuk dibangunkan kerana prosesnya kelihatan lebih rumit, tidak seperti rumusan antara nangka mentah dan daging. Pasaran utama yang ditumpukan sememangnya pengamal vegetarian kerana golongan ini menolak makanan daging. Pasaran kedua ialah mereka yang ingin menukar selera daripada daging kepada makanan tumbuhan atas sebab isu untuk mengekalkan kesihatan memandangkan nangka mentah tidak mengandungi lemak tepu dan kolestrol namun kandungan proteinnya agak kurang berbanding daging.
Walaupun syarikatnya menghasilkan produk sedia dimasak antara ramuan daging dengan nangka mentah sekali, namun daging yang dipilih adalah daripada daging kurus berkualiti dan bukannya daging organ dalaman haiwan. Nangka mentah pula berpunca daripada kebun tempatan. Sehingga hari ini, pembangunan produk berasaskan nangka mentah sudah melalui 167 percubaan dalam tempoh beberapa tahun di syarikatnya iaitu satu proses yang benar-benar menguji buah fikiran inovatif. Untuk menghasilkan makanan berasaskan nangka mentah ini, mereka hendaklah membersihkannya secukupnya supaya tidak terhasil bau masam nanti.
Ada sesetengah orang memikirkan produk berasaskan nangka mentah ini lebih murah daripada produk serupa yang dibuat daripada daging, anggapan ini tidak benar, malahan kebanyakan masa ia dijual dengan harga lebih tinggi atas sebab kos prosesan yang lebih tinggi. Bagi mereka berkehendakkan produk ini, mereka tetap membelinya walaupun wujud perbezaan harga memandangkan segmen ini berlainan daripada segmen pemakanan daging.
Beberapa pusat makanan dan minuman di daerah Klang telah mula menerima produk ini kerana mendapati sambutan daripada pengunjung adalah menggalakkan kerana mereka pernah mencubainya serta mendapati makanan ini dapat mengenyangkan perut serta meningkatkan selera mereka. Di masa hadapan, syarikatnya akan terus memperkenalkan lebih banyak varieti makanan berasaskan nangka mentah. Segala ini masih bergantung kepada sambutan pengguna, jika sambutan adalah baik, nangka mentah bakal menjadi satu bisnes berpotensi cerah.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my